Monday, December 31

mereka SAHABAT aku. gadis tudung saji

Bismillah.


genk-genk "gadis tudung saji" GTS


aku rindu sangat dengan depa!!! Entah napa, tapi aku sikit "emo" baca entry ni... Masya Allah, serius, aku tak tau macam manalah hidup aku kalau tak da diorang.. sahabat aku. sahabat dunia dan akhirat..

mungkin tak banyak dikarang, tp BESAR MAKSUD nya.. mungkin orang tak faham kenapa aku emo sangat, tak kisahlah yang penting aku sangat..sangat..sangat bersyukur Allah temukan aku dengan mereka.. Alhamdullillah :)

ni gambar kelas masa form 3... kami sekelas


aku masih ingat lagi, sebenarnya diorang ni dulu hanya kawan biasa sekelas aku. dan aku hanya "kenal" sebagai kawan sekelas. masa tu aku rapat dengan kawan aku yang bernama Kezia...still kami masih sahabat.

kezia=busak yang 4 mata..hihi :p

aku tak tahu nak cakap apa..tapi serius, aku minta maaf sangat sangat Kezia.. mungkin kita dah tak kembar sebab tak serapat dulu..tapi betul apa orang cakap, true friends never die.. aku pun sayang kau. macam dulu...walau apapun, seorang sahabat itu tidak boleh diganti... sebab kau jugak, aku baru mengenal what is friendship :) 

dan masa form 4, aku sangat susah. SANGAT PERIT.. mungkin kalau dilihat balik, mcm sempoi jer, tapi masa tu aku baru belajar nak kenal dunia... aku buat salah. tapi aku bersyukur sebab aku belajar jadi kuat.. Minta maaf kat semua orang kalau aku ada terbuat salah dengan korang... masa tu memang aku rasa susah sangat berat sangat...aku tak cakap dengan sesapa..sampailah aku biarkan aku terhanyut...sebab aku rasa aku kecil, aku tak mampu, aku pendam sorang-sorang..semua yang jadi ibarat mimpi.. dan masa tu aku sangat "jahil"...Astagfirullah~

aku sangat rasa lonely entah kenapa.. dugaan, fitnah. MasyaAllah.. *kalau ingat, rasa nak nangis.

dan pada masa tu lah setelah beberapa konflik, mereka datang..



rae-rae eyrfa & meiymeiy


macam aku cakap kat atas tadi , aku hanya kawan biasa. dorang memang dah bersahabat sebelum aku rapat dengan dorang..

dan masa aku rasa sangat susah, meiymeiy ( sebenarnya aku kenal dah 10 tahun ) dan rae-rae yang banyak sangat yakinkan aku untuk berdiri dan bangun.. aku hutang budi dengan kamu sampai bila-bila.. takkan ada Mumul sekarang kalau bukan kamu yang hulur tangan untuk aku dulu.. aku tak boleh imagine kalau bukan kamu dulu yang banyak sangat nasihat aku. walaupun kamu cakap tak banyak, tapi semua bermakna untuk aku. dan sebab tu aku bangun. sebab masa tu hanya kamu yang aku ada untuk aku bangun...untuk kamu, aku cuma boleh berdoa untuk kamu berjaya dalam semua hal, dunia dan akhirat. In sha Allah :)


aku ingat lagi, masa aku first time pakai tudung, meiymeiy sokong aku habis habisan sampai bagi aku baju lengan panjang :) dan meiy, aku paling sayang kau!! You did so much my dear T___T

kerana sahabat, aku nampak pangkal jalan.. masa aku kenal dorang lah, aku banyak menilai diri aku, cari kekuatan, belajar banyak benda...aku banyak sangat berubah dan aku sangat sangat sangat bersyukur.. Alhamdulillah.. MasyaAllah!


they are my friends till Jannah


Aku tak boleh nak describe apa yang aku dapat, tapi Allah itu Maha Besar, Maha Penyayang.. macam mana pun aku rasa susah, Allah tolong aku yang "kosong" dengan temukan aku, sahabat..syukur pada Allah..bukan sorang..ramai..aku dapat satu genk sekaligus. gadis tudung saji

sekali lagi..mereka gadis tudung saji
Seken, Meiymeiy, Temma, D'bonk
Hanoy, Zurae, Rae-rae

they be my friends.. 

i am the "anak bulan"....hahahaha

baru baru ni, kami berjumpa and one person is missing = Debonk.. walaupun sangat sekejap..




we are 20 soon! semua budak baik... 


ibarat mimpi yang aku jumpa dengan dorang..bila aku diam sambil tengok dorang gelak, dorang sembang-sembang..aku rasa mcm..entah..macam~..thank you Allah...

Semua yang aku rasa susah, dulu aku sangatlah regret tak bertempat.. tapi bila reflek semua balik, I AM ON MY JOURNEY!! aku dapat sahabat yang aku takkan dapat kat mana-mana, aku jadi kuat.. serius, aku jadi lebih matang. sebalik apa yang berlaku, semua ada hikmah.. never give up :) if fail, just stand up.. whatever happen, just stand up again, even on one leg!! just stand up.


This is Ummul Aufa
and now, i am still alive...smile!


saya ialah budak perempuan (masih muda okeh)
yang sentiasa mencari peluang 
untuk membaiki diri
menjadi lebih matang
menjadi muslimah solehah.
saya berlawan dengan diri sendiri
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
saya nak hidup saya bewarna warni
dan bermakna di setiap detik
saya nak bahagia dengan semua orang
saya ingin memberi bukan setakat menerima
jika nak sesuatu yang baik, bukan mudah
tapi In sha Allah pasti boleh!
selagi usaha diteruskan
berjuanglah hidup kerana Allah!




terima kasih sahabat :D




Saturday, December 29

why we need more water?

Bismillah :)


Human cannot live without water. boleh jugak hidup.. but not more than a week! 70% of body is FLUID = water.


WATER

this is sky juice = air kosong


water molecule is made up of two element which are 2 Hydrogen atom and 1 Oxygen atom. which this molecule is a polar molecule that makes the characteristic of universal solvent...bla bla bla....

*okay, kita tak nak belajar biologi okay.. ^^

basically, kalau dah jadi coach, kami akan tekankan kepada customer yang nak start consume produk to drink A LOT OF WATER which mean 3-4 liters per day. 2 liter hanyalah selemah-lemah usaha untuk minum air.

WHY?

because body cannot function properly without enough water. terus mesti ada yang cakap " eh, aku minum seliter je okay pun? "..yelah..that is what you're saying..not your body kengkawanku.. selalunya orang yang minum air sikit, mesti ada problem which they don't called it problem sampailah aku tanya sendiri korang ada tak blablabla~~.. antara masalahnya adalah, berak tak menentu.. kalau seminggu sekali/dua dah kira baik.. dua minggu sekali baru dikata sembelit -_- (err...this is OLD me ), bernyahtinja dengan susah payah = constipation walaupun seminggu 2 kali je. jarang ber'urination' and the color is very attractive *you know what i mean lah kan..haha. semua yang aku mention are the sign where your body cannot function well. cuma ramai yang ambik ringan benda macam ni. padahal umur macam aku dah ada masalah tak cukup air ni dan aku pun dulu macam ni sebab aku sangka MUDA=SIHAT. kalau ada problem macam ni, means toxin tersimpan dalam badan.!!


water is essential for losing weight. ooppss, forget to mention.. PLAIN WATER  yang aku maksudkan okeh. jgn lepas ni ada minum teh tarik 4 liter pastu kencing kena hurung semut. haha. why water is important?? it is because, when we losing weight, we want to burn more fat! kalau tak cukup air dalam badan, fat cannot burn..macam mana nak buang lemak kan??? then, FYI, when we burn calorie, toxin is created..water helps body to remove the toxin. (macam kereta kita berasap tak cukup air)


25 kg = 1 liter 
ni sekurang-kurangnya volume of water needed by the body
why disarankan lebih? sila tanya coach anda :D


SO, DRINK MORE WATER.


ada sorang member aku tanya, "mumul, kenapa kau minum banyak air??? tapi kau tak kerap kencing macam aku walaupun aku minum sikit dari kau? "

terus aku tak jawab, aku tanya balik." weyh, kenapa kau makan banyak sangat terlebih?? tapi kau tak berak kerap macam aku walaupun aku makan kurang dari kau pun??"

HAHA..nak tahu kenapa, next time aku update lagi. haha



lose weight, gain weight,maintain weight
improve skin, be healthier
earn extra income
mumul : 0168346410


Thursday, December 27

mind script

assalamuailaikum :D


tahun ni rasa sekojap sangat. pejam celik pejam celik, dah nak masuk 2013. wahh, terasa diri aku TUA.. bukan lagi belasan tahun..tp dah masuk 20-an (nak demam) T___T

bila berkata umur semakin tua, walaupun hanya bertambah 1 angka. tapi 1 itu membawa banyak perubahan. errr, aku still 19 lah..birthday hujung tahun kot. HAHA...jadi muda lg lah kan..sesapa yang awal tahun tu, silalah menerima hakikat yang anda telah tua. wakakakah

aku ingat lagi masa masuk tahun 2012 iaitu awal tahun ni, masa tu aku masih kat Labuan. lebih detail, masih dekat asrama, buat kerja aku yang semakin hari semakin bosan sebab aku tak da aktiviti yang nak dibuat selain belajar dan buat kerja di asrama masa di matrik. ibarat orang yang tak tahu apa nak dibuat. masuk matrik tapi tak tahu cita-cita..end up, result tak gempak. sebab tu, sejak aku jumpa Herbalife, after pegi banyak training, konklusi yang boleh aku buat adalah TARGET SANGAT PENTING.

then aku masih lagi ingat, masa kat matrik, kerja aku adalah meniru tutorial kawan aku.. kalau cuti hari sabtu, aku akan outing dengan rae-rae, beli barang yang tak seberapa penting dan makan soto makcik UK ( don't be fooled by the alphabet ) and bukan Ulu Kelang okay! this is Ujana Kewangan...kalau nak mewah sikit, kitorang makan KFC, kalau baru kuar elaun, kitorang makan pizza. waceceh..pastu bila dah bayar bill, balik bilik, badget habis joo! rae-rae akan makan maggi, dan aku akan makan cerial atau oat saja selama seminggu. tapi tak kurus2 pun!!! well, gegara nak badget, aku boleh minum green tea 3 kotak sehari tak makan apa2. nak diet sekali niatnyer, tapi kalori sampai 2000++kcal jugak. =_= hampeh~~

pastu, tahun ni jugak aku baru menghadapai FINAL EXAM kat matrik masa akhir april. masa ni, aku rasa exam ni penting sangat!!! sampaikan aku rasa ni lah penentuan aku untuk masuk U dan aku tak nak gagal dan aku rasa exam ni penting gila dari exam semester kat U, wahaha, sangkaan aku sama sekali salah!! sama jer pentingnya ( aku tengah stress exam sem1 kat UMS..hahaha). tapi hakikatnya, aku tak study kuat pun, study gitu-gitu jer..well, macam yang aku cakap, aku pun tak tahu apa aku buat kat matrik, sebab tu macam main-main jer.. sekadar menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi.

hmmm, bosan kan hidup aku sebelum ni.. lepas habis sekolah menengah, aku mengaku, hidup aku sangat lah bosan, tak da benda yang mencabar selain ordinary lifestyle of teenager. yang kebanyakan orang akan ingat, hidup kami cuma perlu belajar, main sekejap, makan dan minum, tengok TV, dan apa yang lebih ditekankan ialah BELAJAR BELAJAR BELAJAR. aku tak tahu kalau ada yang enjoy benda ni, tp aku sangat bosan hidup macam ni. serious! belajar sangat best sebenarnya, tapi bosan lah kan hidup belajar tengok buku memanjang~~ dalam fikiran aku, aku perlu hidup, belajar untuk hidup, tapi proses pembelajaran yang ada bukan mengajar aku untuk hidup. haha..mesti ramai yang tak setuju dengan aku, tp terpulang lah, ikut kemahuan masing masing. cuma apa yang aku nak dalam hidup, aku tak nampak peluang melalui pembelajaran kat sekolah.

masa kat sekolah dulu, aku tak lah bosan sangat, aku buat bisnes aku sendiri kecik-kecilan dan aku sangat aktif kokum unit berunifom dan aku sangat bersyukur aku aktif masa sekolah, aku sendiri perasan perubahan sikap dan pemikiran melalui penglibatan aku dengan aktiviti bukan akademik kat sekolah. benda ni aku sure korang takkan dapat dalam kelas tapi sangat berguna untuk aku. even aku dah tinggal lebih 2 tahun, aku masih guna apa yang aku belajar dulu dan sangat berguna untuk aku walaupun sekarang aku buat Herbalife. seriously, aku sedih dan kesian tau bila kengkawan aku nak aktif kokum, tapi dihalang oleh parents sebab takut jejaskan prestasi akademik. tapi bila difikir balik, kerana terlalu taksub dengan akademiklah yang menyebabkan ramai orang tidak mengambil risiko untuk berjaya..aku tak faham kenapa mesti takut untuk capai sesuatu dalam hidup. cakap nak, tapi tak sanggup~~

hmm, bergantung dengan apa yang korang tafsirkan dengan maksud "kejayaan hidup"...*bagi aku kejayaan adalah something yang kita achieve membawa kebaikan untuk semua orang, samada dari segi pembangunan sahsiah, kewangan dan prinsip hidup..bukan setakat pencapaian akademik yang selalunya menjadi fokus kebanyakan orang :D macam aku cakap tadi, terpulang~

apapun, aku rasa aku dah pun melayang entah ke mana..HAHAHA..entri ni hanya luahan dari fikiran aku yang tengah kebosanan setelah aku study chapter nutrition untuk subject food science aku okeh..

and for the coming 2013... jom tetapkan GOAL!!!!!! work for it!!!!












WHAT IS YOUR NEXT GOALS???


lose weight, gain weight, improve health and skin

EARN EXTRA INCOME

mumul: 0168346410



Wednesday, December 26

superwomen

Assalamualaikum :)



oh yeah... aku ada 6 hari lagi nak exam.. 'UMMUL, BE STRONG'

dan 1st paper aku adalah >> organic chemistry

selang 3 hari >> statistic

2 hari kemudian >> food science

ermmm, sebenarnya, subjek tak lah berat sangat. tak lah sesusah budak medic..tapi memandangkan aku ni tengah speed last minute. boleh imagine tak aku study 4 chapter organic chemistry dalam kurang dr 8 jam which aku tak sentuh langsung dr hari kuliah sampailah ke hari ni. dan serious otak aku pending sikit. -_- yeahh..HAHAHA. dan masa midterm, aku langsung tak sentuh buku. *tahniah ummul!!!! dan markah aku teruk jugaklah. okaylah tak fail sudah! dan untuk subjek universiti yg bukan matapelajaran kos aku, aku langsung tak sentuh buku lgi.dan sebenarnya aku takda nota pun. -_-!..


" Puan Rogayah - seorang ibu kepada 4 orang anak, isteri kepada seorang suami yang bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah menengah harian, menyandang jawatan sebagai ketua panitia matapelajaran sains dan kini menyambung pelajarannya ke peringkat master separuh masa di sebuah universiti yang terkemuka di Malaysia"

*situasi di atas adalah rekaan aku semata-mata dan tak ada kena mengena dengan siapa-siapa di muka bumi atau di planet lain.

berbalik kepada kenyataan pura-pura tu, sememangnya wanita yang bekerjaya sebegini ramai kan. SANGAT RAMAI. sebenarnya, aku rasa diorang ni hebakk dan gempakk.. fuuu~~ bukan senang nak pikul tugas macam tu. but some of my teachers, they really are. yes. termasuklah mak saudara aku yang masa tu tengah pregnant. sesetengah pulak, mungkin tak ada kelayakan dalan akademik, tapi diorang pun sangat busy dengan tugas dorang. betul kan. apapun, apa yang aku nak highlight kan kat sini adalah..



SUPERWOMEN 


jeng jeng jeng. sapa nak jadi superwomen?? angkat tangan. (aku pun angkat tangan!).. dulu aku masa sekolah aku selalu tanya diri aku, aku nak jadi apa *walaupun masa tu aku nak jadi pilot. jawapan yang sangat pasti adalah, aku nak jadi pompuan yang independent. aku nak majukan diri aku tanpa bergantung kepada sesiapa. aku nak jadi lebih. bukan aku nak bandingkan apa yang wanita kat luar buat. cuma, aku nak lebih sebab aku nak gain lebih dalam hidup aku. 



it is my life. it is my chance. it is my OWN!!


*banyak benda yang aku nak achieve dalam hidup aku. notes kat sini, aku bukan nak kaya duit okeh. memandangkan aku buat bisnes Herbalife, aku bukan nak gain duit semata-mata. at least I try to do it MYSELF.


independent & superwomen

kalau zaman dulu-dulu, tengok dalam cerita P-Ramlee.. tatkala zaman hitam putih, perempuan ni duduk kat dapur je memanjang. ibarat dapur tu dah jadi ruangan kaum wanita. kalau anak dara pompuan, pantang tak reti masak, nanti tak boleh kawin. wohoho..kalau aku hidup zaman tu, confirm ardartu lah aku. pastu lakinya yang buat kerja. tradisi sungguh ye. sesampailah era zaman aku ni, pompuan pun dah ada yang kerja macam lelaki.. siap boleh cari makan sama level ngan laki.. tapi tugas kat dapur kat pompuan taklah pulak diganti. bukan tak ada laki yang masak-masak ni. ada tapi jarang. tugas utama tetap diletakkan di atas bahu perempuan. tak pa lah. janji aman rumah tangga.

balik ke SUPERWOMAN.. boleh nampak kan macam mana tugas diletakkan ke atas bahu perempuan hari demi hari?? cuba tengok balik cerita Puan Rogayah aku tu. seorang ibu, isteri, guru, leader, penuntut universiti. 5 character dalam 1. di sini aku bukan nak membantah peranan yang dimainkan oleh pompuan zaman sekarang yer. aku admit, aku pun nak jadi superwomen sebab aku sangat kagum dengan wanita yang "multitask" dalam hidup.

aku heran jugak pompuan macam ni, "tak penat ke"?? dengan banyak-banyak tugas, boleh handle jo!! wow!~ wanita macam ni patut diberi penghargaan tau.. 





kalau fikir situasi aku sekarang, aku lebih kurang macam tu lah *aku rasa. HAHAHA..sebab aku pun multitasker jugak. aku buat bisnes Herbalife which means aku cari makan sendiri okeh! aku study, aku ada amanah yang ditugaskan kepada aku dekat kolej kediaman. tu jer.. tp cabaran dia aku terasa jugaklah. tapi ni Superwomen Puan Rogayah ni aku heran betul macam mana orang macam tu handle hidup. serious aku kagum! kalau makcik-makcik boleh buat walaupun umur dah 40 pun ada.. aku ni tak sampai 20 tahun mesti lagi boleh!!


I will be the one of Herbalife Superwomen. 



improve health, earn extra income : 0168346410