Tuesday, July 10

ingat...

Assalamualaikum:)




beberapa hari ni aku terngiang-ngiang satu benda... entah kenapa. tapi aku dah tersasar sikit dari apa yang aku mahu diri aku jadi. bukan sebab kerjaya, bukan sebab keseronokan. tapi tujuan aku hidup.. 



BERIBADAH


aku sedar sapa aku. lemahnya aku sebagai manusia ciptaan Allah. Hinanya aku ni manusia. dari aku kecik, aku tak tahu aku ni cukup agama kh tidak. hahaha.. tapi aku rasa ilmu agama aku tak cukup buat aku kuat dan teguh. stress nya!!!! aku pun tak tahu apalah sebab aku nak stress. aku stress sebab kenapa aku selama ni tak cari ilmu agama ni. soal parents aku tak nak salahkan dorang. sebab apapun bagi aku, dorang adalah the best parents untuk aku :D I LOVE MAK AND ABAH <3


selama aku hidup, dalam 2 tahun ni lah perjalanan hijrah aku. sangat tak drastik. yang menampakkan perbezaan ketara, pemakaian aku dari tak bertudung ke bertudung. Syukur Alhamdulillah.. bukan sebab baru sampai seru. seru tu dah lama dah.. cuma aku ni jak yang buat-buat lupa..


cerita tudung

kenapa aku ambik masa yang lama nak bertudung.??? I meant kenapa 2 tahun yang lalu, kenapa bukan dari kecik.. ok, aku pun tak sure. sebenarnya niat aku masa kecik, aku nak jadi cantik macam artis, boleh colour-colour rambut, nak wavy hair macam pelakon kat TV tu.... haahhh! teruknya aku. >_<! 

masa aku tingkatan 3, aku ada kesedaran jugak tapi ciput. aku niat nak pakai tudung masa lepas kahwin. masa tu, aku rancang nak kahwin umur 30 sebab aku nak travel dulu.( see, teruknya aku kn.. aku pun tak tahu hidup kah tidak aku... dah tu, siap rancang bila nak kahwin padahal baru 15 ) terus masa hujung tahun tu, aku balik kampung kat Kedah. hah, kat sana, family aku orang-orang kuat agama gak ni. kat sana, aku jadi minah tudung saji. gara-gara nak jaga hati, aku pakailah tudung kat sana. balik sabah, sama jugak cerita. beterbangan tudung. (astagfirullah... hinanya aku knn T__T..hipokrit ni ) 


dah aku masuk 17, masa tu awal tahun, kat sanalah mula niat penghijrahan aku. sebab sesuatu yang menyedihkan... aku mula sedar.. dengan bantuan kawan terbaik aku... MY SAVIOR... dorang lah ni yang memasukkan nilai-nilai tudung ni. thank you sahabat. saranghae :) tapi, awal tingkatan 5 tu, aku dah bagitau mak aku yang aku nak pakai tudung umur 20...sebab aku tak nak berubah drastik, nanti aku cepat berubah hati. Alhamdulillah, aku pun tak sangka, last-last, aku pakai tudung pada tahun yang sama, 1 JULAI 2010.

sebenarnya niat aku nak berubah ni sentiasa ada, tapi, aku ada tabiat, kalau orang sikap keras dengan aku, aku pun jadi keras. selama ni, orang mengata aku tak pakai tudung, makin aku tak nak pakai tudung. tu lah tu yang salah satu buat aku tangguh-tangguh.. hee~~  kalau orang baik dengan aku, aku pun layan baik. susah jugak nak paham aku ni. memang aku ni pantang sangat orang yang "cakap kasar tiba-tiba, kurang ajar dengan orang tua, hina/cakap belakang.. serius. kalau tak caya, jangan try :) nanti susah... heeeeee. aku cepat marah pun tapi bersebab.


Alhamdulillah, syukur sangat kat Allah, Allah tak biar aku tersasar jauh... sapa-sapa yang terbaca blog ni, yelah sekarang ni mana ada orang baca sebab masih baru, kalau sejauh mana pun tersasar, tak kisahlah kes berat ke kecik, jangan takut, jangan was-was, Allah masih ada, cuma kita jak yang tak sedar. selagi nafas masih ada, InsyaAllah, pintu taubat masih terbuka luas. anggap masa lalu tu platform untuk kita belajar dan kenal kekejaman dunia. walaupun seburuk mana kisah. aku sendiri pun masih banyak sangat nak diperbaiki.. masih banyak kena belajar, masih banyak nak diperkuat. tapi, perubahan yang dibuat, jangan sampai tidak menjadi diri sendiri :D


saya sayang Allah



InsyaAllah, tidak lama lagi nak ramadhan, banyak goal yang aku nak achieve masa ramadhan nanti. tak boleh sabarrrrr :D aku nak jadi GOOD MUSLIMAH.. saya akan.


aku kena kuat


aku kena yakin


aku kena berubah

aku mesti!!!

walau berapa lama, berapa buruk diri aku

aku kena kuat.. 

sebab Allah ada :D


No comments:

Post a Comment