Wednesday, October 31

optimis

bismillah:)

banyak orang cakap aku optimis. hmmm, entah apa maksud "optimis"..aku pun cari-cari kat google. dan aku tak jumpa jawapan yg meyakinkan. -_-!

aku pun tanya kawan aku, apa itu optimis.? dengan mengambil kira maksud dan pahaman aku, optimis bermaksud :


mengharapkan terbaik dari sesuatu, sentiasa mengambil sudut pandangan positif, semangat dan tidak mudah mengalah


err~~ okay, ya memang aku memang suka fikir positif dalam hal yang aku buat. benda yang sangat ketara mestilah Herbalife..tp untuk yang tahu mcm mana life aku, sebenarnya, semua benda dalam hidup, aku akan hanya fikir positif..

aku bukan nak kata aku budak baik sebab aku mengaku aku positif. tapi cuba fikir, kenapa kita nak jadi "negatif" kalau kita boleh jadi sentiasa positif..? aku sebenarnya dah bosan cakap benda negatif. sangat bosan. sini aku nak mengaku satu benda, aku bukan sejak kecik sentiasa optimis.. sangat tipu kalau aku cakap aku tak pernah fikir negatif. aku manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan..dah lah aku selalu buat dosa, lebih baik aku merefleksi balik pemikiran, positifkan minda aku supaya apa yang aku buat sentiasa positif..


dulu aku pun selalu jugak mengumpat dan mengeluh.. hmm, penatlah.. aku mengumpat+ mengeluh, satu pun tak menyelesaikan masalah! seriously man! bukanlah aku cakap pasal keburukan orang, tapi bila masalah timbul disebabkan oleh orang, aku akan cakap pasal orang tu memanjang. dan mengeluh.. sebenarnya, aku pun tak tahu motif aku buat mcm tu. tiba-tiba jak jadi secara tidak sengaja. *berdosanya aku T__T...
aku sedar semua tu, bila aku dah penat sebab satu yang aku rancang tak jadi.. jadi bila aku fikir dalam-dalam, "macam mana kita nak hasilkan sesuatu yang positif, bila minda berfikir negatif?"

selalu orang akan tanya "mul, macam mana nak fikir positif macam kau?"..hhmmm, aku pun tak tahu macam mana nak cakap.. sebab dalam hidup kita banyak aspek. satu benda yang aku perasan ialah, orang boleh fikir positif mengenai sudut agama, kawan..dll cuma yang sangat rare aku jumpa, sikap positif dalam pembangunan dan keyakinan diri. 

PERCAYA

"mul, aku tak macam kau, aku tak confident"

sahabat sekalian, sebenarnya confident tu semua orang ada..cuma orang selalu letak di tempat yang salah.. dalam semua yang kita buat atau apa-apa, kita mesti PERCAYA.. sedangkan dalam rukun iman itu sendiri asasnya adalah "PERCAYA".. percaya bukan atas perkataan, tetapi yakin dan mengaku. percaya sebenar-benar percaya! mungkin dengar macam pelik.tapi inilah hakikat. 


aku percaya Allah jadikan aku boleh!
aku percaya aku boleh
aku percaya aku sangat boleh
aku percaya kalau aku beranikan diri aku boleh
aku percaya aku akan buat yang terbaik dan dapat yang terbaik
aku percaya aku boleh berubah
aku percaya aku akan capai matlamat
aku percaya aku mesti berusaha
aku percaya aku percaya kebolehan aku
sebab aku percaya Allah jadikan semua hambanya boleh
aku kena percaya yang aku boleh!!



YOU HAVE TO BELIEVE
ANDA PERLU PERCAYA


tak siapa peduli kalau kita percaya diri sendiri atau tidak. siapa yang nak percaya diri sendiri, diri anda dalam semua hal kalau bukan anda?? memang ada orang yang percaya kita tapi percayalah mereka hanya percaya dalam sesetengah hal. jadi siapa nak percaya kita dalam semua hal?? 

percaya dari sudut positif.. macam aku cakap tadi, kita semua ada kepercayaan cuma salah letak... dalam apa jua aspek kehidupan, agama Islam menitikberatkan kesederhanaan. sebab tu, jangan over confident :) dan jangan percaya benda yang mustahil. maksud aku, contoh kalau anda tengah nak exam, anda percaya rezeki di tangan Allah, jadi anda tidak berusaha, memang sangat ganjil kalau anda percaya anda akan dapat result cemerlang. kalau iya pun, memang rezeki Allah bagi. Alhamdulillah..

gali dan teroka diri sendiri.. Allah jadikan kita hebat! percayalah.. Allah Maha besar, kita hebat kerana Allah, sebab tu, jangan bongkak!! percaya diri dan beranikan diri. percaya kita boleh buat!! fikir positif dalam semua benda.. fikir secara meluas..aplikasi aura positif dalam semua benda..


cuba fikir lagi, ambil cerita orang-orang yang berjaya... lihat bagaimana mereka berjaya.. jangan bataskan pemikiran untuk berjaya. 


bila Allah beri kita rasa susah, teroka hikmah di sebaliknya..
bila Allah bagi kesenangan, bersyukur..



THINGS HAPPEN FOR A REASON


Sebenarnya, semua benda kalau nak berjaya, tak kisah lah bisnes, akademik, sikap, agama dll..semua berkait rapat..  ini yang sangat penting untuk kita imbangkan aspek-aspek ni dalam hidup.. sangat susah, tapi kita kena percaya kita boleh!! kita kena usaha!! mcm ayat kat atas tu, selalunya orang akan fikir ayat ni sesuai bila sesuatu buruk atau ujian datang.. sebenarnya ikut logik,  dalam semua benda pun ada kaitan dengan ayat ni.. *hmm, aku tak tahu macam mana nak explain dalam bentuk ayat..korang fikir sendiri k?



DO YOU BELIEVE YOURSELF?


positive will attract negatif
be aware, be strong!

trust be, you have to be strong!! ignore complainers atau orang yang boleh mempengaruhi pemikiran postif!



we learn to be positive.. be positive to create positive.. do you believe on being positive?


* salah satu nak jadi positif, sentiasa berkepit dengan orang positif.. orang Herbalife sangat positif. jom ikut aku join Herbalife.. money+career+personal development :) contact aku : 0168346410


Monday, October 29

Aku sayang Allah

bismillah :)


aku syukur...syukur sangat-sangat.. semakin aku lihat perjalanan hidup aku. Allah sangat indah :) Allahu akbar! 4 tahun yang lalu..secara jujur memang apa yang aku lalui, tak mudah.. tapi bila aku lihat balik, semuanya cantik dirancang oleh Allah. Subhanallah!! Aku sangat bersyukur.


aku tidak hebat tapi aku bukan lemah!


semua orang pasti ada  kisah atau konflik sendiri. macam jugak aku..aku rasa, aku teruk jugaklah~~ tapi, Allah pelihara aku supaya tidak tersesar jauh. Terima Kasih Allah!! *sayang Allah.. (kepada sesiapa yang telah menghina dan bersangka buruk terhadap aku, aku maafkan korang dengan syarat, korang tak boleh hina orang lain..maka tegur secara berhemah)


pernah suatu ketika, aku terfikir kenapa aku mcm ni? kenapa aku tak mcm tu? kenapa susah sangat?? kawan??

masa tu, aku bukan seorang yang sedar pasal agama. aku tahu banyak benda tapi aku tak buat. *ishk ishk.. T__T... aku rasa susah aku larikan diri..dan paling menyedihkan, aku tidak berdoa. ( itu aku dulu ).. aku lalai dengan apa yang aku buat. aku cari benda yang boleh release tention aku. dan aku buat keputusan sendiri jadi semua aku tanggung sendiri.. aku seolah-olah putus tali. aku tak sedar apa aku buat. seriously! kejutan budaya dan perubahan mendadak keadaan sekeliling.. kerana tu, aku jatuh. kerana tidak berfikir panjang aku, jatuh.

kawan?? hmmm... complicated. aku banyak kawan. sangat banyak..tapi kawan tempat meluah?? i don't think i have once on that time.. sebab mulut orang memang susah nak sangka.. aku pula jenis hot temper. dan dulu aku sangat hot temper. tanya adik aku.betapa kuatnya aku melenting kalau ada benda yang tak logik di mata aku ..jadi aku lebih bayak mendiamkan diri dan pendam sorang sorang.

Alhamdulillah, kerana apa yang aku lalui, Allah bagi aku kawan.. THE GTS...dorang ni geng. pada masa yang sama, dorang tidaklah tahu sangat pasal hidup aku. tapi kerana itu, aku mula rapat dengan dorang. I love you meiymeiy.. InsyaAllah persahabatan kita sampai ke syurga, aku sayang kau macam aku sayang adik-adik aku. aku sayang semua GTS macam adik beradik aku.

satu hari, aku pernah tanya dengan sorang member GTS.. rae-rae.. thanks rae, ayat kau hari tu, buat aku sangat tersentap. dan masa tu lah, aku mula rasa, aku perlu sangat untuk bangun dan tidak menyerah.. I owe you very much. setiap kali aku tergelincir, aku ingat balik ayat kau. dan aku bangun balik.

" Allah tidak akan memberi ujian melebihi tahap kemampuan sesorang itu"

aku cuba selesaikan masalah, buat yang terbaik.. walaupun masa tu, aku tak tahu apa yang terbaik. yang aku tahu. aku buat saja!! SANGAT SUSAH..tak tahu kenapa. setelah aku berusaha, tetap tak dapat. sebulan..setahun..berlalu...aku masih lagi merangkak. tapi aku tidak menyerah. langsung tidak! aku masih lagi memendam.

aku tak tahu apa lagi nak buat... masa ni aku baru terfikir "doa"....pending betul aku ni.


aku dah boleh kawal apa aku nak buat, aku dah boleh fikir kawal emosi dan aku jumpa sedikit harapan.. again, aku sangat berhutang budi dengan meiymeiy, rae-rae,..korang dua yang paling banyak tahu especially, meiymeiy.. the GTS banyak bagi semangat. mungkin korang tak perasan, you don't say much, but you be my FRIEND. thank you :)

tarikh 1 Julai 2010..

penghujung jun, aku menghadiri satu kursus motivasi alihan pelajar. aku dan meiymeiy... sebelum tu, aku niat nak berubah..step by step.. i wont be greedy. sebab aku takut aku tak consistant...Dr. Tengku Asmadi punya eventh, sangat luarbiasa..aku datang dengan harapan kecil. aku cuma nak kekuatan. Alhamdulillah.. aku sangat determine lepas balik. AKU NAK BERUBAH.

lepas kursus, aku sms meiymeiy " meiy, aku nak pakai tudung ".. Alhamdulillah.. aku tak rasa beban..perasaan aku pakai tudung susah nak bayangkan. tapi aku happy. terima kasih Allah.

yes, masa tu, aku masih berkonflik..tapi, aku rasa happy... sebab aku mula kenal balik, siapa diri aku, walau buruk macam mana pun, aku masih lagi aku. aku adalah aku. so what?? aku hamba Allah.. memang aku hina. aku tidak hebat, tapi aku bukan lemah! aku kuat kerana Allah :)

masa berlalu.. nangis berliter liter, usaha berpeluh peluh, luahan meronta ronta...

sampai aku masuk matrik.. ada sebab kenapa aku masuk matrik.. bukan sebab setahun, tapi sebab aku nak hijrah lebih jauh...

another year, I made it~~ Alhamdulillah. Syukur :) banyak sangat aku dapat di matrik..  I love Allah.. I am still improving myself..


Now..i am here.. when i look back on myself, i don't have any regret.. because all happen with a reason. walaupun gelap, there are still a light. kalau tidak seperti dulu, aku tidak jadi yang sekarang.. kalau bukan dulu aku tidak bersyukur, tak mungkin aku sekarang sangat sangat bersyukur.. <3

Allah Maha besar..Allah pencipta sekalian makhluk, Allah tahu apa yang terbak untuk umatnya dan Allah adalah sebaik baik perancang. so, Let put our trust on Allah :)