aku syukur...syukur sangat-sangat.. semakin aku lihat perjalanan hidup aku. Allah sangat indah :) Allahu akbar! 4 tahun yang lalu..secara jujur memang apa yang aku lalui, tak mudah.. tapi bila aku lihat balik, semuanya cantik dirancang oleh Allah. Subhanallah!! Aku sangat bersyukur.
aku tidak hebat tapi aku bukan lemah!
semua orang pasti ada kisah atau konflik sendiri. macam jugak aku..aku rasa, aku teruk jugaklah~~ tapi, Allah pelihara aku supaya tidak tersesar jauh. Terima Kasih Allah!! *sayang Allah.. (kepada sesiapa yang telah menghina dan bersangka buruk terhadap aku, aku maafkan korang dengan syarat, korang tak boleh hina orang lain..maka tegur secara berhemah)
pernah suatu ketika, aku terfikir kenapa aku mcm ni? kenapa aku tak mcm tu? kenapa susah sangat?? kawan??
masa tu, aku bukan seorang yang sedar pasal agama. aku tahu banyak benda tapi aku tak buat. *ishk ishk.. T__T... aku rasa susah aku larikan diri..dan paling menyedihkan, aku tidak berdoa. ( itu aku dulu ).. aku lalai dengan apa yang aku buat. aku cari benda yang boleh release tention aku. dan aku buat keputusan sendiri jadi semua aku tanggung sendiri.. aku seolah-olah putus tali. aku tak sedar apa aku buat. seriously! kejutan budaya dan perubahan mendadak keadaan sekeliling.. kerana tu, aku jatuh. kerana tidak berfikir panjang aku, jatuh.
kawan?? hmmm... complicated. aku banyak kawan. sangat banyak..tapi kawan tempat meluah?? i don't think i have once on that time.. sebab mulut orang memang susah nak sangka.. aku pula jenis hot temper. dan dulu aku sangat hot temper. tanya adik aku.betapa kuatnya aku melenting kalau ada benda yang tak logik di mata aku ..jadi aku lebih bayak mendiamkan diri dan pendam sorang sorang.
Alhamdulillah, kerana apa yang aku lalui, Allah bagi aku kawan.. THE GTS...dorang ni geng. pada masa yang sama, dorang tidaklah tahu sangat pasal hidup aku. tapi kerana itu, aku mula rapat dengan dorang. I love you meiymeiy.. InsyaAllah persahabatan kita sampai ke syurga, aku sayang kau macam aku sayang adik-adik aku. aku sayang semua GTS macam adik beradik aku.
satu hari, aku pernah tanya dengan sorang member GTS.. rae-rae.. thanks rae, ayat kau hari tu, buat aku sangat tersentap. dan masa tu lah, aku mula rasa, aku perlu sangat untuk bangun dan tidak menyerah.. I owe you very much. setiap kali aku tergelincir, aku ingat balik ayat kau. dan aku bangun balik.
" Allah tidak akan memberi ujian melebihi tahap kemampuan sesorang itu"
aku cuba selesaikan masalah, buat yang terbaik.. walaupun masa tu, aku tak tahu apa yang terbaik. yang aku tahu. aku buat saja!! SANGAT SUSAH..tak tahu kenapa. setelah aku berusaha, tetap tak dapat. sebulan..setahun..berlalu...aku masih lagi merangkak. tapi aku tidak menyerah. langsung tidak! aku masih lagi memendam.
aku tak tahu apa lagi nak buat... masa ni aku baru terfikir "doa"....pending betul aku ni.
aku dah boleh kawal apa aku nak buat, aku dah boleh fikir kawal emosi dan aku jumpa sedikit harapan.. again, aku sangat berhutang budi dengan meiymeiy, rae-rae,..korang dua yang paling banyak tahu especially, meiymeiy.. the GTS banyak bagi semangat. mungkin korang tak perasan, you don't say much, but you be my FRIEND. thank you :)
tarikh 1 Julai 2010..
penghujung jun, aku menghadiri satu kursus motivasi alihan pelajar. aku dan meiymeiy... sebelum tu, aku niat nak berubah..step by step.. i wont be greedy. sebab aku takut aku tak consistant...Dr. Tengku Asmadi punya eventh, sangat luarbiasa..aku datang dengan harapan kecil. aku cuma nak kekuatan. Alhamdulillah.. aku sangat determine lepas balik. AKU NAK BERUBAH.
lepas kursus, aku sms meiymeiy " meiy, aku nak pakai tudung ".. Alhamdulillah.. aku tak rasa beban..perasaan aku pakai tudung susah nak bayangkan. tapi aku happy. terima kasih Allah.
yes, masa tu, aku masih berkonflik..tapi, aku rasa happy... sebab aku mula kenal balik, siapa diri aku, walau buruk macam mana pun, aku masih lagi aku. aku adalah aku. so what?? aku hamba Allah.. memang aku hina. aku tidak hebat, tapi aku bukan lemah! aku kuat kerana Allah :)
masa berlalu.. nangis berliter liter, usaha berpeluh peluh, luahan meronta ronta...
sampai aku masuk matrik.. ada sebab kenapa aku masuk matrik.. bukan sebab setahun, tapi sebab aku nak hijrah lebih jauh...
another year, I made it~~ Alhamdulillah. Syukur :) banyak sangat aku dapat di matrik.. I love Allah.. I am still improving myself..
Now..i am here.. when i look back on myself, i don't have any regret.. because all happen with a reason. walaupun gelap, there are still a light. kalau tidak seperti dulu, aku tidak jadi yang sekarang.. kalau bukan dulu aku tidak bersyukur, tak mungkin aku sekarang sangat sangat bersyukur.. <3
Allah Maha besar..Allah pencipta sekalian makhluk, Allah tahu apa yang terbak untuk umatnya dan Allah adalah sebaik baik perancang. so, Let put our trust on Allah :)
No comments:
Post a Comment