banyak orang cakap aku optimis. hmmm, entah apa maksud "optimis"..aku pun cari-cari kat google. dan aku tak jumpa jawapan yg meyakinkan. -_-!
aku pun tanya kawan aku, apa itu optimis.? dengan mengambil kira maksud dan pahaman aku, optimis bermaksud :
mengharapkan terbaik dari sesuatu, sentiasa mengambil sudut pandangan positif, semangat dan tidak mudah mengalah
err~~ okay, ya memang aku memang suka fikir positif dalam hal yang aku buat. benda yang sangat ketara mestilah Herbalife..tp untuk yang tahu mcm mana life aku, sebenarnya, semua benda dalam hidup, aku akan hanya fikir positif..
aku bukan nak kata aku budak baik sebab aku mengaku aku positif. tapi cuba fikir, kenapa kita nak jadi "negatif" kalau kita boleh jadi sentiasa positif..? aku sebenarnya dah bosan cakap benda negatif. sangat bosan. sini aku nak mengaku satu benda, aku bukan sejak kecik sentiasa optimis.. sangat tipu kalau aku cakap aku tak pernah fikir negatif. aku manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan..dah lah aku selalu buat dosa, lebih baik aku merefleksi balik pemikiran, positifkan minda aku supaya apa yang aku buat sentiasa positif..
dulu aku pun selalu jugak mengumpat dan mengeluh.. hmm, penatlah.. aku mengumpat+ mengeluh, satu pun tak menyelesaikan masalah! seriously man! bukanlah aku cakap pasal keburukan orang, tapi bila masalah timbul disebabkan oleh orang, aku akan cakap pasal orang tu memanjang. dan mengeluh.. sebenarnya, aku pun tak tahu motif aku buat mcm tu. tiba-tiba jak jadi secara tidak sengaja. *berdosanya aku T__T...
aku sedar semua tu, bila aku dah penat sebab satu yang aku rancang tak jadi.. jadi bila aku fikir dalam-dalam, "macam mana kita nak hasilkan sesuatu yang positif, bila minda berfikir negatif?"
selalu orang akan tanya "mul, macam mana nak fikir positif macam kau?"..hhmmm, aku pun tak tahu macam mana nak cakap.. sebab dalam hidup kita banyak aspek. satu benda yang aku perasan ialah, orang boleh fikir positif mengenai sudut agama, kawan..dll cuma yang sangat rare aku jumpa, sikap positif dalam pembangunan dan keyakinan diri.
PERCAYA
"mul, aku tak macam kau, aku tak confident"
sahabat sekalian, sebenarnya confident tu semua orang ada..cuma orang selalu letak di tempat yang salah.. dalam semua yang kita buat atau apa-apa, kita mesti PERCAYA.. sedangkan dalam rukun iman itu sendiri asasnya adalah "PERCAYA".. percaya bukan atas perkataan, tetapi yakin dan mengaku. percaya sebenar-benar percaya! mungkin dengar macam pelik.tapi inilah hakikat.
aku percaya Allah jadikan aku boleh!
aku percaya aku boleh
aku percaya aku sangat boleh
aku percaya kalau aku beranikan diri aku boleh
aku percaya aku akan buat yang terbaik dan dapat yang terbaik
aku percaya aku boleh berubah
aku percaya aku akan capai matlamat
aku percaya aku mesti berusaha
aku percaya aku percaya kebolehan aku
sebab aku percaya Allah jadikan semua hambanya boleh
aku kena percaya yang aku boleh!!
YOU HAVE TO BELIEVE
ANDA PERLU PERCAYA
tak siapa peduli kalau kita percaya diri sendiri atau tidak. siapa yang nak percaya diri sendiri, diri anda dalam semua hal kalau bukan anda?? memang ada orang yang percaya kita tapi percayalah mereka hanya percaya dalam sesetengah hal. jadi siapa nak percaya kita dalam semua hal??
percaya dari sudut positif.. macam aku cakap tadi, kita semua ada kepercayaan cuma salah letak... dalam apa jua aspek kehidupan, agama Islam menitikberatkan kesederhanaan. sebab tu, jangan over confident :) dan jangan percaya benda yang mustahil. maksud aku, contoh kalau anda tengah nak exam, anda percaya rezeki di tangan Allah, jadi anda tidak berusaha, memang sangat ganjil kalau anda percaya anda akan dapat result cemerlang. kalau iya pun, memang rezeki Allah bagi. Alhamdulillah..
gali dan teroka diri sendiri.. Allah jadikan kita hebat! percayalah.. Allah Maha besar, kita hebat kerana Allah, sebab tu, jangan bongkak!! percaya diri dan beranikan diri. percaya kita boleh buat!! fikir positif dalam semua benda.. fikir secara meluas..aplikasi aura positif dalam semua benda..
cuba fikir lagi, ambil cerita orang-orang yang berjaya... lihat bagaimana mereka berjaya.. jangan bataskan pemikiran untuk berjaya.
bila Allah beri kita rasa susah, teroka hikmah di sebaliknya..
bila Allah bagi kesenangan, bersyukur..
THINGS HAPPEN FOR A REASON
Sebenarnya, semua benda kalau nak berjaya, tak kisah lah bisnes, akademik, sikap, agama dll..semua berkait rapat.. ini yang sangat penting untuk kita imbangkan aspek-aspek ni dalam hidup.. sangat susah, tapi kita kena percaya kita boleh!! kita kena usaha!! mcm ayat kat atas tu, selalunya orang akan fikir ayat ni sesuai bila sesuatu buruk atau ujian datang.. sebenarnya ikut logik, dalam semua benda pun ada kaitan dengan ayat ni.. *hmm, aku tak tahu macam mana nak explain dalam bentuk ayat..korang fikir sendiri k?
DO YOU BELIEVE YOURSELF?
positive will attract negatif
be aware, be strong!
trust be, you have to be strong!! ignore complainers atau orang yang boleh mempengaruhi pemikiran postif!
we learn to be positive.. be positive to create positive.. do you believe on being positive?
* salah satu nak jadi positif, sentiasa berkepit dengan orang positif.. orang Herbalife sangat positif. jom ikut aku join Herbalife.. money+career+personal development :) contact aku : 0168346410
No comments:
Post a Comment