tahun ni rasa sekojap sangat. pejam celik pejam celik, dah nak masuk 2013. wahh, terasa diri aku TUA.. bukan lagi belasan tahun..tp dah masuk 20-an (nak demam) T___T
bila berkata umur semakin tua, walaupun hanya bertambah 1 angka. tapi 1 itu membawa banyak perubahan. errr, aku still 19 lah..birthday hujung tahun kot. HAHA...jadi muda lg lah kan..sesapa yang awal tahun tu, silalah menerima hakikat yang anda telah tua. wakakakah
aku ingat lagi masa masuk tahun 2012 iaitu awal tahun ni, masa tu aku masih kat Labuan. lebih detail, masih dekat asrama, buat kerja aku yang semakin hari semakin bosan sebab aku tak da aktiviti yang nak dibuat selain belajar dan buat kerja di asrama masa di matrik. ibarat orang yang tak tahu apa nak dibuat. masuk matrik tapi tak tahu cita-cita..end up, result tak gempak. sebab tu, sejak aku jumpa Herbalife, after pegi banyak training, konklusi yang boleh aku buat adalah TARGET SANGAT PENTING.
then aku masih lagi ingat, masa kat matrik, kerja aku adalah meniru tutorial kawan aku.. kalau cuti hari sabtu, aku akan outing dengan rae-rae, beli barang yang tak seberapa penting dan makan soto makcik UK ( don't be fooled by the alphabet ) and bukan Ulu Kelang okay! this is Ujana Kewangan...kalau nak mewah sikit, kitorang makan KFC, kalau baru kuar elaun, kitorang makan pizza. waceceh..pastu bila dah bayar bill, balik bilik, badget habis joo! rae-rae akan makan maggi, dan aku akan makan cerial atau oat saja selama seminggu. tapi tak kurus2 pun!!! well, gegara nak badget, aku boleh minum green tea 3 kotak sehari tak makan apa2. nak diet sekali niatnyer, tapi kalori sampai 2000++kcal jugak. =_= hampeh~~
pastu, tahun ni jugak aku baru menghadapai FINAL EXAM kat matrik masa akhir april. masa ni, aku rasa exam ni penting sangat!!! sampaikan aku rasa ni lah penentuan aku untuk masuk U dan aku tak nak gagal dan aku rasa exam ni penting gila dari exam semester kat U, wahaha, sangkaan aku sama sekali salah!! sama jer pentingnya ( aku tengah stress exam sem1 kat UMS..hahaha). tapi hakikatnya, aku tak study kuat pun, study gitu-gitu jer..well, macam yang aku cakap, aku pun tak tahu apa aku buat kat matrik, sebab tu macam main-main jer.. sekadar menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi.
hmmm, bosan kan hidup aku sebelum ni.. lepas habis sekolah menengah, aku mengaku, hidup aku sangat lah bosan, tak da benda yang mencabar selain ordinary lifestyle of teenager. yang kebanyakan orang akan ingat, hidup kami cuma perlu belajar, main sekejap, makan dan minum, tengok TV, dan apa yang lebih ditekankan ialah BELAJAR BELAJAR BELAJAR. aku tak tahu kalau ada yang enjoy benda ni, tp aku sangat bosan hidup macam ni. serious! belajar sangat best sebenarnya, tapi bosan lah kan hidup belajar tengok buku memanjang~~ dalam fikiran aku, aku perlu hidup, belajar untuk hidup, tapi proses pembelajaran yang ada bukan mengajar aku untuk hidup. haha..mesti ramai yang tak setuju dengan aku, tp terpulang lah, ikut kemahuan masing masing. cuma apa yang aku nak dalam hidup, aku tak nampak peluang melalui pembelajaran kat sekolah.
masa kat sekolah dulu, aku tak lah bosan sangat, aku buat bisnes aku sendiri kecik-kecilan dan aku sangat aktif kokum unit berunifom dan aku sangat bersyukur aku aktif masa sekolah, aku sendiri perasan perubahan sikap dan pemikiran melalui penglibatan aku dengan aktiviti bukan akademik kat sekolah. benda ni aku sure korang takkan dapat dalam kelas tapi sangat berguna untuk aku. even aku dah tinggal lebih 2 tahun, aku masih guna apa yang aku belajar dulu dan sangat berguna untuk aku walaupun sekarang aku buat Herbalife. seriously, aku sedih dan kesian tau bila kengkawan aku nak aktif kokum, tapi dihalang oleh parents sebab takut jejaskan prestasi akademik. tapi bila difikir balik, kerana terlalu taksub dengan akademiklah yang menyebabkan ramai orang tidak mengambil risiko untuk berjaya..aku tak faham kenapa mesti takut untuk capai sesuatu dalam hidup. cakap nak, tapi tak sanggup~~
hmm, bergantung dengan apa yang korang tafsirkan dengan maksud "kejayaan hidup"...*bagi aku kejayaan adalah something yang kita achieve membawa kebaikan untuk semua orang, samada dari segi pembangunan sahsiah, kewangan dan prinsip hidup..bukan setakat pencapaian akademik yang selalunya menjadi fokus kebanyakan orang :D macam aku cakap tadi, terpulang~
apapun, aku rasa aku dah pun melayang entah ke mana..HAHAHA..entri ni hanya luahan dari fikiran aku yang tengah kebosanan setelah aku study chapter nutrition untuk subject food science aku okeh..
and for the coming 2013... jom tetapkan GOAL!!!!!! work for it!!!!
WHAT IS YOUR NEXT GOALS???
lose weight, gain weight, improve health and skin
EARN EXTRA INCOME
mumul: 0168346410
No comments:
Post a Comment