Monday, December 23

enjin kereta mati tengah jalan

Bismillah


okay...sekarang aku baru sampai rumah lepas driving kereta yang baru tersadai tengah jalan petang tadi. aku tak rasa sory walaupun telah menyebabkan kesesakan lalu lintas. otak aku penuh dengan persoalan-persoalan yang mungkin menyakitkan hati aku..hmmm tak jugak..aku tak kecewa, tak jugak sedih, tak jugak nak nangis, cuma aku sangat-sangat terkilan.


aku keluar nak pergi UMS ada hal nak jumpa dengan customer lama. tengah-tengah dalam perjalanan tu lah, tiba-tiba Allah turunkan ujian. enjin mati tengah jalan dengan TIBA-TIBA. dan aku ingat biasalah kan boleh start balik. sekalinya!! hampeh takdok batery pulak. aku try start banyak kali entah aku tak ingat. last-last kereta tu tak menunjukkan harapan yang dia nak hidup. 

aku sorang-sorang perempuan. kat dalam kereta antik dah 20 tahun seumur aku. hanfon aku tak boleh keluar sebab simkad Digi aku tak leh keluar entah sebab apa walaupun belum habis kredit (ni yang aku sakit hati).... wooo aku baru lulus ujian JPJ 2 November hari tu, tiba-tiba jadi macam ni. gelabah sikit sebab BANYAK ORANG HON tapi alhamdulillah aku tak nangis. tapi aku heran sangat-sangat. masa kat bengkel nak ambik lesen, kalau kereta mati tengah jalan, 1st thing to do is, pasang lampu isyarat kecemasan yang berkelip-kelip tu. AKU DAH PASANG. but still!! aku kena hon BANYAKKKK kali. ingat hon nak tolong atau apa. ni hon pastu berleter aku aku. aku ni "P" kot. yang pemandu competent dah habis p tak kan TAK PAHAM lampu SOS aku tuh!! SAH.. TAK AMBIK LESEN!!!!

aku tak jugak geram tapi sangat terkilan. jalan tu dua line. kau jalanlah yang sebelah. aku terdampar kat lorong kiri kot. kau ikutlah kanan. tak kan aku nak tolak pergi tepi. Polis lalu pun buat bodoh jer.CIS. hah padan muka sebab kena CIS dengan aku. hilang satu kepercayaan aku terhadap kredibiliti polis ni. cubalah at least tanya apa jadi. tau tak masa aku cuba nak keluar kereta, lorong sebelah tak perlahankan kenderaan pun! aku kan dah lost banyak weight. aku rasa macam nak terbang jak bila lori besar lalu sebelah kereta, pastu aku kat antara kereta dan lori. TAKUT tau. 

dan disebabkan masalah hanfon aku tu,aku tak tahu nak buat apa. jadi aku DECIDE call  customer service. pastu, dorang aktifkan balik kredit aku yang telah diblock entah sebab apa. and masa ni aku dah terdampar dekat sejam. ni semua sebab aku mengelamun dekat 30 minit sambil try nak start kereta balik. yang masa selebihnya, tu aku tengah on call dengan helpline. then baru dapat contact adik aku T___T..lama kot~~

abah aku ada project kat tenghilan 1 jam perjalanan dari tempat aku tersadai, tu pun kalau tak jem.petang-petang selalunya jem. mak aku kat kampung aku kat kedah. nak sampai kena lalu laut cina selatan. huhu..adik aku contactlah aunty aku. dan aunty aku contactlah uncle Anthony mr.mechanic. barulah sampai bantuan kat aku setelah 1 jam lebih aku tunggu. dan abah aku rupanya kebetulan ada kat inanam angkut alat projek dia. jadi abah pun ada sekali.

TERKILAN

dah jadi macam tu, aku sedar sangat, siapalah aku dalam timbunan manusia yang masih hidup. adakah aku sekadar manusia yang ditakdirkan hidup. tak siapa pun tolong. even aku dah minta tolong kat tepi, semua belah macam tu jak. polis yang memang berkhidmat untuk keselamatan pun, khidmatnya entah ke mana. khidmat nak saman orang sana sini banyaklah. kenapa dia tak saman jak aku sebab berhentikan kereta kat laluan kan? paling -paling, ada kereta yang macam disko gelakkan aku, kereta besar syarikat hon pastu angkat tangan sambil belah. pak cik dan mak cik yang lain lalu buat bodoh. sejam aku sesorang, ada SATU jak pakcik kreta lagi antik dari aku tanya. tu pun dia minta maaf sebab tak leh nak tolong. pak cik ni memang aku respect. semoga kalau dia susah, ada jak orang nak tolong dia.

aku rasa macam setiap manusia ni, kalau bukan kerana pertalian darah..ada dinding besar sangat sampai tak nampak apa yang jadi sekeliling. apalah sangat kalau perlu pindah laluan. aku tak minta pun tolong panggilkan kereta tunda. apa semua manusia yang hidup ni, buat benda untuk hidup sendiri??? 

mana nilai yang tertulis kat buku teks, iklan kat TV.... selama aku sekolah sampailah sekarang, aku percaya sikap melambangkan nilai hidup. tapi hari ni...semua jadi terbalik...teringat ayat kat drama tragis "dunia penuh dengan kekejaman", "dunia kau, dunia kau lah, apa kena dengan aku?".....betulkan macam tu?? 

mungkin betul lah tu. aku baru aku nak mengorak langkah untuk cipta realiti dalam hidup aku.... tapi kan hidup jer lain-lain, dunia sama. kita sama-sama kat bumi. *terkilan...* 

tapi disebabkan kejadian hari ni..aku belajar sesuatu. 

alhamdulillah tak maki orang, tak trauma. HAHA.. 

2 comments:

  1. aish, kesiannya,
    btw, akak bila nak balik kedah ni

    ReplyDelete
  2. so sad manusia zaman sekarang ne . lohh . macam tunggul semuanya :(

    ReplyDelete