Monday, December 31

mereka SAHABAT aku. gadis tudung saji

Bismillah.


genk-genk "gadis tudung saji" GTS


aku rindu sangat dengan depa!!! Entah napa, tapi aku sikit "emo" baca entry ni... Masya Allah, serius, aku tak tau macam manalah hidup aku kalau tak da diorang.. sahabat aku. sahabat dunia dan akhirat..

mungkin tak banyak dikarang, tp BESAR MAKSUD nya.. mungkin orang tak faham kenapa aku emo sangat, tak kisahlah yang penting aku sangat..sangat..sangat bersyukur Allah temukan aku dengan mereka.. Alhamdullillah :)

ni gambar kelas masa form 3... kami sekelas


aku masih ingat lagi, sebenarnya diorang ni dulu hanya kawan biasa sekelas aku. dan aku hanya "kenal" sebagai kawan sekelas. masa tu aku rapat dengan kawan aku yang bernama Kezia...still kami masih sahabat.

kezia=busak yang 4 mata..hihi :p

aku tak tahu nak cakap apa..tapi serius, aku minta maaf sangat sangat Kezia.. mungkin kita dah tak kembar sebab tak serapat dulu..tapi betul apa orang cakap, true friends never die.. aku pun sayang kau. macam dulu...walau apapun, seorang sahabat itu tidak boleh diganti... sebab kau jugak, aku baru mengenal what is friendship :) 

dan masa form 4, aku sangat susah. SANGAT PERIT.. mungkin kalau dilihat balik, mcm sempoi jer, tapi masa tu aku baru belajar nak kenal dunia... aku buat salah. tapi aku bersyukur sebab aku belajar jadi kuat.. Minta maaf kat semua orang kalau aku ada terbuat salah dengan korang... masa tu memang aku rasa susah sangat berat sangat...aku tak cakap dengan sesapa..sampailah aku biarkan aku terhanyut...sebab aku rasa aku kecil, aku tak mampu, aku pendam sorang-sorang..semua yang jadi ibarat mimpi.. dan masa tu aku sangat "jahil"...Astagfirullah~

aku sangat rasa lonely entah kenapa.. dugaan, fitnah. MasyaAllah.. *kalau ingat, rasa nak nangis.

dan pada masa tu lah setelah beberapa konflik, mereka datang..



rae-rae eyrfa & meiymeiy


macam aku cakap kat atas tadi , aku hanya kawan biasa. dorang memang dah bersahabat sebelum aku rapat dengan dorang..

dan masa aku rasa sangat susah, meiymeiy ( sebenarnya aku kenal dah 10 tahun ) dan rae-rae yang banyak sangat yakinkan aku untuk berdiri dan bangun.. aku hutang budi dengan kamu sampai bila-bila.. takkan ada Mumul sekarang kalau bukan kamu yang hulur tangan untuk aku dulu.. aku tak boleh imagine kalau bukan kamu dulu yang banyak sangat nasihat aku. walaupun kamu cakap tak banyak, tapi semua bermakna untuk aku. dan sebab tu aku bangun. sebab masa tu hanya kamu yang aku ada untuk aku bangun...untuk kamu, aku cuma boleh berdoa untuk kamu berjaya dalam semua hal, dunia dan akhirat. In sha Allah :)


aku ingat lagi, masa aku first time pakai tudung, meiymeiy sokong aku habis habisan sampai bagi aku baju lengan panjang :) dan meiy, aku paling sayang kau!! You did so much my dear T___T

kerana sahabat, aku nampak pangkal jalan.. masa aku kenal dorang lah, aku banyak menilai diri aku, cari kekuatan, belajar banyak benda...aku banyak sangat berubah dan aku sangat sangat sangat bersyukur.. Alhamdulillah.. MasyaAllah!


they are my friends till Jannah


Aku tak boleh nak describe apa yang aku dapat, tapi Allah itu Maha Besar, Maha Penyayang.. macam mana pun aku rasa susah, Allah tolong aku yang "kosong" dengan temukan aku, sahabat..syukur pada Allah..bukan sorang..ramai..aku dapat satu genk sekaligus. gadis tudung saji

sekali lagi..mereka gadis tudung saji
Seken, Meiymeiy, Temma, D'bonk
Hanoy, Zurae, Rae-rae

they be my friends.. 

i am the "anak bulan"....hahahaha

baru baru ni, kami berjumpa and one person is missing = Debonk.. walaupun sangat sekejap..




we are 20 soon! semua budak baik... 


ibarat mimpi yang aku jumpa dengan dorang..bila aku diam sambil tengok dorang gelak, dorang sembang-sembang..aku rasa mcm..entah..macam~..thank you Allah...

Semua yang aku rasa susah, dulu aku sangatlah regret tak bertempat.. tapi bila reflek semua balik, I AM ON MY JOURNEY!! aku dapat sahabat yang aku takkan dapat kat mana-mana, aku jadi kuat.. serius, aku jadi lebih matang. sebalik apa yang berlaku, semua ada hikmah.. never give up :) if fail, just stand up.. whatever happen, just stand up again, even on one leg!! just stand up.


This is Ummul Aufa
and now, i am still alive...smile!


saya ialah budak perempuan (masih muda okeh)
yang sentiasa mencari peluang 
untuk membaiki diri
menjadi lebih matang
menjadi muslimah solehah.
saya berlawan dengan diri sendiri
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
saya nak hidup saya bewarna warni
dan bermakna di setiap detik
saya nak bahagia dengan semua orang
saya ingin memberi bukan setakat menerima
jika nak sesuatu yang baik, bukan mudah
tapi In sha Allah pasti boleh!
selagi usaha diteruskan
berjuanglah hidup kerana Allah!




terima kasih sahabat :D




Saturday, December 29

why we need more water?

Bismillah :)


Human cannot live without water. boleh jugak hidup.. but not more than a week! 70% of body is FLUID = water.


WATER

this is sky juice = air kosong


water molecule is made up of two element which are 2 Hydrogen atom and 1 Oxygen atom. which this molecule is a polar molecule that makes the characteristic of universal solvent...bla bla bla....

*okay, kita tak nak belajar biologi okay.. ^^

basically, kalau dah jadi coach, kami akan tekankan kepada customer yang nak start consume produk to drink A LOT OF WATER which mean 3-4 liters per day. 2 liter hanyalah selemah-lemah usaha untuk minum air.

WHY?

because body cannot function properly without enough water. terus mesti ada yang cakap " eh, aku minum seliter je okay pun? "..yelah..that is what you're saying..not your body kengkawanku.. selalunya orang yang minum air sikit, mesti ada problem which they don't called it problem sampailah aku tanya sendiri korang ada tak blablabla~~.. antara masalahnya adalah, berak tak menentu.. kalau seminggu sekali/dua dah kira baik.. dua minggu sekali baru dikata sembelit -_- (err...this is OLD me ), bernyahtinja dengan susah payah = constipation walaupun seminggu 2 kali je. jarang ber'urination' and the color is very attractive *you know what i mean lah kan..haha. semua yang aku mention are the sign where your body cannot function well. cuma ramai yang ambik ringan benda macam ni. padahal umur macam aku dah ada masalah tak cukup air ni dan aku pun dulu macam ni sebab aku sangka MUDA=SIHAT. kalau ada problem macam ni, means toxin tersimpan dalam badan.!!


water is essential for losing weight. ooppss, forget to mention.. PLAIN WATER  yang aku maksudkan okeh. jgn lepas ni ada minum teh tarik 4 liter pastu kencing kena hurung semut. haha. why water is important?? it is because, when we losing weight, we want to burn more fat! kalau tak cukup air dalam badan, fat cannot burn..macam mana nak buang lemak kan??? then, FYI, when we burn calorie, toxin is created..water helps body to remove the toxin. (macam kereta kita berasap tak cukup air)


25 kg = 1 liter 
ni sekurang-kurangnya volume of water needed by the body
why disarankan lebih? sila tanya coach anda :D


SO, DRINK MORE WATER.


ada sorang member aku tanya, "mumul, kenapa kau minum banyak air??? tapi kau tak kerap kencing macam aku walaupun aku minum sikit dari kau? "

terus aku tak jawab, aku tanya balik." weyh, kenapa kau makan banyak sangat terlebih?? tapi kau tak berak kerap macam aku walaupun aku makan kurang dari kau pun??"

HAHA..nak tahu kenapa, next time aku update lagi. haha



lose weight, gain weight,maintain weight
improve skin, be healthier
earn extra income
mumul : 0168346410


Thursday, December 27

mind script

assalamuailaikum :D


tahun ni rasa sekojap sangat. pejam celik pejam celik, dah nak masuk 2013. wahh, terasa diri aku TUA.. bukan lagi belasan tahun..tp dah masuk 20-an (nak demam) T___T

bila berkata umur semakin tua, walaupun hanya bertambah 1 angka. tapi 1 itu membawa banyak perubahan. errr, aku still 19 lah..birthday hujung tahun kot. HAHA...jadi muda lg lah kan..sesapa yang awal tahun tu, silalah menerima hakikat yang anda telah tua. wakakakah

aku ingat lagi masa masuk tahun 2012 iaitu awal tahun ni, masa tu aku masih kat Labuan. lebih detail, masih dekat asrama, buat kerja aku yang semakin hari semakin bosan sebab aku tak da aktiviti yang nak dibuat selain belajar dan buat kerja di asrama masa di matrik. ibarat orang yang tak tahu apa nak dibuat. masuk matrik tapi tak tahu cita-cita..end up, result tak gempak. sebab tu, sejak aku jumpa Herbalife, after pegi banyak training, konklusi yang boleh aku buat adalah TARGET SANGAT PENTING.

then aku masih lagi ingat, masa kat matrik, kerja aku adalah meniru tutorial kawan aku.. kalau cuti hari sabtu, aku akan outing dengan rae-rae, beli barang yang tak seberapa penting dan makan soto makcik UK ( don't be fooled by the alphabet ) and bukan Ulu Kelang okay! this is Ujana Kewangan...kalau nak mewah sikit, kitorang makan KFC, kalau baru kuar elaun, kitorang makan pizza. waceceh..pastu bila dah bayar bill, balik bilik, badget habis joo! rae-rae akan makan maggi, dan aku akan makan cerial atau oat saja selama seminggu. tapi tak kurus2 pun!!! well, gegara nak badget, aku boleh minum green tea 3 kotak sehari tak makan apa2. nak diet sekali niatnyer, tapi kalori sampai 2000++kcal jugak. =_= hampeh~~

pastu, tahun ni jugak aku baru menghadapai FINAL EXAM kat matrik masa akhir april. masa ni, aku rasa exam ni penting sangat!!! sampaikan aku rasa ni lah penentuan aku untuk masuk U dan aku tak nak gagal dan aku rasa exam ni penting gila dari exam semester kat U, wahaha, sangkaan aku sama sekali salah!! sama jer pentingnya ( aku tengah stress exam sem1 kat UMS..hahaha). tapi hakikatnya, aku tak study kuat pun, study gitu-gitu jer..well, macam yang aku cakap, aku pun tak tahu apa aku buat kat matrik, sebab tu macam main-main jer.. sekadar menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi.

hmmm, bosan kan hidup aku sebelum ni.. lepas habis sekolah menengah, aku mengaku, hidup aku sangat lah bosan, tak da benda yang mencabar selain ordinary lifestyle of teenager. yang kebanyakan orang akan ingat, hidup kami cuma perlu belajar, main sekejap, makan dan minum, tengok TV, dan apa yang lebih ditekankan ialah BELAJAR BELAJAR BELAJAR. aku tak tahu kalau ada yang enjoy benda ni, tp aku sangat bosan hidup macam ni. serious! belajar sangat best sebenarnya, tapi bosan lah kan hidup belajar tengok buku memanjang~~ dalam fikiran aku, aku perlu hidup, belajar untuk hidup, tapi proses pembelajaran yang ada bukan mengajar aku untuk hidup. haha..mesti ramai yang tak setuju dengan aku, tp terpulang lah, ikut kemahuan masing masing. cuma apa yang aku nak dalam hidup, aku tak nampak peluang melalui pembelajaran kat sekolah.

masa kat sekolah dulu, aku tak lah bosan sangat, aku buat bisnes aku sendiri kecik-kecilan dan aku sangat aktif kokum unit berunifom dan aku sangat bersyukur aku aktif masa sekolah, aku sendiri perasan perubahan sikap dan pemikiran melalui penglibatan aku dengan aktiviti bukan akademik kat sekolah. benda ni aku sure korang takkan dapat dalam kelas tapi sangat berguna untuk aku. even aku dah tinggal lebih 2 tahun, aku masih guna apa yang aku belajar dulu dan sangat berguna untuk aku walaupun sekarang aku buat Herbalife. seriously, aku sedih dan kesian tau bila kengkawan aku nak aktif kokum, tapi dihalang oleh parents sebab takut jejaskan prestasi akademik. tapi bila difikir balik, kerana terlalu taksub dengan akademiklah yang menyebabkan ramai orang tidak mengambil risiko untuk berjaya..aku tak faham kenapa mesti takut untuk capai sesuatu dalam hidup. cakap nak, tapi tak sanggup~~

hmm, bergantung dengan apa yang korang tafsirkan dengan maksud "kejayaan hidup"...*bagi aku kejayaan adalah something yang kita achieve membawa kebaikan untuk semua orang, samada dari segi pembangunan sahsiah, kewangan dan prinsip hidup..bukan setakat pencapaian akademik yang selalunya menjadi fokus kebanyakan orang :D macam aku cakap tadi, terpulang~

apapun, aku rasa aku dah pun melayang entah ke mana..HAHAHA..entri ni hanya luahan dari fikiran aku yang tengah kebosanan setelah aku study chapter nutrition untuk subject food science aku okeh..

and for the coming 2013... jom tetapkan GOAL!!!!!! work for it!!!!












WHAT IS YOUR NEXT GOALS???


lose weight, gain weight, improve health and skin

EARN EXTRA INCOME

mumul: 0168346410



Wednesday, December 26

superwomen

Assalamualaikum :)



oh yeah... aku ada 6 hari lagi nak exam.. 'UMMUL, BE STRONG'

dan 1st paper aku adalah >> organic chemistry

selang 3 hari >> statistic

2 hari kemudian >> food science

ermmm, sebenarnya, subjek tak lah berat sangat. tak lah sesusah budak medic..tapi memandangkan aku ni tengah speed last minute. boleh imagine tak aku study 4 chapter organic chemistry dalam kurang dr 8 jam which aku tak sentuh langsung dr hari kuliah sampailah ke hari ni. dan serious otak aku pending sikit. -_- yeahh..HAHAHA. dan masa midterm, aku langsung tak sentuh buku. *tahniah ummul!!!! dan markah aku teruk jugaklah. okaylah tak fail sudah! dan untuk subjek universiti yg bukan matapelajaran kos aku, aku langsung tak sentuh buku lgi.dan sebenarnya aku takda nota pun. -_-!..


" Puan Rogayah - seorang ibu kepada 4 orang anak, isteri kepada seorang suami yang bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah menengah harian, menyandang jawatan sebagai ketua panitia matapelajaran sains dan kini menyambung pelajarannya ke peringkat master separuh masa di sebuah universiti yang terkemuka di Malaysia"

*situasi di atas adalah rekaan aku semata-mata dan tak ada kena mengena dengan siapa-siapa di muka bumi atau di planet lain.

berbalik kepada kenyataan pura-pura tu, sememangnya wanita yang bekerjaya sebegini ramai kan. SANGAT RAMAI. sebenarnya, aku rasa diorang ni hebakk dan gempakk.. fuuu~~ bukan senang nak pikul tugas macam tu. but some of my teachers, they really are. yes. termasuklah mak saudara aku yang masa tu tengah pregnant. sesetengah pulak, mungkin tak ada kelayakan dalan akademik, tapi diorang pun sangat busy dengan tugas dorang. betul kan. apapun, apa yang aku nak highlight kan kat sini adalah..



SUPERWOMEN 


jeng jeng jeng. sapa nak jadi superwomen?? angkat tangan. (aku pun angkat tangan!).. dulu aku masa sekolah aku selalu tanya diri aku, aku nak jadi apa *walaupun masa tu aku nak jadi pilot. jawapan yang sangat pasti adalah, aku nak jadi pompuan yang independent. aku nak majukan diri aku tanpa bergantung kepada sesiapa. aku nak jadi lebih. bukan aku nak bandingkan apa yang wanita kat luar buat. cuma, aku nak lebih sebab aku nak gain lebih dalam hidup aku. 



it is my life. it is my chance. it is my OWN!!


*banyak benda yang aku nak achieve dalam hidup aku. notes kat sini, aku bukan nak kaya duit okeh. memandangkan aku buat bisnes Herbalife, aku bukan nak gain duit semata-mata. at least I try to do it MYSELF.


independent & superwomen

kalau zaman dulu-dulu, tengok dalam cerita P-Ramlee.. tatkala zaman hitam putih, perempuan ni duduk kat dapur je memanjang. ibarat dapur tu dah jadi ruangan kaum wanita. kalau anak dara pompuan, pantang tak reti masak, nanti tak boleh kawin. wohoho..kalau aku hidup zaman tu, confirm ardartu lah aku. pastu lakinya yang buat kerja. tradisi sungguh ye. sesampailah era zaman aku ni, pompuan pun dah ada yang kerja macam lelaki.. siap boleh cari makan sama level ngan laki.. tapi tugas kat dapur kat pompuan taklah pulak diganti. bukan tak ada laki yang masak-masak ni. ada tapi jarang. tugas utama tetap diletakkan di atas bahu perempuan. tak pa lah. janji aman rumah tangga.

balik ke SUPERWOMAN.. boleh nampak kan macam mana tugas diletakkan ke atas bahu perempuan hari demi hari?? cuba tengok balik cerita Puan Rogayah aku tu. seorang ibu, isteri, guru, leader, penuntut universiti. 5 character dalam 1. di sini aku bukan nak membantah peranan yang dimainkan oleh pompuan zaman sekarang yer. aku admit, aku pun nak jadi superwomen sebab aku sangat kagum dengan wanita yang "multitask" dalam hidup.

aku heran jugak pompuan macam ni, "tak penat ke"?? dengan banyak-banyak tugas, boleh handle jo!! wow!~ wanita macam ni patut diberi penghargaan tau.. 





kalau fikir situasi aku sekarang, aku lebih kurang macam tu lah *aku rasa. HAHAHA..sebab aku pun multitasker jugak. aku buat bisnes Herbalife which means aku cari makan sendiri okeh! aku study, aku ada amanah yang ditugaskan kepada aku dekat kolej kediaman. tu jer.. tp cabaran dia aku terasa jugaklah. tapi ni Superwomen Puan Rogayah ni aku heran betul macam mana orang macam tu handle hidup. serious aku kagum! kalau makcik-makcik boleh buat walaupun umur dah 40 pun ada.. aku ni tak sampai 20 tahun mesti lagi boleh!!


I will be the one of Herbalife Superwomen. 



improve health, earn extra income : 0168346410







Friday, November 2

siapa suru kau!!!

aku ingat lagi, dulu aku memang minta tolong kau simpan barang -barang aku.. aku percaya kau.

....... dan aku rasa aku ***** sebab dengan orang macam kau pun aku percaya....


sadis~


then, when something happen between YOU and ME!!! yes, i ask for my things back. YOU ARE THE ONE WHO VOLUNTEER FIRST TO HELP ME KEEP MY THINGS SAFELY!! I appreciate it~ yes.

after a few months, i check it back, and i realize something wrong! why did you take my goods!!

I wont scold you, i wont warn you...but remember, i ask god to hantam you lah!! padan muka!!

p/s : you should tell me if you want something from me!! you know what, i spent A LOT of my money when i was kid to have all the collections.. i rather ikat perut when recess as long i can buy the things!! and i end up with ulcer in my stomach!!! Ya Allah, kurniakan lah kawan yang sepadan dengan dia :)


bulan

bismillah...



semalam punya semalam bulan cantik sangat!!!




bulan semalam punya semalam bulat macam ni.. 


tengah-tengah bayak sangat assignment aku, stress minggu depan midterm.... dan aku NAK QUALIFY SUPERVISOR by this DECEMBER!!!

pastu, tengah aku berjalan ke 1B ( reward untuk adik aku sebab tolong cuci tandas )..aku tengok langit, cerah..dan ada bulan.. MasyaAllah.. cantik!! terus aku terfikir satu benda, tengah tengah kesibukan kebanjiran manusia... ada yang kerja malam, ada yang dating, ada yang tidur, ada yang melepak, ada yang buat assignment..bla bla bla macam2.. sapa yang sedar bulan malam tu cantik sangat??

pergerakan aku seakan-akan di pause seketika.. aku lihat sekeliling aku bergerak..cuma aku dalam dunia aku... 

ya bulan malam tu sangat cantik, tapi tak semua sedar.. 

Allah sentiasa ada, tapi bukan semua orang sedar... 

usaha banyak- banyak, tapi tak pernah dapat... tak pernah berdoa.. lupa, manusia pernah tidak hebat tanpa Allah..



Thursday, November 1

miss you :)

aku rindu dengan kamu~~ huhu.... terasa mau pi skolah balik!


meiymeiy


kawan aku dari sekolah rendah :) kami tak rapat mula-mula... tapi, kalau ada apa-apa pertandingan di sekolah, kami selalu ikut sama-sama. masa form 4, aku duduk sebelah meiymeiy sampai kami form 5... bila mana aku jatuh, meiymeiy selalu  teman aku.. dan meiymeiy sangat manja! hahahah... satu hal yang aku terpaksa mengaku, meiymeiy ni nda boleh kalau tangan dia nda merayap p barang orang.. hahaha..byk betul kau tolong aku meiy, THANK YOU :) sahabat dunia dan akhirat <3


rae-rae 


ni lah paling macam kakak, u are so mature. hihi :p masa kat matrik, rae-rae jadi roomate illegal aku... kami selalu stress sebab gemuk. hari-hari makan tapau kafe tingkap. hahaha.. rae, aku mau cadar kau yang pink tu. sejuk dan lembut.aku rasa hari-hari kita berteriak di bilik macam bergaduh. HAHA..minta movie? rae, aku mau cakap THANK YOU sebab kau pun banyak berjasa dengan aku... sahabat aku dunia akhirat :)



rae-rae dan hani@hanoy


noy, aku terlampau comel mw jadi seumur macam aku.. anyway, nasihat kau kadang -kadang buat aku sebak..THANK YOU.. apapun pun, HIDUP KUNING!!! *jgn gigi yang kuning...huahuahua..noy, aku minta maaf, hp case smiley yang kau bg dgn aku tu dah hilang..hilang dengan ic,atm card dan segala..aku tercicirkan kat jalan..dan aku dah cari tp tak jumpa.. sorry.. T____T


                             
                                aku, meiymeiy, hanoy...pertandingan pantun...hihi :p





busak, sebelah aku

busak, dulu kami pernah dikatakan kembar..haha.. masa form 2 and form 3, kat mana ada aku, ada dia dan sebaliknya... aku minta maaf sebab ketidakfahaman aku dan kecelaruan dari pihak ketiga tp, aku dah jelaskan masa kita kakom dulu :) apapun, aku tetap sayang kau mcm kita kawan dulu..THANK YOU..





seken paling kiri


haha, seken, kalau kau buat lawak, pecah usus aku joo, terlampau lawak! paling aku ingat lawak kau di kelas masa kau berlakon dengan si syahrin babak "sabor"..hahahha...Thank you!!!! aku harap kau cepat kawin! hihi :p



The GTS


zurae, debonk and temma.. sorry aku nada gambar kamu yang ada kamu sorang sorang..ini jak aku jumpa :) hihi... zurae, aku mmg kagum ngan kau..sebab kau mmg kuat :) stay strong lady, u will be success! debonk manja..selau minta hug pagi2 dengan semua Gts skali ngan aku. hahha... temma paling cool.. inas kirim salam dgn kau :D temma, aku mau  buras mama mu, sodap!  Thank you!!! for being my friend <3



aku rindu betul dengan kamu~~~ sejak masuk UMS, nda da suda muka kamu muncul.. masa kat matrik, ada lagi separuh yang muncul.. apapun, aku mau kawan dengan kamu sampai bila2...peace :D sarang hae yo !!









Wednesday, October 31

optimis

bismillah:)

banyak orang cakap aku optimis. hmmm, entah apa maksud "optimis"..aku pun cari-cari kat google. dan aku tak jumpa jawapan yg meyakinkan. -_-!

aku pun tanya kawan aku, apa itu optimis.? dengan mengambil kira maksud dan pahaman aku, optimis bermaksud :


mengharapkan terbaik dari sesuatu, sentiasa mengambil sudut pandangan positif, semangat dan tidak mudah mengalah


err~~ okay, ya memang aku memang suka fikir positif dalam hal yang aku buat. benda yang sangat ketara mestilah Herbalife..tp untuk yang tahu mcm mana life aku, sebenarnya, semua benda dalam hidup, aku akan hanya fikir positif..

aku bukan nak kata aku budak baik sebab aku mengaku aku positif. tapi cuba fikir, kenapa kita nak jadi "negatif" kalau kita boleh jadi sentiasa positif..? aku sebenarnya dah bosan cakap benda negatif. sangat bosan. sini aku nak mengaku satu benda, aku bukan sejak kecik sentiasa optimis.. sangat tipu kalau aku cakap aku tak pernah fikir negatif. aku manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan..dah lah aku selalu buat dosa, lebih baik aku merefleksi balik pemikiran, positifkan minda aku supaya apa yang aku buat sentiasa positif..


dulu aku pun selalu jugak mengumpat dan mengeluh.. hmm, penatlah.. aku mengumpat+ mengeluh, satu pun tak menyelesaikan masalah! seriously man! bukanlah aku cakap pasal keburukan orang, tapi bila masalah timbul disebabkan oleh orang, aku akan cakap pasal orang tu memanjang. dan mengeluh.. sebenarnya, aku pun tak tahu motif aku buat mcm tu. tiba-tiba jak jadi secara tidak sengaja. *berdosanya aku T__T...
aku sedar semua tu, bila aku dah penat sebab satu yang aku rancang tak jadi.. jadi bila aku fikir dalam-dalam, "macam mana kita nak hasilkan sesuatu yang positif, bila minda berfikir negatif?"

selalu orang akan tanya "mul, macam mana nak fikir positif macam kau?"..hhmmm, aku pun tak tahu macam mana nak cakap.. sebab dalam hidup kita banyak aspek. satu benda yang aku perasan ialah, orang boleh fikir positif mengenai sudut agama, kawan..dll cuma yang sangat rare aku jumpa, sikap positif dalam pembangunan dan keyakinan diri. 

PERCAYA

"mul, aku tak macam kau, aku tak confident"

sahabat sekalian, sebenarnya confident tu semua orang ada..cuma orang selalu letak di tempat yang salah.. dalam semua yang kita buat atau apa-apa, kita mesti PERCAYA.. sedangkan dalam rukun iman itu sendiri asasnya adalah "PERCAYA".. percaya bukan atas perkataan, tetapi yakin dan mengaku. percaya sebenar-benar percaya! mungkin dengar macam pelik.tapi inilah hakikat. 


aku percaya Allah jadikan aku boleh!
aku percaya aku boleh
aku percaya aku sangat boleh
aku percaya kalau aku beranikan diri aku boleh
aku percaya aku akan buat yang terbaik dan dapat yang terbaik
aku percaya aku boleh berubah
aku percaya aku akan capai matlamat
aku percaya aku mesti berusaha
aku percaya aku percaya kebolehan aku
sebab aku percaya Allah jadikan semua hambanya boleh
aku kena percaya yang aku boleh!!



YOU HAVE TO BELIEVE
ANDA PERLU PERCAYA


tak siapa peduli kalau kita percaya diri sendiri atau tidak. siapa yang nak percaya diri sendiri, diri anda dalam semua hal kalau bukan anda?? memang ada orang yang percaya kita tapi percayalah mereka hanya percaya dalam sesetengah hal. jadi siapa nak percaya kita dalam semua hal?? 

percaya dari sudut positif.. macam aku cakap tadi, kita semua ada kepercayaan cuma salah letak... dalam apa jua aspek kehidupan, agama Islam menitikberatkan kesederhanaan. sebab tu, jangan over confident :) dan jangan percaya benda yang mustahil. maksud aku, contoh kalau anda tengah nak exam, anda percaya rezeki di tangan Allah, jadi anda tidak berusaha, memang sangat ganjil kalau anda percaya anda akan dapat result cemerlang. kalau iya pun, memang rezeki Allah bagi. Alhamdulillah..

gali dan teroka diri sendiri.. Allah jadikan kita hebat! percayalah.. Allah Maha besar, kita hebat kerana Allah, sebab tu, jangan bongkak!! percaya diri dan beranikan diri. percaya kita boleh buat!! fikir positif dalam semua benda.. fikir secara meluas..aplikasi aura positif dalam semua benda..


cuba fikir lagi, ambil cerita orang-orang yang berjaya... lihat bagaimana mereka berjaya.. jangan bataskan pemikiran untuk berjaya. 


bila Allah beri kita rasa susah, teroka hikmah di sebaliknya..
bila Allah bagi kesenangan, bersyukur..



THINGS HAPPEN FOR A REASON


Sebenarnya, semua benda kalau nak berjaya, tak kisah lah bisnes, akademik, sikap, agama dll..semua berkait rapat..  ini yang sangat penting untuk kita imbangkan aspek-aspek ni dalam hidup.. sangat susah, tapi kita kena percaya kita boleh!! kita kena usaha!! mcm ayat kat atas tu, selalunya orang akan fikir ayat ni sesuai bila sesuatu buruk atau ujian datang.. sebenarnya ikut logik,  dalam semua benda pun ada kaitan dengan ayat ni.. *hmm, aku tak tahu macam mana nak explain dalam bentuk ayat..korang fikir sendiri k?



DO YOU BELIEVE YOURSELF?


positive will attract negatif
be aware, be strong!

trust be, you have to be strong!! ignore complainers atau orang yang boleh mempengaruhi pemikiran postif!



we learn to be positive.. be positive to create positive.. do you believe on being positive?


* salah satu nak jadi positif, sentiasa berkepit dengan orang positif.. orang Herbalife sangat positif. jom ikut aku join Herbalife.. money+career+personal development :) contact aku : 0168346410


Monday, October 29

Aku sayang Allah

bismillah :)


aku syukur...syukur sangat-sangat.. semakin aku lihat perjalanan hidup aku. Allah sangat indah :) Allahu akbar! 4 tahun yang lalu..secara jujur memang apa yang aku lalui, tak mudah.. tapi bila aku lihat balik, semuanya cantik dirancang oleh Allah. Subhanallah!! Aku sangat bersyukur.


aku tidak hebat tapi aku bukan lemah!


semua orang pasti ada  kisah atau konflik sendiri. macam jugak aku..aku rasa, aku teruk jugaklah~~ tapi, Allah pelihara aku supaya tidak tersesar jauh. Terima Kasih Allah!! *sayang Allah.. (kepada sesiapa yang telah menghina dan bersangka buruk terhadap aku, aku maafkan korang dengan syarat, korang tak boleh hina orang lain..maka tegur secara berhemah)


pernah suatu ketika, aku terfikir kenapa aku mcm ni? kenapa aku tak mcm tu? kenapa susah sangat?? kawan??

masa tu, aku bukan seorang yang sedar pasal agama. aku tahu banyak benda tapi aku tak buat. *ishk ishk.. T__T... aku rasa susah aku larikan diri..dan paling menyedihkan, aku tidak berdoa. ( itu aku dulu ).. aku lalai dengan apa yang aku buat. aku cari benda yang boleh release tention aku. dan aku buat keputusan sendiri jadi semua aku tanggung sendiri.. aku seolah-olah putus tali. aku tak sedar apa aku buat. seriously! kejutan budaya dan perubahan mendadak keadaan sekeliling.. kerana tu, aku jatuh. kerana tidak berfikir panjang aku, jatuh.

kawan?? hmmm... complicated. aku banyak kawan. sangat banyak..tapi kawan tempat meluah?? i don't think i have once on that time.. sebab mulut orang memang susah nak sangka.. aku pula jenis hot temper. dan dulu aku sangat hot temper. tanya adik aku.betapa kuatnya aku melenting kalau ada benda yang tak logik di mata aku ..jadi aku lebih bayak mendiamkan diri dan pendam sorang sorang.

Alhamdulillah, kerana apa yang aku lalui, Allah bagi aku kawan.. THE GTS...dorang ni geng. pada masa yang sama, dorang tidaklah tahu sangat pasal hidup aku. tapi kerana itu, aku mula rapat dengan dorang. I love you meiymeiy.. InsyaAllah persahabatan kita sampai ke syurga, aku sayang kau macam aku sayang adik-adik aku. aku sayang semua GTS macam adik beradik aku.

satu hari, aku pernah tanya dengan sorang member GTS.. rae-rae.. thanks rae, ayat kau hari tu, buat aku sangat tersentap. dan masa tu lah, aku mula rasa, aku perlu sangat untuk bangun dan tidak menyerah.. I owe you very much. setiap kali aku tergelincir, aku ingat balik ayat kau. dan aku bangun balik.

" Allah tidak akan memberi ujian melebihi tahap kemampuan sesorang itu"

aku cuba selesaikan masalah, buat yang terbaik.. walaupun masa tu, aku tak tahu apa yang terbaik. yang aku tahu. aku buat saja!! SANGAT SUSAH..tak tahu kenapa. setelah aku berusaha, tetap tak dapat. sebulan..setahun..berlalu...aku masih lagi merangkak. tapi aku tidak menyerah. langsung tidak! aku masih lagi memendam.

aku tak tahu apa lagi nak buat... masa ni aku baru terfikir "doa"....pending betul aku ni.


aku dah boleh kawal apa aku nak buat, aku dah boleh fikir kawal emosi dan aku jumpa sedikit harapan.. again, aku sangat berhutang budi dengan meiymeiy, rae-rae,..korang dua yang paling banyak tahu especially, meiymeiy.. the GTS banyak bagi semangat. mungkin korang tak perasan, you don't say much, but you be my FRIEND. thank you :)

tarikh 1 Julai 2010..

penghujung jun, aku menghadiri satu kursus motivasi alihan pelajar. aku dan meiymeiy... sebelum tu, aku niat nak berubah..step by step.. i wont be greedy. sebab aku takut aku tak consistant...Dr. Tengku Asmadi punya eventh, sangat luarbiasa..aku datang dengan harapan kecil. aku cuma nak kekuatan. Alhamdulillah.. aku sangat determine lepas balik. AKU NAK BERUBAH.

lepas kursus, aku sms meiymeiy " meiy, aku nak pakai tudung ".. Alhamdulillah.. aku tak rasa beban..perasaan aku pakai tudung susah nak bayangkan. tapi aku happy. terima kasih Allah.

yes, masa tu, aku masih berkonflik..tapi, aku rasa happy... sebab aku mula kenal balik, siapa diri aku, walau buruk macam mana pun, aku masih lagi aku. aku adalah aku. so what?? aku hamba Allah.. memang aku hina. aku tidak hebat, tapi aku bukan lemah! aku kuat kerana Allah :)

masa berlalu.. nangis berliter liter, usaha berpeluh peluh, luahan meronta ronta...

sampai aku masuk matrik.. ada sebab kenapa aku masuk matrik.. bukan sebab setahun, tapi sebab aku nak hijrah lebih jauh...

another year, I made it~~ Alhamdulillah. Syukur :) banyak sangat aku dapat di matrik..  I love Allah.. I am still improving myself..


Now..i am here.. when i look back on myself, i don't have any regret.. because all happen with a reason. walaupun gelap, there are still a light. kalau tidak seperti dulu, aku tidak jadi yang sekarang.. kalau bukan dulu aku tidak bersyukur, tak mungkin aku sekarang sangat sangat bersyukur.. <3

Allah Maha besar..Allah pencipta sekalian makhluk, Allah tahu apa yang terbak untuk umatnya dan Allah adalah sebaik baik perancang. so, Let put our trust on Allah :)

Tuesday, September 18

pil semangat pil motivasi

bismillah@salam.


masuk minggu ketiga aku kat UMS.. jadual makin pack. otak makin jam. selepas habis matrik, tak pernah aku sentuh atau nak catat nota bab sains macam bagai ni. sejujurnya, aku ingat masuk U sama macam masuk matrik. sebenarnya langsung tak!okay. aku tak enjoy pun..

aku stress. serius.

penyebab :

  • sepatutnya aku naik level
  • vp aku jatuh
  • aku tak ready nak attend class dan TIDAK PONTENG

aku memang rasa down. jujur dan aku mengaku. aku kat sini sorang. tapi nasib aku selalu buat rutin aku nak cari semangat yang aku tak ada. aku baca blog Amalina Peter... belum lagi tahap aku rasa nak nangis... sebab aku tahu, aku boleh!!! ya aku memang boleh!!!




If you never cry for the hardship
Don't dream of success.




ayat ni sangat memberi semangat kat aku. sangat sangat.. I dreamed a lot. I want to that... I want to this.... and byk lagi yg aku memang nak.. nak sangat.sangat.. last-last, aku tak nak fikir result. aku nak fikir apa yg aku buat untuk kejayaan aku masa depan. 90 days plan aku mesti teruskan... tambah tambah aku sekarang penuntut kat UMS. kelas + peraturan. kalau aku nak buat Herbalife, aku mesti ikut peraturan attend kelas. SEBAB AKU TENGAH BAWA NAMA HERBALIFE. macam mana aku nak yakinkan orang yang Herbalife bagus kalau aku bawa attitude yang buruk kan. hhmmm... ni pun tetiba jak muncul di kepala. tak apa. SABAR!



satu lagi yang buat aku tersentak dan semangat balik, aku baca kat blog Amalina jugak. pasal perkara yang lebih kurang macam ni bunyi dia..

" 80% usaha akan memberi 20% hasil.. dan apabila 20% usaha lagi kita teruskan, 80% hasil akan kita dapat. selalunya orang berhenti semasa buat 80% usaha. "


*lebih kurang macam ni lah...aku malas nak cari balik entry dan malas nak copy paste.. cuma,  benda ni melekat kat kepala aku sepanjang masa sekarang ni.




hati aku rasa, memang aku deserve dapat apa yang aku ada sekarang sebab kalau nak dibandingkan resipi kejayaan aku dengan orang yang dah berjaya dengan Herbalife, aku ni setakat makan kacang. jadi buat apa aku nak compalin.. 

I keep telling myself, " sabar..just do it. believe Allah. Believe your dreams. Don't underestimate yourself mumul... this is a learning process. buat saja. buat saja. buat saja buat saja. " aku ulang dan ulang.


i dont know how Amalina do.. i don't know how other people do... kadang kadang aku rasa bila aku tengok orang lain : " SERIOUSLY??!!! THAT EASY??!!!!" sedangkan aku, tak semudah dorg. ada satu hari tu, aku sangat sangat down and masa tu Aunty Liza ngan aku dalam keta. Kami round2 cari port... ada jugak lah terkeluar bab ni.. sebab aku sedih. hahaha. aunty cakap " sometimes, we have to be in that level...learn and strengthen yourself ".... terus aku boleh tersenyum. "It's OK mumul."



yang aku tahu sekarang, aku cuba buat yang terbaik.. aku sekarang masih nak menyesuaikan diri dgn tittle " UMS STUDENT @ HERBALIFERS ".. aku agak kekok lagi lah sebab jadual aku masih berubah.. pastu jadual sekarang yang belum termasuk tutorial dan makmal.. aku kena sesuaikan diri aku jalan awal seawalnya ke kelas. *aku tak suka berebut bus. pastu jadual perjalanan pun perlu diambil kira. sebab aku banyak jalan kaki.. pastu, memang aku rasa time management aku teruk betul arr sekarang. macam lipas kudung. kejar masa sana sini. 



I will get use to it. Don't worry. cari solution!! ok kan??? kalau tak cari solution lagi susah tau! yang penting sekarang, aku kena kekalkan semangat dan momentum aku. aku kena buat sesuatu untuk improve diri.. reflek diri kejap* :) 



positive words + success stories = my motivation pill






yes, i smile to everyone....  :D







i knew, there are a lot of things to be discovered in life.. I have promised my self. So I must do what I have said... at least, I learn something everyday. every rejection, I become stronger... never give up!! the key of success is never give up!!!


keep motivated. keep perseverance :) bye!!

Saturday, September 15

matlamat dan cita cita

Bismillah....


"dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani "


sekarang dah lebih seminggu, aku telah rasmi menjadi mahasiswi di UMS..dengan mengambil jurusan teknologi makanan dan bioproses di sekolah makanan dan pemakanan... tetiba jak, aku teringat suatu ketika dahulu, masa aku masih bebudak, zaman zaman tadika, aku sangat suka berangan bila besar nak jadi apa.


cita cita pertama aku ialah...

 DOKTOR


macam ni lah aku, kalau tak da mangsa aku, patung lah paling kuat sakit



ni kes kalau aku paksa adik aku jadi sakit +_+


ni skill main jadi doktor, aku dapat ilham lepas nurse gigi dtg kat sekolah =_=




hhmmm, aku tak tau  napa aku boleh bercita cita nak jadi doktor.. mungkin sebab masa tu, org sekeliling aku mengharapkan aku jadi doktor kot..entah.. aku pun tak sure.. yang pastinya, cita cita aku tak pernah berubah sampailah rumah aku ada astro...



AKU NAK JADI PILOT!!

nak jadi pilot sebab tengok " air crash investigation"


entah napa, makin di tengok air crash investigation tu, aku makin suka pulak nak jadi pilot padahal, semua kapal terbang pun terhempas dalam siaran tu +_+.... 


desperate sangat *siap edit


aku memang nak sangat jadi pilot..sejak aku bercita cita nak jadi pilot, aku tak pernah nak tukar cita cita.
sampailah aku sekarang, aku masih rasa nak jadi pilot..tapi nak buat macam mana, bukan rezeki aku jadi pilot. apapun, Allah knows the BEST for me :)


masa aku habis SPM, aku mmg dapat jadi pilot kalau aku terima tawaran yang aku pohon... tp, half aku byr sendiri.. hhmm, aku kan anak orang tak kaya dan tak juga miskin. jadi nak membayar yuran yang setengah pun dah RM100k++ campur duit makan dan asrama nanti.., aku pun tak jadi terima. aku pun masuk matrik. di Labuan selama setahun... aku taklah berusaha sangat di matrik.. setakat cukup pointer 3 ke atas pun jadilah.. ?? padahal, tak susah mana pun kalau fokus.. susah lagi SPM. matrik fokus 4 subjek jak tau!! pastu, 2nd semester, tetiba aku dapat tawaran semula, kali ni ditaja sepenuhnya, aku tolak sebab masa tu tinggal 2 bulan lagi aku kat matrik..result tak teruk sangat, jadi sayang nak quit..nasihat : jangan ikut aku.okay. apapun kita buat, kena berusaha. InsyaAllah kita akan dapat yg terbaik dr Allah.


kenapa aku tak berusaha kat matrik??? walaupun soalan hanya layak dijawab oleh aku. aku pun tak tahu jawapan dia. padahal aku pernah cakap aku nak tebus balik yang aku tak dapat masa SPM. tapi aku tak buat pun.hmmm~~ 


MATLAMAT 




aku tak ada matlamat masa aku kat matrik.. (sangat betul!!)... sejujurnya aku memang NAKKKK SANGATTTT jadi pilot. bertahun-tahun aku simpan cita cita aku. kalau tengok buku rekod kat ruangan cita-cita, yang di update setiap tahun, aku memang tak pernah ubah, sama jak semua >> P.I.L.O.T.. memang matlamat aku jadi pilot. tapi aku lupa, hidup kita, tak semestinya kita dapat apa yang kita nak dan rancang. jadi bila "bubbye" kat pilot, aku tak ada arah nak ikut. terlalu banyak benda menarik kat dunia.bila orang cakap, ikut apa yang kita minat, aku akan cakap aku minat semua. serius. kalau pilot tu memang dah tak boleh, semua pun aku nak jadi. aku tengok cikgu kat sekolah, aku nak jadi cikgu. kejap jumpa kerja makmal, aku nak kerja makmal. jumpa kakak kaunter famasi, aku nak jadi pharmacist, kejap jumpa kakak buat IC aku nak kerja kat JPN.. huhu last last~~ aku tak tahu apa nak jadi..


lepas aku fikir sedalam-dalam laut china selatan, aku tak ada matlamat yang jelas. aku ibarat merantau tanpa arah. aku ada peta dan kenderaan. tapi aku tak ada destinasi.

aku nak jadi pilot.. itu sahaja yang aku nak kerja. kalau bukan, aku nak jadi suri rumah berjaya. hahahaha


aku macam tak tahu apa aku buat aku di matrik..dahlah, aku meman tak suka duduk exam +_+.. sangat tak suka tapi kalau dah bergelar penuntut ilmu di institusi pengajian, tu perkara wajip.. dalam banyak-banyak exam, exam paling best adalah, exam untuk ambil lesen memandu. hahaha

berbalik kepada tajuk besar , >> MATLAMAT <<

aku membuat kesimpulan bahawa, matlamat sangat penting.. kalau diberi contoh kereta, matlamat ibarat enjin kereta. dalam apa jak yang kita buat, mesti ada matlamat. contohnya:  hari ni aku nak jalan. matlamat aku kk.. simple.

setelah aku tidak bermatlamat selama ini, aku pun telah menetapkan matlamat aku nak jadi wanita berkerjaya, tak ada bos, ada rumah + kereta + kewangan yang sangat stabil sebelum aku umur 25. aku akan capai dengan berusaha dalam herbalife, InsyaAllah!! aku nak jadi President Team. lebih specific, aku tulis kat dalam buku "Princess Mumul"...*aku jadi princess untuk diri sendiri pun jadilah. HAHAHA...



TARGET + USAHA + TAWAKKAL

> T.U.T <

*macam nama bus. 



sapa sapa yang belum ada matlamat, cepat-cepat bermatlamat.. anda ibarat memandu ferrari tanpa enjin. baik naik kancil +_+..



nak tahu kenapa saya jadi virus Herbalife, sila contact saya untuk tahu sebab.  mumul : 0168346410