"dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani "
sekarang dah lebih seminggu, aku telah rasmi menjadi mahasiswi di UMS..dengan mengambil jurusan teknologi makanan dan bioproses di sekolah makanan dan pemakanan... tetiba jak, aku teringat suatu ketika dahulu, masa aku masih bebudak, zaman zaman tadika, aku sangat suka berangan bila besar nak jadi apa.
cita cita pertama aku ialah...
DOKTOR
macam ni lah aku, kalau tak da mangsa aku, patung lah paling kuat sakit
ni kes kalau aku paksa adik aku jadi sakit +_+
ni skill main jadi doktor, aku dapat ilham lepas nurse gigi dtg kat sekolah =_=
hhmmm, aku tak tau napa aku boleh bercita cita nak jadi doktor.. mungkin sebab masa tu, org sekeliling aku mengharapkan aku jadi doktor kot..entah.. aku pun tak sure.. yang pastinya, cita cita aku tak pernah berubah sampailah rumah aku ada astro...
AKU NAK JADI PILOT!!
nak jadi pilot sebab tengok " air crash investigation"
entah napa, makin di tengok air crash investigation tu, aku makin suka pulak nak jadi pilot padahal, semua kapal terbang pun terhempas dalam siaran tu +_+....
desperate sangat *siap edit
aku memang nak sangat jadi pilot..sejak aku bercita cita nak jadi pilot, aku tak pernah nak tukar cita cita.
sampailah aku sekarang, aku masih rasa nak jadi pilot..tapi nak buat macam mana, bukan rezeki aku jadi pilot. apapun, Allah knows the BEST for me :)
masa aku habis SPM, aku mmg dapat jadi pilot kalau aku terima tawaran yang aku pohon... tp, half aku byr sendiri.. hhmm, aku kan anak orang tak kaya dan tak juga miskin. jadi nak membayar yuran yang setengah pun dah RM100k++ campur duit makan dan asrama nanti.., aku pun tak jadi terima. aku pun masuk matrik. di Labuan selama setahun... aku taklah berusaha sangat di matrik.. setakat cukup pointer 3 ke atas pun jadilah.. ?? padahal, tak susah mana pun kalau fokus.. susah lagi SPM. matrik fokus 4 subjek jak tau!! pastu, 2nd semester, tetiba aku dapat tawaran semula, kali ni ditaja sepenuhnya, aku tolak sebab masa tu tinggal 2 bulan lagi aku kat matrik..result tak teruk sangat, jadi sayang nak quit..nasihat : jangan ikut aku.okay. apapun kita buat, kena berusaha. InsyaAllah kita akan dapat yg terbaik dr Allah.
kenapa aku tak berusaha kat matrik??? walaupun soalan hanya layak dijawab oleh aku. aku pun tak tahu jawapan dia. padahal aku pernah cakap aku nak tebus balik yang aku tak dapat masa SPM. tapi aku tak buat pun.hmmm~~
MATLAMAT
aku tak ada matlamat masa aku kat matrik.. (sangat betul!!)... sejujurnya aku memang NAKKKK SANGATTTT jadi pilot. bertahun-tahun aku simpan cita cita aku. kalau tengok buku rekod kat ruangan cita-cita, yang di update setiap tahun, aku memang tak pernah ubah, sama jak semua >> P.I.L.O.T.. memang matlamat aku jadi pilot. tapi aku lupa, hidup kita, tak semestinya kita dapat apa yang kita nak dan rancang. jadi bila "bubbye" kat pilot, aku tak ada arah nak ikut. terlalu banyak benda menarik kat dunia.bila orang cakap, ikut apa yang kita minat, aku akan cakap aku minat semua. serius. kalau pilot tu memang dah tak boleh, semua pun aku nak jadi. aku tengok cikgu kat sekolah, aku nak jadi cikgu. kejap jumpa kerja makmal, aku nak kerja makmal. jumpa kakak kaunter famasi, aku nak jadi pharmacist, kejap jumpa kakak buat IC aku nak kerja kat JPN.. huhu last last~~ aku tak tahu apa nak jadi..
lepas aku fikir sedalam-dalam laut china selatan, aku tak ada matlamat yang jelas. aku ibarat merantau tanpa arah. aku ada peta dan kenderaan. tapi aku tak ada destinasi.
aku nak jadi pilot.. itu sahaja yang aku nak kerja. kalau bukan, aku nak jadi suri rumah berjaya. hahahaha
aku macam tak tahu apa aku buat aku di matrik..dahlah, aku meman tak suka duduk exam +_+.. sangat tak suka tapi kalau dah bergelar penuntut ilmu di institusi pengajian, tu perkara wajip.. dalam banyak-banyak exam, exam paling best adalah, exam untuk ambil lesen memandu. hahaha
berbalik kepada tajuk besar , >> MATLAMAT <<
aku membuat kesimpulan bahawa, matlamat sangat penting.. kalau diberi contoh kereta, matlamat ibarat enjin kereta. dalam apa jak yang kita buat, mesti ada matlamat. contohnya: hari ni aku nak jalan. matlamat aku kk.. simple.
setelah aku tidak bermatlamat selama ini, aku pun telah menetapkan matlamat aku nak jadi wanita berkerjaya, tak ada bos, ada rumah + kereta + kewangan yang sangat stabil sebelum aku umur 25. aku akan capai dengan berusaha dalam herbalife, InsyaAllah!! aku nak jadi President Team. lebih specific, aku tulis kat dalam buku "Princess Mumul"...*aku jadi princess untuk diri sendiri pun jadilah. HAHAHA...
TARGET + USAHA + TAWAKKAL
> T.U.T <
*macam nama bus.
sapa sapa yang belum ada matlamat, cepat-cepat bermatlamat.. anda ibarat memandu ferrari tanpa enjin. baik naik kancil +_+..
nak tahu kenapa saya jadi virus Herbalife, sila contact saya untuk tahu sebab. mumul : 0168346410
No comments:
Post a Comment