Tuesday, October 29

hold hands friends!!

Bismillah :)





pernah satu ketika dahulu, aku pun macam orang tu. tengah-tengah aku duduk kat library, tetiba ada orang nangis teresak-esak, tanpa peduli sapa yang pandang dia. SEBELAH AKU.. terasa aku yang bersalah pulak takut-takut aku ada buat something lah pulak. dan aku tak kenal sapa dia. aku nak tegur tapi memandangkan aku pun pernah rasa macam tu, baik jangan tegur :) sebab takut nanti dia rasa malu.. terkenang zaman dulu-dulu masa jiwa aku tengah memberontak, ingin mencari makna hidup yang dirasakan kosong.


Kawan-kawan

sebelum ni, aku memang pernah cerita kat entry pasal sahabat aku. and taklah dalam mana aku nak karang sebab sangat susah nak explain cerita pasal persahabatan kami. A gift from Allah, InsyaAllah sahabat dunia dan akhirat. Sayang korang semua!!! Terima kasih Allah :)

aku tak boleh nak describe macam mana rasa ikatan persahabatan di mana segala jatuh dan bangun, segala kesusahan dan kesenangan, semuanya yang kita ingin sorok dari dunia tapi kami tempuh sama-sama, yang salah ditegur, yang lemah disokong. MasyaAllah.. kami melihat perjalanan setiap dari kami dari bawah, meniti satu demi satu. Subhanallah!

mengikut pengalaman aku bergaul dengan ramai orang, kawan ni banyak. Macam manusia jugak banyak ragam,spesies, dan segala bagai. and bagi aku selagi aku kenal orang tu atau dia kenal aku, tu lah kawan. pokoknya, aku nobatkan semua yang pernah bercakap dengan aku, tu lah kawan aku. itu mengikut istilah kefahaman bahasa melayu aku, kalau korang, aku tak tahu -_-

and, bukan nak mengelaskan kawan-kawan aku, tapi aku memang bagi gred untuk kawan aku. SEBAB, bukan semua kawan tu sama, dan secara jujur, kita tak akan layan SETIAP KAWAN yang kita kenal tu sama kan??? ada kawan, kita rapat ada tidak, ada yang kita selesa dengan semua hal dan ada sesetengah jer. tapi semua kawan tu tetap bawa peranan yang besar dalam hidup. 

apa-apa pun gred dia kat mata kita, dia tetap berhak dapat kasih sayang sebagai kawan dari kita and tak da maknanya kalau kita tak pandai nak menghargai kawan walau sekecil mana pun dia dalam hidup.


sabahat hingga ke syurga InsyaAllah :)

ya Allah..jgn sesekali Kau titiskn prasaan prmusuhan sesama kami...
hakikatnya, kami amat memerlukan antara satu sama lain, 
maka SATUKANLAH hati2 kami..

ya Allah,
jangan ada sifat mnjatuhkan antara kami.. 
hakikatnya ta'awun (kerjasama)itu kami perlu 
demi menggilap kembali ISLAM yg semakin pudar kini....

ya Allah,
jangan biarkan kami sama2 mendakwa antara kami...

dek 'hutang' kebaikan yg tidak sempat kami langsaikan bersama...
kerana hakikatnya,kami ingin berpimpinan erat melangkah ke SYURGA...

ya Allah,
kami hambaMu yg lemah...
HATI ini,kami serah padaMu..
jika ia letak ditangan kami,
nescaya, kami bawa segumpal darah itu ke arah yg tidak diredhaiMu...
cantikkanlah hati2 KAMI...dgn sifat terunggul kekasih kami Muhammad Rasulullah s.a.w...

agar kami dapat BERIBADAH dan menjadi KHALIFAH di bumi ini.

bukan SAYA. tetapi KAMI

Oleh itu, hapuskan permusuhan..terbitkan PENGORBANAN dan KASIH SAYANG sesama kami...

bukan dek dunia yg sementara,tetapi kerana SYURGA yg kekal selamanya.



# copypaste yer..cek tak pandai nak buat sajak-sajak puisi-puisi ni :3



about friends!





kawan ialah kawan. tapi sahabat...jauh lebih bermakna. *bagi aku*

sahabat bukan dinilai sebab "sentiasa berkepit".. tapi nilai dia sebagai seorang sahabat. Masa aku bebudak dulu, tak lah paham mana pasal friendship. tapi bila dah besar baru paham. seorang sahabat tu, walau berjauhan macam mana pun, walau dah berpunya pun, dia tetap ingat sabahat.

sometimes, kalau ada masalah, sahabat ialah orang pertama dicari, walaupun jauhhhhh dari kita.

and... untuk aku, aku prefer sahabat daripada nak mencari setakat "boyfriend".. sebab sahabat ukhuwah sampai syurga InsyaAllah. kalau boyfriend belum tentu jadi suami. dahlah tu, nanti Allah tarik nikmat mawaddah warahmah cemana??

so, apa-apa pun, appreciate our friends!!! okeh?







No comments:

Post a Comment