Bismillah...
detik saat ni, aku rasa ter-emo lah pulak..bukan sebab sedih, bukan sebab aku kecewa..tapi sebab aku SANGAT SANGAT SYUKUR... bukan sebab keterujaan aku buat Herbalife. tapi sebab one step yang aku decide 3 tahun yang lalu...
sebenarnya, takda lah aku nak cerita sangat kan. tapi, bila aku tengok balik sapa diri aku dulu, every year I've changed. I never become perfect, but I always want to change.
as a teenagers,macam aku jugak..tapi tak tahulah kalau ada yang lain dari aku..aku sentiasa mencari sesuatu, tapi aku pun tak tahu apakah bendanya tu..aku tak sure benda yang buat, macam tak tahu apa aku nak dan perlu, and I always try to think like an adult which aku selalu fikir, how to survive dengan kelemahan yang ada..apa saja peluang atau jalan supaya aku boleh hidup and aku suka benda baru terutama bila aku rasa peluang tu atau benda tu cool. haha
kat situ lah langkah try and error dalam hidup aku...and i know many of teenagers did! kadang-kadang ada benda salah, ada yang elok...bila aku fikir balik, why i was like this and that, sebab aku nak jadi baik jer pun :p. of course! everyone did kan.. tapi pada usia begitu, pemikiran tak sematang mana tapi perasan matang -_- ....input yang aku dapat hanyalah memerhati siapa sahaja yang aku rasa dia hebat and i was trying to be like someone tu jugak. hahaha
and ditakdirkan, aku hidup sangat bersederhana, berkawan dengan pelbagai jenis ragam kawan tak kira tu atau muda, dengan cabaran persekitaran aku yang very inconvenient, orang sekeliling aku terdiri dari paling baik, sehinggalah *biarlah aku jer yang tahu...jadi, aku admit susah untuk aku jaga diri aku supaya jangan terbabas jauh. Tapi Alhamdulillah, belum sempat aku terbabas, aku dah cari balik jalan. kalau ada adik-adik atau sesapa yang rasa-rasanya buat salah, silalah patah balik..semakin lama anda membiarkan diri anda membuat kesalahan, semakin jauh dari pangkal jalan.. jangan takut nak berubah demi kebaikan. yakinkan diri!! bak kata jim rohn- 'for things to change, you have to change"... beranikan diri :) anda jer yang boleh decide.
macam aku cakap tadi, try and error... certain benda yang kita try kalau betul, Alhamdulillah,,, tapi kalau error?? boleh jadi senang nak patah balik, atau susah nak patah balik....
but, dalam kesusahan aku mengatasi konflik dalaman dan luaran dalam hidup aku, aku sedar yang sebenarnya 'aku boleh' asal aku berusaha dan terus berdoa..never give up.
decide! kalau nak mencapai sesuatu, bukan dengan mudah. even tak da 30sen sekarang pun tak boleh berak tau..jadi kat dunia ni tak ada benda mudah..itu kenyataan yang kena terima.yang penting, kalau dah decide, berusahalah... apapun terjadi, berusahalah. NEVER GIVE UP.
"kalau kita tak boleh berlari laju, lari anak pun tak pe. kalau tak boleh jugak, kita kan boleh jalan? kalau tak boleh jugak, kita boleh merangkak..kalau merangkak pun susah, mengesot pun okay..yang penting we move! "
dalam langkah kita nakkan sesuatu perubahan, kadang-kadang aku kena mengaku perjalanan mungkin tak seperti yang aku nak atau apa yang dah plan.., jadi tak kisahlah macam mana pun, teruskan perjuangan.. walaupun mungkin tak ikut plan kita sebab ada sebab lain yang mungkin kita takut akan jejaskan orang lain, it is okay as long we are moving!
and paling penting, buruk macam mana kisah lalu orang tu, janganlah pandang rendah... setinggi mana ilmu, setinggi mana pun taraf hidup atau tinggi sangat badget diri tu, TAK ADA SEBAB DAN HAK nak pandang serong kat orang lain.
sekarang ni, bila dah lama aku tak jumpa kawan aku dulu-dulu pastu jumpa balik, ada yang baru nak mengalami konflik dalaman seperti apa yang aku lalui dulu, ada yang dah okay, ada yang makin hebat ada yang biasa-biasa..tapi ada sestengah tu, life story dorang buat aku sangat besyukur, untuk jadi Ummul Aufa walaupun aku hanya orang biasa.
dan sampai sekarang, aku masih belajar untuk jadi yang lebih baik supaya orang lain pun dapat yang terbaik dari aku. doakan untuk aku yang terbaik k.. I am trying my best :)
No comments:
Post a Comment