Monday, December 23

enjin kereta mati tengah jalan

Bismillah


okay...sekarang aku baru sampai rumah lepas driving kereta yang baru tersadai tengah jalan petang tadi. aku tak rasa sory walaupun telah menyebabkan kesesakan lalu lintas. otak aku penuh dengan persoalan-persoalan yang mungkin menyakitkan hati aku..hmmm tak jugak..aku tak kecewa, tak jugak sedih, tak jugak nak nangis, cuma aku sangat-sangat terkilan.


aku keluar nak pergi UMS ada hal nak jumpa dengan customer lama. tengah-tengah dalam perjalanan tu lah, tiba-tiba Allah turunkan ujian. enjin mati tengah jalan dengan TIBA-TIBA. dan aku ingat biasalah kan boleh start balik. sekalinya!! hampeh takdok batery pulak. aku try start banyak kali entah aku tak ingat. last-last kereta tu tak menunjukkan harapan yang dia nak hidup. 

aku sorang-sorang perempuan. kat dalam kereta antik dah 20 tahun seumur aku. hanfon aku tak boleh keluar sebab simkad Digi aku tak leh keluar entah sebab apa walaupun belum habis kredit (ni yang aku sakit hati).... wooo aku baru lulus ujian JPJ 2 November hari tu, tiba-tiba jadi macam ni. gelabah sikit sebab BANYAK ORANG HON tapi alhamdulillah aku tak nangis. tapi aku heran sangat-sangat. masa kat bengkel nak ambik lesen, kalau kereta mati tengah jalan, 1st thing to do is, pasang lampu isyarat kecemasan yang berkelip-kelip tu. AKU DAH PASANG. but still!! aku kena hon BANYAKKKK kali. ingat hon nak tolong atau apa. ni hon pastu berleter aku aku. aku ni "P" kot. yang pemandu competent dah habis p tak kan TAK PAHAM lampu SOS aku tuh!! SAH.. TAK AMBIK LESEN!!!!

aku tak jugak geram tapi sangat terkilan. jalan tu dua line. kau jalanlah yang sebelah. aku terdampar kat lorong kiri kot. kau ikutlah kanan. tak kan aku nak tolak pergi tepi. Polis lalu pun buat bodoh jer.CIS. hah padan muka sebab kena CIS dengan aku. hilang satu kepercayaan aku terhadap kredibiliti polis ni. cubalah at least tanya apa jadi. tau tak masa aku cuba nak keluar kereta, lorong sebelah tak perlahankan kenderaan pun! aku kan dah lost banyak weight. aku rasa macam nak terbang jak bila lori besar lalu sebelah kereta, pastu aku kat antara kereta dan lori. TAKUT tau. 

dan disebabkan masalah hanfon aku tu,aku tak tahu nak buat apa. jadi aku DECIDE call  customer service. pastu, dorang aktifkan balik kredit aku yang telah diblock entah sebab apa. and masa ni aku dah terdampar dekat sejam. ni semua sebab aku mengelamun dekat 30 minit sambil try nak start kereta balik. yang masa selebihnya, tu aku tengah on call dengan helpline. then baru dapat contact adik aku T___T..lama kot~~

abah aku ada project kat tenghilan 1 jam perjalanan dari tempat aku tersadai, tu pun kalau tak jem.petang-petang selalunya jem. mak aku kat kampung aku kat kedah. nak sampai kena lalu laut cina selatan. huhu..adik aku contactlah aunty aku. dan aunty aku contactlah uncle Anthony mr.mechanic. barulah sampai bantuan kat aku setelah 1 jam lebih aku tunggu. dan abah aku rupanya kebetulan ada kat inanam angkut alat projek dia. jadi abah pun ada sekali.

TERKILAN

dah jadi macam tu, aku sedar sangat, siapalah aku dalam timbunan manusia yang masih hidup. adakah aku sekadar manusia yang ditakdirkan hidup. tak siapa pun tolong. even aku dah minta tolong kat tepi, semua belah macam tu jak. polis yang memang berkhidmat untuk keselamatan pun, khidmatnya entah ke mana. khidmat nak saman orang sana sini banyaklah. kenapa dia tak saman jak aku sebab berhentikan kereta kat laluan kan? paling -paling, ada kereta yang macam disko gelakkan aku, kereta besar syarikat hon pastu angkat tangan sambil belah. pak cik dan mak cik yang lain lalu buat bodoh. sejam aku sesorang, ada SATU jak pakcik kreta lagi antik dari aku tanya. tu pun dia minta maaf sebab tak leh nak tolong. pak cik ni memang aku respect. semoga kalau dia susah, ada jak orang nak tolong dia.

aku rasa macam setiap manusia ni, kalau bukan kerana pertalian darah..ada dinding besar sangat sampai tak nampak apa yang jadi sekeliling. apalah sangat kalau perlu pindah laluan. aku tak minta pun tolong panggilkan kereta tunda. apa semua manusia yang hidup ni, buat benda untuk hidup sendiri??? 

mana nilai yang tertulis kat buku teks, iklan kat TV.... selama aku sekolah sampailah sekarang, aku percaya sikap melambangkan nilai hidup. tapi hari ni...semua jadi terbalik...teringat ayat kat drama tragis "dunia penuh dengan kekejaman", "dunia kau, dunia kau lah, apa kena dengan aku?".....betulkan macam tu?? 

mungkin betul lah tu. aku baru aku nak mengorak langkah untuk cipta realiti dalam hidup aku.... tapi kan hidup jer lain-lain, dunia sama. kita sama-sama kat bumi. *terkilan...* 

tapi disebabkan kejadian hari ni..aku belajar sesuatu. 

alhamdulillah tak maki orang, tak trauma. HAHA.. 

Sunday, December 8

Health Conscious

Bismillah..




Are you the health conscious person?? kalau aku, aku boleh mengaku jugak aku ni health conscious. orang yang health conscious ni adalah "Individuals who lead a "wellness-oriented" lifestyle are concerned with nutrition, fitness, stress, and their environment. They accept responsibility for their health". *ni aku copy*

so apa beza orang yang health conscious dengan orang health unconscious???

Orang health conscious

  • setiap kali nak makan, dia akan fikir makanan tu boleh bagi benefit atau tidak kepada badan dia. kalau feveret food tak sihat, still dia boleh control.
  • akan membaca label pada pek makanan. selalunya label yang paling dihighlight adalah =fat content
  • akan selalu menambah pengetahuan walaupun bukan student food/nutrition untuk tahu benda-benda pasal makanan berkhasiat
  • akan ber-exercise dan mengeluarkan peluh untuk mengekalkan kesihatan
  • sangat excited dengan benda-benda pasal kesihatan badan
Orang health unconscious
  • makan makanan kegemaran/sedap walaupun nutrient and cooking practise menjejaskan kualiti makanan. 
  • contra dengan health conscious person.
**okay, yang kat atas tu, explaination dari aku yang undergraduate food study student mengikut ayat yang senang aku paham. 알아서?? 


Pilihan nak jadi yang mana antara health conscious and unconscious ni, semua bergantung dengan diri sendiri.
Untuk aku, awareness aku increase bila aku kenal nutrisi Herbalife dan bila aku start study food. 

seriously, aku boleh terbayang aku jadi tong drum kalau aku makan ice-cream bebanyak. lepas tu aku takut aku end-up stress diet tak jadi-jadi jugak. aku boleh nangis kalau ada orang tegur aku "nampak berisi"..hahh, baru berisi tu. ni semua jadi bila aku gained almost 15 kg after SPM in only 3 months. pastu setahun kat matrik, aku turun berat 4 kg pun diet separuh mati sampai sakit. aku ingat aku akan terus mengembang -_- trauma sendiri sebab orang rumah semua kurus. still after total loss weight aku 7kg after Herbalife, aku paling berat dalam rumah. hewheww ~ and aku still berat kalau dibandingkan masa sekolah. errggggghhh!! haha. tapi Alhamdulillah, kesihatan improve sangat banyak!!!! weeee~~

So, silalah jadi health conscious. walaupun hanya tertumpu pada pengambilan makanan.

Sebab :



woahh, chaiyokk, No 1 in Asean, lepas ni, kalau tak dibendung silap2 No1 in World!!!


Cuba fikir, niat aku bukan nak menakutkan korang..tapi renung-renungkan

Allah dah ciptakan badan manusia tu sihat dan sempurna sewaktu bayi.
bila dah besar, apa jadi????

kau dan dia lahir sama-sama, sama comel, sama kecik, sama sihat
selepas 20 tahun, sorang jalan tegak, sorang jalan senget.
Apa yang beza??? apa kau makan apa dia makan

kalau anda tak sakit, sayang tak dengan mak, abah, siblings, tok dan tokwan, suami, isteri


okay, mungkin aku nampak harsh sikit. Kalau yang Allah dah takdirkan sakit tu satu ujian, tu tak pelah. tapi kalau sakit disebabkan pemakanan yang tidak sihat tu,hmmm . . . aku rasa makanan sihat tu yang jadi ujian, bukan sakitnya. and ni reality yang membuatkan aku sedih sebab, niat aku nak menyebarkan misi nutrisi, nutrisi yang setiap benda hidup PERLU. walau binatang dan kucing.

Ulat sayur pun health conscious. Ulat tak belajar kat U,tak baca buku. dia tak da akal nak beza baik buruk. tapi sayur tak beracun dia nak makan, sayur cantik beracun, dia tak hinggap pun. HAHA. ULAT weyh. kita??

walau apapun, kita masih manusia. even aku pun makan ice cream dan coklat pagi-pagi. tapi tu amalan yang rare untuk aku. 3 bulan sekali. yang lucunya. ada mitos mengatakan "orang herbalife tak makan nasi" 

Orang Herbalife pun orang jugak, kalau kat malaysia, orang Herbalife makan nasi sebagai sumber carbohydrate. kami datang kenduri kahwin, makan lemang dan rendang banyak2 masa raya, makan makanan faveret. Tapi kami pastikan kami dapat nutrisi yang cukup untuk kesihatan setiap cell dalam badan kami. dan kami guna produk Herbalife untuk pastikan nutrient kami cukup, dan buang toksin dan substance yang tak patut ada dalam badan kami. kami jugak happy nak mengajak orang untuk lead Healthy lifestyle supaya sama-sama sihat :D 

Health Conscious people ni tak semestinya orang Herbalife. see, depends on diri sendiri jugak nak jadi health conscious atau tidak. ada jugak kengkawan aku yang tak consume Herbalife tapi Health Consciousnya mengalahkan aku yang lagi-lagi study food padahal dia budak akaun jer..

Taking or not taking Herbalife itu keputusan setiap orang tapi sebab aku ambik herbalife, of course lah aku akan promote Healthy Lifestyle dengan Herbalife. Sebab SIMPLE. tak payah fikir mana nak dapat source dan belajar cara healthy COOKING PRACTISE. by the way, Herbalife tak perlu jadi Health Conscious Chef untuk menghasilkan meal yang sihat dan lazat. Shake Herbalife full of cellular nutrition dan rasa sedap macam smoothies...*boleh terliur aku membayangkan.




ni sangat sedap. mengalahkan milky tea yang jadi kegilaan aku dulu :p




So, decide what kind of eater you want to be today!! Need coach to health conscious/gain or lose or maintain weight/improve health. Kindly SMS me, 
ummul : 016 834 6410, pm FB : Ummul As Syifa

Tuesday, October 29

hold hands friends!!

Bismillah :)





pernah satu ketika dahulu, aku pun macam orang tu. tengah-tengah aku duduk kat library, tetiba ada orang nangis teresak-esak, tanpa peduli sapa yang pandang dia. SEBELAH AKU.. terasa aku yang bersalah pulak takut-takut aku ada buat something lah pulak. dan aku tak kenal sapa dia. aku nak tegur tapi memandangkan aku pun pernah rasa macam tu, baik jangan tegur :) sebab takut nanti dia rasa malu.. terkenang zaman dulu-dulu masa jiwa aku tengah memberontak, ingin mencari makna hidup yang dirasakan kosong.


Kawan-kawan

sebelum ni, aku memang pernah cerita kat entry pasal sahabat aku. and taklah dalam mana aku nak karang sebab sangat susah nak explain cerita pasal persahabatan kami. A gift from Allah, InsyaAllah sahabat dunia dan akhirat. Sayang korang semua!!! Terima kasih Allah :)

aku tak boleh nak describe macam mana rasa ikatan persahabatan di mana segala jatuh dan bangun, segala kesusahan dan kesenangan, semuanya yang kita ingin sorok dari dunia tapi kami tempuh sama-sama, yang salah ditegur, yang lemah disokong. MasyaAllah.. kami melihat perjalanan setiap dari kami dari bawah, meniti satu demi satu. Subhanallah!

mengikut pengalaman aku bergaul dengan ramai orang, kawan ni banyak. Macam manusia jugak banyak ragam,spesies, dan segala bagai. and bagi aku selagi aku kenal orang tu atau dia kenal aku, tu lah kawan. pokoknya, aku nobatkan semua yang pernah bercakap dengan aku, tu lah kawan aku. itu mengikut istilah kefahaman bahasa melayu aku, kalau korang, aku tak tahu -_-

and, bukan nak mengelaskan kawan-kawan aku, tapi aku memang bagi gred untuk kawan aku. SEBAB, bukan semua kawan tu sama, dan secara jujur, kita tak akan layan SETIAP KAWAN yang kita kenal tu sama kan??? ada kawan, kita rapat ada tidak, ada yang kita selesa dengan semua hal dan ada sesetengah jer. tapi semua kawan tu tetap bawa peranan yang besar dalam hidup. 

apa-apa pun gred dia kat mata kita, dia tetap berhak dapat kasih sayang sebagai kawan dari kita and tak da maknanya kalau kita tak pandai nak menghargai kawan walau sekecil mana pun dia dalam hidup.


sabahat hingga ke syurga InsyaAllah :)

ya Allah..jgn sesekali Kau titiskn prasaan prmusuhan sesama kami...
hakikatnya, kami amat memerlukan antara satu sama lain, 
maka SATUKANLAH hati2 kami..

ya Allah,
jangan ada sifat mnjatuhkan antara kami.. 
hakikatnya ta'awun (kerjasama)itu kami perlu 
demi menggilap kembali ISLAM yg semakin pudar kini....

ya Allah,
jangan biarkan kami sama2 mendakwa antara kami...

dek 'hutang' kebaikan yg tidak sempat kami langsaikan bersama...
kerana hakikatnya,kami ingin berpimpinan erat melangkah ke SYURGA...

ya Allah,
kami hambaMu yg lemah...
HATI ini,kami serah padaMu..
jika ia letak ditangan kami,
nescaya, kami bawa segumpal darah itu ke arah yg tidak diredhaiMu...
cantikkanlah hati2 KAMI...dgn sifat terunggul kekasih kami Muhammad Rasulullah s.a.w...

agar kami dapat BERIBADAH dan menjadi KHALIFAH di bumi ini.

bukan SAYA. tetapi KAMI

Oleh itu, hapuskan permusuhan..terbitkan PENGORBANAN dan KASIH SAYANG sesama kami...

bukan dek dunia yg sementara,tetapi kerana SYURGA yg kekal selamanya.



# copypaste yer..cek tak pandai nak buat sajak-sajak puisi-puisi ni :3



about friends!





kawan ialah kawan. tapi sahabat...jauh lebih bermakna. *bagi aku*

sahabat bukan dinilai sebab "sentiasa berkepit".. tapi nilai dia sebagai seorang sahabat. Masa aku bebudak dulu, tak lah paham mana pasal friendship. tapi bila dah besar baru paham. seorang sahabat tu, walau berjauhan macam mana pun, walau dah berpunya pun, dia tetap ingat sabahat.

sometimes, kalau ada masalah, sahabat ialah orang pertama dicari, walaupun jauhhhhh dari kita.

and... untuk aku, aku prefer sahabat daripada nak mencari setakat "boyfriend".. sebab sahabat ukhuwah sampai syurga InsyaAllah. kalau boyfriend belum tentu jadi suami. dahlah tu, nanti Allah tarik nikmat mawaddah warahmah cemana??

so, apa-apa pun, appreciate our friends!!! okeh?







Monday, October 14

mencari sesuatu yang hilang

Assalamualaikum :)

sebenarnya, tak ada apa yang nak dikarang sangat. beberapa bulan ni..yes..saya menghilang...tak ke mana-mana pun sebenarnya, saya masih kat sini, bernafas dan berdiri di bumi Allah seperti hari-hari sebelum ni. Ramaiiiii sangat yang cari :3

To all my lovely friends, Aunty Liza, all Herbalifers, and everyone yang rasa kehilangan aku sejak beberapa ketika ni, I am truly sorry. .. minta maaf banyak-banyak sebab macam hilang macam tu jer. and I am very-very sorry for any inconvenient and untuk semua benda ter'effect'.. Sekali lagi, saya minta maaf sangat-sangat.

saya sebenarnya pun, masih mencari-cari. WHY i am here?? the question often come to my mind. why i met this and that, and banyak lagi whyyy yang lain.

pada suatu titik, lepas apa yang saya dapat,dan apa yang saya tak dapat termasuklah result exam, herbalife, personal matter.. saya tak rasa saya nak berhenti. memang bersyukur seadanya tapi..saya cuma rasa, kosong... something missing. bila tak dapat sesuatu, saya tahu, mesti saya lack something.. tapi bila saya gained something that i really want, why am I feeling empty inside??  only the question came out.. I am not happy.

For me, what I've i gone through, those are process of my learning and my challenge..its not easy. and I want to get better in all aspects.

i knew the answer already. now I just gaining something, that i can't learn and gain somewhere. I am now, gathering strength for myself. it does not mean i am leaving everything and get something else. no it is not.

I am still Ummul Aufa, 20 years old muslimah, the first daughter of En. Abah dan Pn. Mama, kakak kepada tiga orang adik dan sepupu2, sahabat kepada sahabat-sahabat, personal wellness coach, and student.

my dreams is always there. I will work for it, strive for it with barakah. InsyaAllah :)

thanks so much to a friend who always lend me ears and pray for me :)




Wednesday, July 10

baik vs buruk

Bismillah..


kita semua tak sempurna.

Pernah terfikir kenapa anda masih hidup?? Dan kenapa anda hidup ditakdirkan seperti sekarang atau kenapa anda berada di kalangan orang-orang sekeliling anda?? Kalau anda adalah seorang lelaki, kenapa anda ditakdirkan untuk memimpin keluarga, menjaga ibu bapa, tugas kerja?? dan kalau anda wanita, kenapa mesti anda menjadi ibu, mengurus hal rumah tangga, belajar dan sebagainya..

dalam dunia ni, semua benda ada dua sifat, samada positif atau negatif.. termasuklah fikiran anda. Adakah anda sangat positif atau negatif dengan posisi hidup anda??? cuba jawab sendiri dalam hati...

apapun yang anda fikir, samada negatif atau positif, itu hak anda. Tetapi orang sekeliling anda berhak untuk tidak terjebak dengan pemikiran negatif anda sekiranya anda negatif..

"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu" (2:216)

sekian!

Wednesday, June 12

cinta pandang pertama

Bismillahirrahmanirrahim :)

"cinta pandang pertama" dengar macam best...


cinta pandang pertama aku adalah keluarga aku. sebab sejak aku sedar aku adalah seorang manusia yang hidup di muka bumi, aku cuma menyedari kehadiran kedua orang tua aku..dan perasaan "sayang@cinta" aku hanya kepada mak dan abah...

saya sayang mak & abah


dan aku "dikurniakan"...haha

3 orang cahaya hati... hahaha


PERINGATAN :sesiapa yang membuli golongan ini, bersedialah anda berhadapan dengan saya!!!


aku pun tak tahu kenapa aku jadi kakak dan yang sulung. dan disebabkan itu, aku jadi sangat protective. dan boleh jadi overprotective. sesetengah situasi, contoh bila adik aku yang berusia 15 tahun, pergi sekolah sorang-sorang jalan kaki, aku akan jadi sangat risau dorang tak makan, tak cukup duit dan takut dorang dikejar anjing atau kena kacau oleh budak jalanan. @_@ oh apakah -_-'...sedangkan masa aku 14 tahun dulu pun aku jalan kaki jer ....aku tak boleh bayang kalau aku ada anak. T__T...


dan dah banyak cabaran jugak lah berada dalam family yang 'lasak' macam kitorang ni, sebab tu, setiap sorang dari adik beradik aku, boleh dikatakan berdikari..Alhamdulillah :) yang baik kitorang dapat belajar banyak sangat..


bila dah aku jadi 20 tahun yang mengaku 19 tahun ni, macam tak boleh percaya yang semua kitorang dah hampir satu saiz.. semua dah besar!!

Comey kan kitorang...hahahahaha


serius kitorang sangatlah RAPAT....suka hati lah apa orang nak cakap, tapi kami sangat suka siok sendiri kalau luang masa sama-sama, sampai lupa orang keliling. Bila aku dengan adik aku, dari kecik sampai lah semua dah besar, macam tak da perasaan yang kitorang membesar... sampai sekarang kalau dok main sama-sama, kami  boleh peluk-peluk, main sorok-sorok, pastu ada yang merajuk. best!!

tapi kan...sedih jugak lah.... sebab makin besar, makin banyak commitment. 
  • Aku selalu busy kelas,...kalau Herbalife kitorang boleh sama-sama selalu.Alhamdulillah
  • kaci, sekarang dah masuk UiTM
  • maya, biasalah gymnast..sekolah pagi
  • amar, pun gymnast..sekolah petang
susah nak cari masa sama-sama. kalau ada dalam sebulan tu, sehari jer... HAHA..tu pun, tak sempat nak makan semeja pun. tapi kalau dah ada masa tu, memang kitorang spent time betul-betul.. :)

disebabkan hubungan adik beradik yang rapat ni lah. aku masih rasa aku ni budak-budak yang tak payah cari calon...haha..sampailah..adik aku dapat calon dulu dari aku.hihi ^^...takpe, adik boleh kawin dulu...

oh ya, hari tu, aku, abah and kaci, pergi makan kat kedai... pastu, aku kan baru balik dari roadshow and selalunya aku akan pakai cincin RM3 aku yang macam emas tulik. Abah ingat cincin tu, ada orang yang tengah 'taaruf' dengan aku.. terus keluar bab kawin...aku pun cakaplah aku ni single jer.. adakah abah terkejut. dalam hati aku " takpa lah Abah, sekarang takda lagi, nanti Allah bagilah bila masa dah sedia..kawin bukan boleh buat main.."...okeh pastu aku balik crita kat mak. aku suruh mak tolong cari, mak tak nak. abah pun tak nak tolong!! -_-'

kalau bab kapel ni, aku memang anti sikit. kalau adik aku kapel sebelum masanya yang sesuai, selalunya, aku akan jadi sedih sebab, kapel kan tak elok dan tak da faedah..lagipun, mungkin sebab aku masih nak spend time banyak ngan adik kot, nanti kawin, tak boleh dah nak selalu borak sampai pagi ngan adik. HAHAHA...aku kan ada niat nak kawin awal. InsyaAllah selagi umur panjang :)

mak and abah <3 

*nak letak gambar..tapi gambar takda. see! dah lama sangat dah kitorang tak jalan-jalan, raya, gambar pun tak sempat. :( family busy..selalu kumpul, ada jer lobang. >sebab tu nak buat Herbalife, upline aku best, buat Herbalife, banyak spend time dengan keluarga :) Family kitorang bisnes sendiri, busy~~



aku nak letak pesanan untuk future husband yang aku tak jumpa lagi, kalau ada jodoh aku kat dunia ni :)
-saya Ummul Aufa, yang nak mengubah nasib keluarga, nak menjadi lebih baik dalam semua aspect secara ringkasnya dinyatakan di sini. InsyaAllah.. nak diberitahu, saya nak buat bisnes Herbalife SEUMUR HIDUP saya..oleh itu, untuk menjadi suami saya, saya cuma nak kerjasama awak untuk mejadi seorang ayah kepada  anak saya, mejadi pemimpin untuk saya dan zuriat di dunia dan diakhirat, membimbing saya ke jalan syurga akhirat, menerima saya, keluarga saya dan Herbalife seadanya, sanggup buat bisnes Herbalife dengan saya SEUMUR HIDUP dan bersama-sama memperjuangkan impian saya untuk jadi "SURVIVOR"


Bab cinta ni, aku serahkan 100% kat Allah..kalau aku nak sayang orang yang belum jadi husband, tak ada gunanya.. sebab jodoh itu, Allah yang tahu..biarlah aku terima jodoh tu, bila Allah tahu aku dah bersedia. sebab, segala yang terbaik untuk aku, aku sendiri pun tak tahu melainkan Allah. sapa tahu kalau jodoh kita bukan kat dunia kan??

serius, sebab tu adik aku yang nak minta nasihat cintan cintan ni, aku cakap, "breaklah kamu". HAHAHA. macam tak da perasaan. yes aku takda perasaan kalau setakat nak kapel. buang karan aku :D


jahat-pun-jahatlah... bukan aku takda hati, tapi buat apa nak layan kan??


bila kata pasal jodoh, kehadiran setiap ahli keluarga aku ni pun sebab jodoh yang Allah dah tentukan untuk kami semua. seperti mana juga jodoh orang-orang yang berkawan dengan aku.. seperti jugak jodoh aku berjumpa dengan downline aku dalam facebook, dan semua pertemuan dengan setiap insan dalam hari-hari aku, aku percaya semuanya berhikmah cuma masa yang menentukan :) 


ayat ni aku suka..terasa berbunga. HAHAHA..padahal tak ada sesapa lagi pun. huahua

sayang mak. sayang abah. sayang kaci, sayang maya, sayang amar <3 <3 <3 dan paling penting...


saya sayang Allah

kerana Allah, saya dapat keluarga saya




Saturday, May 25

somethings came out from mind

Bismillah...


detik saat ni, aku rasa ter-emo lah pulak..bukan sebab sedih, bukan sebab aku kecewa..tapi sebab aku SANGAT SANGAT SYUKUR... bukan sebab keterujaan aku buat Herbalife. tapi sebab one step yang aku decide 3 tahun yang lalu...

sebenarnya, takda lah aku nak cerita sangat kan. tapi, bila aku tengok balik sapa diri aku dulu, every year I've changed. I never become perfect, but I always want to change.

as a teenagers,macam aku jugak..tapi tak tahulah kalau ada yang lain dari aku..aku sentiasa mencari sesuatu, tapi aku pun tak tahu apakah bendanya tu..aku tak sure benda yang buat, macam tak tahu apa aku nak dan perlu, and I always try to think like an adult which aku selalu fikir, how to survive dengan kelemahan yang ada..apa saja peluang atau jalan  supaya aku boleh hidup and aku suka benda baru terutama bila aku rasa peluang tu atau benda tu cool. haha

kat situ lah langkah try and error dalam hidup aku...and i know many of teenagers did! kadang-kadang ada benda salah, ada yang elok...bila aku fikir balik, why i was like this and that, sebab aku nak jadi baik jer pun :p. of course! everyone did kan.. tapi pada usia begitu, pemikiran tak sematang mana tapi perasan matang -_- ....input yang aku dapat hanyalah memerhati siapa sahaja yang aku rasa dia hebat and i was trying to be like someone tu jugak. hahaha

and ditakdirkan, aku hidup sangat bersederhana, berkawan dengan pelbagai jenis ragam kawan tak kira tu atau muda, dengan cabaran persekitaran aku yang very inconvenient, orang sekeliling aku terdiri dari paling baik, sehinggalah *biarlah aku jer yang tahu...jadi, aku admit susah untuk aku jaga diri aku supaya jangan terbabas jauh. Tapi Alhamdulillah, belum sempat aku terbabas, aku dah cari balik jalan. kalau ada adik-adik atau sesapa yang rasa-rasanya buat salah, silalah patah balik..semakin lama anda membiarkan diri anda membuat kesalahan, semakin jauh dari pangkal jalan.. jangan takut nak berubah demi kebaikan. yakinkan diri!! bak kata jim rohn- 'for things to change, you have to change"... beranikan diri :) anda jer yang boleh decide.

macam aku cakap tadi, try and error... certain benda yang kita try kalau betul, Alhamdulillah,,, tapi kalau error?? boleh jadi senang nak patah balik, atau susah nak patah balik....

but, dalam kesusahan aku mengatasi konflik dalaman dan luaran dalam hidup aku, aku sedar yang sebenarnya 'aku boleh' asal aku berusaha dan terus berdoa..never give up.

decide! kalau nak mencapai sesuatu, bukan dengan mudah. even tak da 30sen sekarang pun tak boleh berak tau..jadi kat dunia ni tak ada benda mudah..itu kenyataan yang kena terima.yang penting, kalau dah decide, berusahalah... apapun terjadi, berusahalah. NEVER GIVE UP.

"kalau kita tak boleh berlari laju, lari anak pun tak pe. kalau tak boleh jugak, kita kan boleh jalan? kalau tak boleh jugak, kita boleh merangkak..kalau merangkak pun susah, mengesot pun okay..yang penting we move! "

dalam langkah kita nakkan sesuatu perubahan, kadang-kadang aku kena mengaku perjalanan mungkin tak seperti yang aku nak atau apa yang dah plan..,  jadi tak kisahlah macam mana pun, teruskan perjuangan.. walaupun mungkin tak ikut plan kita sebab ada sebab lain yang mungkin kita takut akan jejaskan orang lain, it is okay as long we are moving!

and paling penting, buruk macam mana kisah lalu orang tu, janganlah pandang rendah... setinggi mana ilmu, setinggi mana pun taraf hidup atau tinggi sangat badget diri tu, TAK ADA SEBAB DAN HAK nak pandang serong kat orang lain.

sekarang ni, bila dah lama aku tak jumpa kawan aku dulu-dulu pastu jumpa balik, ada yang baru nak mengalami konflik dalaman seperti apa yang aku lalui dulu, ada yang dah okay, ada yang makin hebat ada yang biasa-biasa..tapi ada sestengah tu, life story dorang buat aku sangat besyukur, untuk jadi Ummul Aufa walaupun aku hanya orang biasa.

dan sampai sekarang, aku masih belajar untuk jadi yang lebih baik supaya orang lain pun dapat yang terbaik dari aku. doakan untuk aku yang terbaik k.. I am trying my best :)


Friday, May 24

Penyelesaian mengantuk masa study.

Bismillah ;) Have you had your shake today??!!!



ada tak sapa-sapa kat sini yang selalu mengantuk masa tengok buku, atau dalam kelas walaupun dah tidur awal, tido dah cukup, tetap jugak mengantuk..lepas tu, masa kat kelas, boleh tidur 3jam straight atau selama selagi tak dimarah lecturer. Haha. kalau aku kat matrik dulu, kuat sangat tido. aku makan gula-gula mentos colour hitam extra cool pun aku boleh tido jugak -_- kalau kuliah, aku sangat dahsyat, terutama subjek fizik, aku tido je dalam kelas, sebab aku memang tak tahan ngantuk. so memang extreme.

sebenarnya, punca-punca utama adalah sebab TAK BREAKFAST, atau UNHEALTHY BREAKFAST.

kalau tak sarapan. 
biasanya, mengikut pengalaman aku sebelum herbalife, memang nak breakfast pun susah, sebab tak da masa.. nak berebut tandas, nak beratur, kantin tak buka atau memang lambat bangun. haahh tu memang kompom tak sarapan.



  • lack of energy., macam mana otak nak kerja while your stomach is craving for some food??? masa kita tidur, paras gula dalam darah kita menurun significantly..jadi bila bangun tak sarapan, glucose kurang, kurang production of ATP, tak bertenaga lah jawapnya. macam mana nak focus?
  • weight gain. ayat scary adalah, kalau tak sarapan, program diet anda akan gagal. simply because, if you dont eat, your body will switch to 'starvation mode'.. so,tendency makan banyak nak cover breakfast sangat tinggi and your body will store more fat. bila gemuk, stress dan asyik lapar..tak boleh concentrate??? *hmmm, ada kah yang gini?
  • destabilized your mode. senang je.. happy ke bila tak sarapan??selesa tak badan?? mungkin certain orang memang tak da habit breakfast ni.. do you know the fact emotions depends on your body condition due to the fact yang badan perlukan nutrition untuk function properly? emosi tak stabil, tak focus.
  • poor nutrition. sah sah lah kan..tak makan, tak dapat lah nutrition seimbang. poor nutrition akan lead kepada badan yang tidak sihat.. remember this, those who eat breakfast are more likely to eat healthier throughout the day.
  • tak happy. haha. tapi aku sangat tak happy kalau aku skip breakfast. kepentingan breakfast sama seperti kepentingan berus gigi pagi-pagi. dan kalau tak breakfast, kemungkinan besar fikiran anda melayang ke kantin atau gerai makanan sebelum habis waktu kuliah... langsung tak boleh concentrated!!

makan pagi tak sihat
kalau anda cari kat kantin..memang susah nak jumpa..bagi aku memang tak sihat kalau makan berat sangat pagi tu. boleh bayang seperti anda baru bangun dari tido, pastu kena terjah bangun cepat, sakit hati kan. macam tu lah perut. kalau bagi berat, sesak lah perut nak kerja.  pastu ngantukk. zzzZZZZ
  • acid in stomach. masa kita tido, perut kita kosong and rehat tak buat apa-apa. jadi dengan kehadiran naturally gastric juice dalam stomach... kalau makan benda acidic, kan dah bertambah acid perut..sakit perut.. lupa tengah kelas layan sakit perut -_-
  • oxidation. selalunya, pagi-pagi orang akan ambil carbo yang sangat tinggi dengan harapan akan tahan lapar. kan? sebenarnya, kalau ambik lebih carbo, proses nak digest tu akan menumpukan oksigen kat perut bukan kat otak.. terus ngantuk.
  • less nutrition intake. ni sebab, orang sekarang semua nak senang jer...3in1, tak pun unhealthy cooking practice. so basically, just nak isi perut. -_-"


ni skill aku sebelum Herbalife tido..tp yg kat gambar ni cantik style. *pura-pura menulis*



mulakan dengan nutrisi seimbang.

untuk sarapan yang sesuai, bagi aku tentulah shake herbalife formula1 yang paling seimbang kat dunia. sebab aku tak ada pengalaman sarapan sihat sebelum Herbalife.. so, aku tak tahu makanan apa sesuai selain dari shake Herbalife :) Alhamdulillah. 


so, dah lengkap 55nutrient penting +18 amino acid
senang, tak yah pikir!



kalau korang rasa tak berbaloi, terpulang..boleh jer kalau nak ambik makanan lain yang berkhasiat :) high protein, vits, fibre, carbo in appropriate amount :) 


and disebabkan aku consume herbalife, sejak aku guna herbalife, aku tak pernah tido dalam kelas. Alhamdulillah :D Teamix + NRG sangat membantu aku nak fokus and keep energizing walaupun tak cukup tido...hehe. biasalah student selalu stay panda :)

and semalam, aku tak tido, tido pun langsung tak nyenyak sebab dah dekat jam 4, tu pun 30minit jer, terus bangun. pastu alhamdulillah, kelas hari ni tak ada problem langsung. bahagia je aku kat kelas.. pastu sampai sekarang aku tak ganti tido and masih segar dan bugar walaupun event baru habis tadi.. best kan??


formula 1 + TeaMix






Alhamdulillah, herbalife sangat mudah disediakan... and setiap pagi, aku akan ke kelas dengan bersarapan!! dan aku dah tak pernah tido kat kelas..wee~~ shake jer. simple sangat!


Improve health, improve focus
mumul-016 834 6410


Thursday, May 23

kesopanan dan kesusilaan (di jalan raya)

Bismillah...


currently, dah jarang sangat write blog...sebab I was writing idea in the book! haha... okay, hari ni, secara ringkasnya, aku balik kelas jam 2..dan hujan SANGAT LEBAT dari ums ke pertengahan jalan ke rumah aku.. dan aku yang selalunya drive 80km/h jadi 40km/h.. -_- dengan penuh berhati-hati, dan masa drive tadi, aku sangat takut. hujan lebat sangat, aku tak nampak langsung cermin kiri kanan dan belakang. serious takut..

mungkin ada orang rasa biasa. okay untuk aku, ni luar biasa.. aku ni dah pernah langgar motor, tiang, pasu bunga, tembok jalan dan orang pun pernah *tp yang ni bukan salah aku k..orang tu pun admit. jadi, aku sangat TRAUMA kalau something wrong di jalan raya.

dengan kejadian di jalan raya yang sesak dengan penglihatan yang sangat terbatas, aku pun drive dengan tension :(  dan masa on the way nak sampai rumah, ada orang accident. depan aku. lori + kereta di lorong aku. dan aku pun terpaksalah tukar lorong, pastu ada kah patut masa aku tengah masuk lorong sebelah sambil pasang signal, tiba-tiba kereta belakang memecut nak overtack aku..hamboih pakcik!!! dan aku pun mengalah lah demi tidak mencederakan kereta wira mak aku, dan kereta hilux putih pakcik VIP lah sangat tu..


dan aku bukan nak membebel pasal pakcik tu.. tu bayang-bayang situasi je.
tapi. serious aku marah dengan pakcik tu. dah lah semalam aku tak tidur.(mood tak seimbang) haha.

aku terfikir, kenapa mesti nak berebut dengan aku..dah lah pakai pelekat 'P'.. -_- dan aku baru perasan, bila memandu, orang takkan sedar perangai buruk yang keluar...

contoh aku sendiri...
- kalau aku ter-drive kat belakang bus, mesti aku marah pakcik bus. sebab lambat kot!!
- atau kalau ada motor yang tiba-tiba menyelinap dengan cara bahaya, aku akan terus hon dan terus marah. weiyh serious takut...
 kalau korang pulak???

bagi aku, masa memandu, kestabilan emosi tu penting!! jadi demi menjaga kestabilan emosi semasa memandu, jangan memandu ketika emosi tak stabil dan jangan buat pemandu punya emosi tak stabil kerana kita. kesimpulannya, menghormati antara satu sama lain.!!!

dan disebabkan tu, sekarang aku takut nak drive sorang hujan-hujan...

Pandu selamat, jiwa selamat. macam mana pun rushing, safety always be priority. Hormat pemandu lain, pemandu hormat anda. "law of attraction". tu jer..

and selalunya orang nak minta laluan, tak payah lah kedekut sangat... tak rugi pun. Cuba anda bayangkan anda tolong bagi laluan memudahkan urusan/kerja dia... mana tahu dia nak ambik exam ker interview job ker.. kalau kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah, urusan kita pun dipermudahkan. serious.

kalau masa tu kita rushing sangat pun, at least keselamatan tu kan lebih penting?? hihi
well, kalau ada yang tak setuju dengan aku, tak apalah...ni kan pendapat aku. hak demokrasi . HAHA

be healthy physically and mentally :)

Monday, March 25

oh my calorie

Bismillah...


selalunya, bila aku promote Herbalife, orang akan cakap.. " oh, ni ubat kurus kan?? banyak giler orang turun drastik "...

ladies and gentlemen sekalian, Herbalife is a FOOD... FOOD REPLACEMENT means, Herbalife adalah makanan gantian bernutrisi yang menggantikan makanan harian kurang nutrisi..so BUKAN UBAT KURUS.



HERBALIFE ADALAH MAKANAN

hmmm, jadi apa yang membuatkan orang makan herbalife jadi "kurus"???

jawapan dia adalah > CALORIE <




pelik kan??? alahai korang ni..tengok orang yang gemuk jadi kurus je ke???? ni hah, banyak kot orang guna Herbalife nak naik berat badan.


Guest speaker bagi Gen-H STS Kota Kinabalu yang kedua

and banyak lagi lah... dan aku yakin, ada yang mesti rasa pelik apahal boleh naik, boleh turun kan kan??
muahaha...sebelum aku nak menjelaskan secara tidak panjang lebar, aku nak tanya, apasal semua orang makan nasi, makanan ruji yang sama, tapi lain-lain saiz?? ada tak orang kurus makan sayur jak, orang gemuk makan nasi jak?? habis, takkan orang kurus tak makan nasi??

of course lah ada orang akan jawap pasal quantiti...yup, it is true..tapi untuk penjelasan yang lebih details, ni semua kerja calorie... 


apakah itu calorie??
calorie adalah unit tenaga bagi makanan harian..semua makanan, dari sebesar-besar saiz makanan sehingga sekecil-kecil saiz makanan termasuklah gula-gula, semua mempunyai calorie..termasuklah AIR MINUMAN. 
satu-satunya yang masuk ke dalam mulut korang yang tidak ada calorie adalah AIR KOSONG... senang nak ingat, makanan=calorie... lebih makanan=lebih calorie.


calorie dan BMR (body metabolic rate)
untuk pemahaman yang lebih mudah, BMR ini adalah kadar calorie yang dibakar oleh badan korang dalam resting state (tanpa senaman)... 

 [calorie in > calorie out (BMR) ] : gain weight
[ calorie in < calorie out (BMR) ] : lose weight
[calorie in = calorie out (BMR) ] : maintain weight

bermakna, makan lebih=calorie lebih=berat pun lebih...dan paling ditakuti, kalau calorie lebih yang tersimpan lama akan menyebabkan timbulnya ketulan lemak bawah kulit iaitu di adipose tissue!!!

sebab tu, untuk masalah pengurusan berat badan. BUKAN peng"kurus"san...(suppose to be peng"urus"an *that will bring a different meaning..jgn salah sangka..) benda yang paling paling perlu sangat dititikberatkan ialah CALORIE... 

#sesiapa yang berada dalam coaching aku, aku tidak mengajar untuk menyiksa badan korang dengan menghadkan nutrisi yang sangat diperlukan oleh berat badan anda. aku ajar PENGAWALAN KALORI.



betulkah aku diet????
cuba tengok balik, diet korang... dan apakah yang korang faham tentang diet 'seimbang'... cuba fikir and tanya diri balik..


  • did you eat enough protein??
  • carbohydrates aku terlebih ke tak???
  • aku makan ikut keperluan atau tak?
  • hari ni aku dah ambil vitamin A-Z semua dengan cukup ke tidak?
  • air hari ni dah berapa liter minum?
  • dah banyak lemak aku makan ke hari ni??
  • dan bla..bla...bla....
macam merepek kan dengor kan? HAHAHA...Tak!! sebenar ini sangat penting!! percayalah..di saat "pengesahan penyakit", masa tu lah banyak yang akan cakap, "lepas ni, yg ini, yg itu, aku dah tak leh makan sebab aku kena bla bla bla...."...and kalau dari awal korang dah kawal baik-baik, InsyaAllah, masa tua tak sakit... tak yah lah hospital jadi rumah kedua... yang dah sakit tu, apa boleh buat. Allah dah uji... apapun, kita sebagai manusia biasa, memang tak boleh nak ubah perkara yang berlalu...so, why not kita beware untuk masa depan.. kan?? 

kalau tak tahu berapa keperluan makanan harian oleh badan, boleh jer tanya encik google yang serba boleh -_- hihik... dan aku rajin nak tolong korang..aku dah letak gambar kat bawah...tak nampak boleh zoom k?


tapi, jgn sangka seronok dengan 2000kcal intake tu yer~~ sebab kita ni orang Malaysia, kecik-kecik..jadi BMR tu average 1500kcal lelaki, 1200kcal perempuan...tu pun bergantung dengan komposisi badan...

komposisi badan tu, boleh jer contact saya nanti k kalau tak tahu.. :D

*************************


So, kesimpulannya, calorie lah jawapan untuk sebab naik/turun/maintain berat...sebab tu, setiap apa yg kita makan perlu dipilih bukan hentam keromo jak nak suap mulut okeh??? dahulukan nutrition... haha... dah ni jer setakat aku nak share sesimple yg mungkin...kalau nak lebih, rajin-rajin tanya cikgu lah yer~~


Herbalife Shake Formula 1 pilihan saya.


boleh baca kat label sekalian ~

kenapa aku nak jugak letak gambar shake ni, jawapan simple sangat..sebab aku suka lah!! hahaha

Herbalife Formula 1 sangat nutritious...kalau orang ada darah tinggi makan nasi lemak pagi-pagi, kenapa takut makan Herbalife?? berbuih mulut aku cakap dengan orang yang " ni lah nasi + sayur + buah +ikan + ayam....etc" serba lengkap!! dan hanya 89kcal!!!!!



Manage your calorie with Herbalife


okay, diingatkan di sini, bahawa setiap coach dalam Herbalife mungkin membawa pendekatan yang berbeza untuk mengawal calorie...tp semua pun mesti akan tekankan bab "CALORIE"... 

so, if there's somebody need help for managing weight and control the calorie intake, let me know okay... i'm always willing to help :D


^_^  mumul 0168346410

Sunday, March 10

Herbalife dan ubat

Bismillah.


Have you had your shake today???



aku dah ^_^


hari ni aku nak taip pasal... Herbalife Nutrition dan Ubat.

sebelum tu, aku nak cerita yang hari tu masa chinese new year, aku makan BANYAKKKKKK sangat! dalam seminggu tu, aku memang program gain weight. sebab aku tetap dengan shake aku mcm biasa dan aku tambah makan...memang enijoy sangat. tapi as a wellness coach, lepas tu aku dah turun dengan senangnya... we~~~ nasib baik ada produk nutrisi Herbalife yang luar biasa ni!!!

dan masa aku tengah gain weight tu, disebabkan makanan free yang aku makan tu...aku telah mengalami indigestion yang sangat tidak selesa sebab pada masa yang sama aku 'bloating'..

pastu, mesti orang pelik kan, kenapa aku makan nutrisi cukup, masih sakit kan?? yelah, aku kan manusia -_- bukannya robot...robot pun pandai sakit..dan Herbalife bukannya membuatkan badan anda 'kebal'. Herbalife is PURE FOOD. sama jugak macam korang makan nasi lemak, bubur McD, nasi campur dan segala...Herbalife adalah MAKANAN. tapi apa yang membezakan Herbalife dengan makanan biasa??

sebab tu lah aku prefer Herbalife :)



bagi aku yang baru sedikit belajar pasal makanan ni, Herbalife ni jauh sangat bagus untuk consume berbanding makanan kat luar.. sebab, kalau aku nak sedia sendiri makanan yang ada fiber, protein, calcium dan apa lagi mineral & vitamins yang diperlukan oleh badan, SANGAT MAHAL. cuba korang tengok gambar kat atas yang makanan-makanan kat sebelah shake tu...beli semua tu, baru dapat tanding dengan 'SEGELAS' shake.. mahal!!!


berbalik kepada cerita sakit aku tadi tu... aku pun pergilah jumpa doktor, dan doktor bagi aku ubat...dan aku cuma ambil ubat yang aku rasa patut dan bukan semua aku makan pun -_- dan aku lagi prefer aku ambil fibre banyak-banyak sebab fibre sangat baik untuk 'intestine + digestion'...hhmmm, sayang usus aku. <3

pastu aku balik asrama, orang pun takut tengok aku makan Herbalife + ubat...

ala, ubat supaya aku tak bloating jer pun.yang baby pun ambil sebab terluak susu..tapi aku terluak lunch aku. ..-_- tapi aku sangat yakin dengan Herbalife.

cuba korang fikir, Herbalife = makanan. Makanan = nasi lemak*.
kesimpulannya, Herbalife=makanan=nasi lemak... lepas tu, orang suruh aku stop Herbalife???

oh my dear, Herbalife is full of good nutrition need by human body...while nasi lemak or nasi campur, contain  very high calorie, less vitamins, high fats, and so on... then, kalau badan sakit, kenapa nak makan yang tidak sihat... lagipun, kalau ambil sayur dan ayam dan nasi dalam kuantiti yang sederhana *macam diet sekalipun, COOKING PRACTICE is very UNHEALTHY... nutrient dan hilang T_T... sia-sia jak... 

and yang sangat lucu, some people thought that, Herbalife + ubat = double dose medicine. tidak sama sekali langsung tidak benar!!

kenapa nak takut  makan Herbalife yang merupakan MAKANAN, lepas tu makan ubat?? kenapa tak takut, kalau makan nasi lemak pastu makan ubat???

and masa HOM hari tu pun, Dr. Bustari dari Sarawak yang merupakan doktor yang ada klinik sendiri datang hari tu, dan persoalan makan Herbalife + ubat bahaya atau tidak, telah pun terjawap.. jawapan dia " tak ada effect, Herbalife kan makanan"... so tak payah takut.. memandangkan aku bloating + indigestion, lagi lah perlu aku avoid makanan berlemak dan berempah segala campur unhealthy cooking practice..

cuba tengok, kalau orang sakit, mesti banyak makan bubur kan, tak da rempah dan minyak...nasi kembang letak garam.. contain carbohyrdate + iodine + sodium... hmmm, aku prefer Herbalife shake..complete meal :)

so Herbalife sangat SAFE..sebab tu baby pun boleh consume :) No worries.

dan sekarang aku dah sihat!!!! Alhamdulillah! Thank you Allah, thank you Herbalife!!



IMPROVE HEALTH NOW
MUMUL: 0168346410