hari ini, 7 hari ramadhan dah berlalu. ada lebih kurang 20++ hari lagi kita berpuasa.. sekejapnya~~ pastu raya.. sekejap sangat kan masa berlalu... macam tak sedar knn?
banyak benda yang aku belajar untuk beberapa tempoh masa sekarang.. thanks Allah :D aku syukur, syukur sangat-sangat.. MasyaAllah, terlalu banyak hikmah disebalik kesulitan. cuma perlukan sabar untuk seketika... dan buka mata hati seluasnya. SYUKUR
yang paling bermasalah di antara masalah :
baru-baru ni, cuba teka.... aku hilang dompet!!
jadi kemarin dulu, aku pun cari balik jejak aku.. nak mencari dompet. aku down sangat-sangat.. sebab tak siapa support. susah hatinya jangan cakap... sebab bukan setakat i/c yang hilang. dompet tu... semua di dalam yang penting!!
aku hilang~~
- kad pengenalan
- 2 kad ATM
- lesen memandu.. nasib L
- resit bisnes manik.
- reminder yang penting
- kad keahlian Herbalife
- sekeping RM10.00
- paling penting : dompetnya yang di bagi oleh kawan baik. T__T
kejadiannya, petang tu, aku bagi flyers kat bazaar ramadhan.. kat indah permai. kira jauh jugak lah dari rumah. plan kerja aku dengan aunty liza :D our 90days plan..
bagi punya bagi, dah dekat nak buka puasa. sehari untuk hari tu, aku habis 400 flyers tapi kat bazaar lebih kurang 200 jak habis... bila dah dekat sungkai tu, aku pun p beli makanan. bukanlah toksin sangat. bubur lambuk jak untuk bawa balik rumah.
pastu aku singgah kat nutricious club kat indah permai... saja ikut aunty. okay lah. masa tu, dompet masih ada. aku pegang-pegang.. ni lah keburukan aku, bab duit dengan dompet, aku suka sepahkan jak. benda lain aku cermat. memang kat rumah, kena punggah almari+rak dan segala tempat yang boleh menyimpan, baru jumpa duit. sebab merata-rata. termasuklah ic dan dompet.
pastu, masa nak balik, naik p parking lot, aku dah hilang ingatan. tangan aku pegang hp, bg dengan plastik bag bubur... dompet tercicir. bertuahnya aku T__T.
masa dah sampai rumah, aku tak sedar lagi. jam 8.30, aku nak keluar p beli syampoo sebab nak cuci rambut dan syampoo habis. aku cari dompet dan........... hilang. tak jumpa. ok. bertenang masa tu.
aku tenangkan diri aku, cakap, dompet dalam kereta aunty liza... jadi malam tu tak stress. besoknya, jalankan kerja, tak jumpa dalam kereta. jadi tengahari break, aku p indah permai balik. aku cari kat tempat yang aku jalan-jalan. still tak jumpa. masa ni, tengah nak hilang semangat. dahlah masa tu cuaca hujan. memang kena betul dengan mood aku. sedih.
besoknya, aku diisytiharkan sebagai penduduk tanpa izin.. tak da pengenalan diri. down sangat-sangat. dahlah ada masalah lain lagi. dompet pulak yang hilang. macam-macam jadi. haishh! aku tak bagitau bapak aku pun.. baik jangan. sama jugak cerita aku tanggung semua sendiri, pakai duit sendiri, sendiri urus macam biasa. baik tak payah bagitau dari kena bising kn? pendek kata, survivol skill. dah tak da kawan support. macam mana lah nak cari duit ganti ic ni. 3x dah hilang kot!! habislah. dulu masa sekolah, 2x aku kena rompak sebab tinggal mykad kad beg dalam kelas.
aku report pastu p JPN. nah RM 360 bayar. fuhh... nak pengsan!
mana nak cari mak oii.. dahlah aku ni kena tanggung hidup sendiri. rumah, makan kat rumah, lain cerita lah. yang lain, sendiri hidup. pandai-pandailah. nasib kakak kaunter bagi dicount dengan syarat kena bawa surat tawaran U...okay,, syukur dapat masuk UMS. alhamdulillah, kira rezeki berganda lah kan.? :D
jadi dapatlah RM 160... fuhh, banyak tu. tapi sekurang-kurangnya, berkurang banyak lah kan dari RM360 tu. okayla, takpa, rilek jak :D
mak marah tapi tak nak cakap. aku terima dan bersabar jak lah. salah sendiri jugak..huhu.. cuma aku yakinkan diri aku yang semua ni, ada hikmah. SABAR!!
then hari ni, kemarin buat report, aku try selongkar duit kat mana-mana. apa tak susah, ATM card hilang. ic hilang tak boleh keluar duit bank dari buku. tersekat kat sana. pening! nak cari mana??
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan, janji kita sabar :D
aku korek duit tabung, korek sana sini, pinjam adik. cukup. luculah jugak, banyak duit syiling. aku bawa tabung lagi masa nak bayar JPN. hahahahaha... okay lah asal ada ic walaupun besar! HAHA..pastu, aku pun buat pengeluaran duit bank, untuk beli product herbalife dan nak bayar hutang adik aku. ujian lagi, tak boleh keluar jugak!! sebab kena p centre. takpalah...huhu
akhirnya, dapat jugak. alhamdulillah, berita baiknya, aku naik level herbalife dari normal distributor jadi senior consultant... weee~~~ rezeki Allah!! alhamdulillah, gembira!! pastu aku beli product, wahh!! aku balik kampung, yang bahagian stock aku, habis!!! rezeki lagi!! aku habis duit, buat ic baru, tapi aku dapat pulangan untung 2x ganda!! rezeki datang lagi.. tanpa diduga. memang tak boleh jangka rezeki Allah.!! MasyaAllah... cuma perlu bersabar sahaja :D
gembiranya, lupa dah yang aku ni baru jak tengah bersedih dan runsing.. aku susah hati dekat seminggu tapi aku gembira dalam masa tak sampai masa 3 jam jak, semua jadi baik.. cuma perlu bersabar.. jadi next time, aku tak nak marah-marah, tak nak rungut-rungut, sebab yang buruk tu, pasti disusuli kebaikan.. InsyaAllah. tak kira lambat atau cepat, pasti ada hikmah :D
well~~~ another lesson. hihihi
semua yang jadi, Alhamdulillah :D penuh hikmah...
sabar!!!
walaupapun, lain kali, kepada sesiapa yang nampak dompet jatuh, nak ambik duit, ambik kalau tak takut dosa.. tapi tolonglah ambik dompet hantar p balai, tak pun... biarkan jak. nanti tuan dia cari balik. macam aku. tq