tak pernah terfikir, yg aku boleh2 berfikir seperti yang dalam kepala aku sekarang ni. okay korang tak paham kan. -_-
hari ni dah masuk 11 hari pesawat MH 370 H.I.L.A.N.G. pesawat model boeng 777-200. sedih dan curious.
alkisahnya, aku sebenarnya bercita-cita nak jadi juruterbang. rasanya aku dah pernah blog pasal aku nak jadi pilot kan. hihi. TAPI serious, aku nak cakap jugak yang aku memang sangat minat career pilot ni. MINAT SANGAT!!!
asal aku nampak kapal terbang kat langit atau tengah jalan dongak atas nampak kapal terbang...mesti aku cakap "eh eh..kapal terbanglah~~whoaaa"..yer saya budak 21 tahun yang tak pernah tengok kapal terbang -_-...*budak lah sangat*...sampai sekarang, aku rasa mcm EXCITED sangat nampak kapal terbang. aku bukan excited jadi penumpangnya. aku rasa excited sebab aku terbayang aku bawa kapal terbang tu, pastu terbang kat awan. Subhanallah~~ kalaulah aku jadi pilot kannn. mesti best!!
Hahaha. tp aku yakin Allah tak takdirkan aku jadi pilot sebab ada career yg lagi best untuk aku kann? (ayat pasrah dan berserah)
jadi aku sekarang ni tak lah frust tak jadi pilot. tapi still aku memang cinta dengan . . .
buah hati saya
ni lah cita-cita aku dulu-dulu lagi. dari aku kecik sampailah aku kat matrik. tak pernah aku menanam cita-cita selain pilot. setakat cakap di mulut jadi ini best, jadi itu best adalah. tapi kat hati, memang nak jadi PILOT.
dan the main reason aku end up ambil science stream is because I WANT TO BE A PILOT.
Alhamdulillah ambil food tech. Memang banyak sangat aku belajar (bukan gred exam okeh) dan reality bila aku ambil food tech ni. aku lagi banyak masa nak merenung "siapa aku dalam hidup aku". jadi betullah, ditakdirkan belajar dalam bidang ni, sebenarnya aku lagi banyak berusaha belajar untuk hidup. terfikir aku, yang Allah nak aku belajar hidup dan cari nilai hidup aku, sebab tu Allah tak jadikan aku pilot :)
*InsyaAllah, kalau aku tak boleh jadi pilot, sapa tahu aku kahwin ngan pilot ker, anak aku jadi pilot ker, kannn..haha. manatahu kalau aku berusaha nak berjaya boleh own kapal terbang sendiri kot. HAHAHA.. *
balik kepada isu MH370 tu, aku tak buat sebarang spekulasi, dan aku betul-betul percaya dalam berita jer. sebab kalau aku bergantung maklumat di alam maya ni, konfem tak siap assignment aku weyh!
sebagai orang yang bukan siapa-siapa, aku cuma mampu berdoa dan berharap yang MH370 akan ditemui dengan selamat.. InsyaAllah.
tu je bebelan. bye