Assalamualaikum :D
hari ni aku kena invite ke satu eventh oleh sebuat company pasal insurans. tak lain tak bukan kalau bab eventh ni mesti BOP ( Business opportunity programme )..aku p dengan encik abah. hhmmm, kalau fikir balik, untung jugak jadi anak encik abah ni, aku baru 19 tp macam dah kerja sebab kadang-kadang dibawa ke hulu ke hilir. ok bapak aku ni kontraktor kelas Z.. hee~~
secara jujur, aku rasa bisnes insurans tu ok... bukan tak ok... tp entahlah, aku tetap jatuh cinta dengan herbalife. cewah, siap jatuh cinta lagi aku ni. hahaha.. apapun perniagaan memang boleh berjaya asal memang rezeki masih ada, confirm boleh punya... kalau orang yang fikir duit dan nak duit cepat, memang lah baik buat insurans, tp, tujuan aku mencari pendapatan bukan lah sebab duit. tp aku cari lebih bukan setakat nak duit, nak jadi kaya+raya, nak ada rumah, nak keta ,nak $$$$$$. okay, TAK sama sekali!!!!!
walaupun aku baru sangat, serius, setakat ni, 200vp tak sampai. aku tetap rasa Herbalife is the best!!! well, kalau ikut minat aku dari kecil, aku memang minat medic, pharmacy and apa-apa pasal HEALTH, HUMAN, HOSPITAL. haha.. 3H kunu. tapi, sejak aku lepas pmr, aku masih tak da matlamat yang jelas pasal arah tuju aku...dan sampailah sekarang, kalau nak cakap pasal kerja, aku pun tak tahu aku nak jadi apa sebab, aku ni memang tak suka ada bos dan terikat dengan masa. jadi kalau nak dikaitkan dengan 3H tu tadi, memang aku tak tau nak jadi apa. lainlah kalau aku nak buka klinik sendiri (masa tu aku tak terfikir boleh buka klinik/famasi) .. haha. mungkin ni aura encik abah. abah kan kerja sendiri tak da bos :D dan sesetengah sebab masalah kehidupan aku yang *&*%^%$@%$%??? sebab tu lah aku tak struggle dengan study masa spm dan matrik. yang aku tahu, aku cuma datang sekolah belajar supaya dapat panggilan. dan bila dapat panggilan nak sambung belajar, aku belajar ala kadar asal tak kena denda tak buat tutorial. HAHA.. at the end, aku realize, yang aku belajar sebab aku nak naik pentas setiap tahun, nak dapat sijil, nak duit masa majlis anugerah cemerlang. (ishk-ishk... sebab nak duit sampul. HAHA )
H.E.R.B.A.L.I.F.E start with letter "H".. sangat bersanggggkuttt dengan 3H aku kan??? tak payah nak crita pun dah tahu kaitannya kannn? hehehe~~
oh ya... walaupun aku sangat minat dengan hal yang berkaitan dengan 3H aku tu, tp cita-cita aku dari aku kecik, sampailah sekarang, aku teringin nak jadi pilot. SANGAT.SANGAT. SANGAT.SANGAT~!!!!
nak jadi pilott...tapi... T___T...
bukan rezeki aku pilot.... aku sangat-sangat excited pasal plane ni. serius gila, aku memang nakkkkkkk sangat. tp Allah maha mengetahui yang terbaik untuk aku. masa aku sebelum masuk matrik, aku apply jadi pilot, aku dapat!!! punya happy masa tu. tapi,, aku sedar, family aku bukan milionaire pun boleh tanggung RM200k ++ fees. belum masuk kegunaan seharian aku nanti lagi.. papa kedana jadinya nanti. jadi aku pun tolak dengan berat hati. masa tu memang dah putus harapan tak tahu nak kerja apa. dah tak ada cita-cita. sedihhhhhh sangat masa tu. huhu.... tapi ujian Allah bagi kat aku masa minggu ke-2 lepas dapat result, aku dapat panggilan, nak jadi pilot dari ***airlines...happy gila aku masa tu.. tp masa tu lah jugak keimanan aku diuji. kali ni bukan sebab duit, dah lah free, ditaja lagi.. tapi bila aku fikir balik masa tu, aku dah masuk semester 2, dan tinggal 2 bulan jak lagi habis. pointer semester 1 aku pun kira okaylah, not bad for someone macam aku. PEMALAS and sleeping beauty aku kat bilik kuliah. frust gila macam putus cinta.. kapal terbang tu boyfriend aku kalau korang nak tau. sayang aku dengan bf aku. sebab tu aku kena jadi pilot.
masa tu, nangis-nangis aku. sebab aku dah hilang cita-cita pilot aku tu lah, aku masuk matrik ni sebagai syarat tak nak kandas tak sambung belajar macam sesetengah orang. lagipun, encik abah nak sangat aku dapat degree. jadi aku sebagai anak, mengikut je lah memandangkan cita-cita pilot aku "bubbye"..
hancur hati tak dapat jadi pilot..
eh?? Apasal HERBALIFE pulak???
okay,pelik kan cita-cita aku, minat 3H..tapi nak jadi pilot.. aku minat belajar 3H sebab aku suka subjek biology. best sangat belajar pasal badan manusia ni. sangat best walaupun mechanism paling simple tp complicated pun tetap best. Unik tahu badan manusia ni. Ajaib ciptaan Allah.
aku nak jadi pilot sebab, aku memang suka kapal terbang. (sebab tu dia jadi boyfriend aku) ..aku suka mengembara, aku suka naik kapal terbang sebab boleh tengok daratan dari atas.. EXCITED!!! memang apa jak kaitan dengan boyfriend kesayangan aku ni, aku sangat nak tahu dan minat. aku nak pandu sendiri!!!! rasa macam terbang sendiri!!! tp..... tu hanya angan-angan aku yang dah berlalu. bukan rezeki aku nak jadi pilot.. mungkin Allah tak nak aku kahwin lambat kott?? ( napa boleh sampai bab kahwin ?? ..$#$%^&$??) entah sebab apa, tapi aku memang sangatlah minattttt dengan BF aku ni... haha
my sayangsss....tengah kerja :D
i don't know why HERBALIFE.. but all i know is....#@$$%&... what is it?? secret :p
macam dalam last post aku, aku nak kehidupan baru.. ya. yang baru.. aku yakin. InsyaAllah :D ameen...
No comments:
Post a Comment