Thursday, May 23

kesopanan dan kesusilaan (di jalan raya)

Bismillah...


currently, dah jarang sangat write blog...sebab I was writing idea in the book! haha... okay, hari ni, secara ringkasnya, aku balik kelas jam 2..dan hujan SANGAT LEBAT dari ums ke pertengahan jalan ke rumah aku.. dan aku yang selalunya drive 80km/h jadi 40km/h.. -_- dengan penuh berhati-hati, dan masa drive tadi, aku sangat takut. hujan lebat sangat, aku tak nampak langsung cermin kiri kanan dan belakang. serious takut..

mungkin ada orang rasa biasa. okay untuk aku, ni luar biasa.. aku ni dah pernah langgar motor, tiang, pasu bunga, tembok jalan dan orang pun pernah *tp yang ni bukan salah aku k..orang tu pun admit. jadi, aku sangat TRAUMA kalau something wrong di jalan raya.

dengan kejadian di jalan raya yang sesak dengan penglihatan yang sangat terbatas, aku pun drive dengan tension :(  dan masa on the way nak sampai rumah, ada orang accident. depan aku. lori + kereta di lorong aku. dan aku pun terpaksalah tukar lorong, pastu ada kah patut masa aku tengah masuk lorong sebelah sambil pasang signal, tiba-tiba kereta belakang memecut nak overtack aku..hamboih pakcik!!! dan aku pun mengalah lah demi tidak mencederakan kereta wira mak aku, dan kereta hilux putih pakcik VIP lah sangat tu..


dan aku bukan nak membebel pasal pakcik tu.. tu bayang-bayang situasi je.
tapi. serious aku marah dengan pakcik tu. dah lah semalam aku tak tidur.(mood tak seimbang) haha.

aku terfikir, kenapa mesti nak berebut dengan aku..dah lah pakai pelekat 'P'.. -_- dan aku baru perasan, bila memandu, orang takkan sedar perangai buruk yang keluar...

contoh aku sendiri...
- kalau aku ter-drive kat belakang bus, mesti aku marah pakcik bus. sebab lambat kot!!
- atau kalau ada motor yang tiba-tiba menyelinap dengan cara bahaya, aku akan terus hon dan terus marah. weiyh serious takut...
 kalau korang pulak???

bagi aku, masa memandu, kestabilan emosi tu penting!! jadi demi menjaga kestabilan emosi semasa memandu, jangan memandu ketika emosi tak stabil dan jangan buat pemandu punya emosi tak stabil kerana kita. kesimpulannya, menghormati antara satu sama lain.!!!

dan disebabkan tu, sekarang aku takut nak drive sorang hujan-hujan...

Pandu selamat, jiwa selamat. macam mana pun rushing, safety always be priority. Hormat pemandu lain, pemandu hormat anda. "law of attraction". tu jer..

and selalunya orang nak minta laluan, tak payah lah kedekut sangat... tak rugi pun. Cuba anda bayangkan anda tolong bagi laluan memudahkan urusan/kerja dia... mana tahu dia nak ambik exam ker interview job ker.. kalau kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah, urusan kita pun dipermudahkan. serious.

kalau masa tu kita rushing sangat pun, at least keselamatan tu kan lebih penting?? hihi
well, kalau ada yang tak setuju dengan aku, tak apalah...ni kan pendapat aku. hak demokrasi . HAHA

be healthy physically and mentally :)

No comments:

Post a Comment