dah lama tak berblogging..hhmmm, busy jugak semenjak dua menjak ni... aku buka booth dekat giant kolombong.. jadi agak sibuk sedikit... timing macam shopping mall... 10 to 10. tak sempat sangat nak karang cerita. Alhamdulillah, hari ni sempat jugak :D
booth di giant kolombong
besok raya!!!! SELAMAT HARI RAYA >_<
sedar tak sedar, dah habis puasa. pejam celik, pejam celik. dah habis puasa.. esok dah raya macam tak percaya!
raya tahun ni, kami sefamily sangatlah bersederhana...baik start puasa sampailah raya.. sangat sangat berjimat.. sebab tahun ni, semua pn ada hal masing-masing.. abah dengan project yang tak habis habis..
mak dengan kuih raya dan driver adik aku pi sekolah.. aku denagn kerja herbalife + manik aku.. uma pulak, dengan stress SPM terutama kerja kursus dia. maya dan amar busy ke sekolah. HAHA.. pi sekolah pun busy apa. jalan jam 9, balik jam 5.. kalah office hour. hee~~
bercakap pasal kerja.. fokuskan aku. dengan manik dan herbalife..
T____T * sengsara
herbalife aku tak da hal.. biasalah. 90 days plan.. tapi manik . . . sakit kepala.. last last aku yang demam dekat dekat raya. huhu
aku nak buat notis dekat sapa sapa yang nak minta tempahan jahit manik.
"sila faham susah senang orang yang jahit manik"
yes memang agak mahal. sebab apalah sangat harga manik kan. modal tak sampai RM20.. upah boleh sampai RM90.. kenapa?? mak cik, kakak, datin, puan.. tahu kah anda, sepasang baju yang.....
macam dalam gambar tu, ambil masa 6 jam nak siap.. tu pun upah RM50. termasuk manik dah tu. paling murah tu tau... kalau nak murah, buat sendiri. 6 jam tu dah dikira cepat... tak kan anda nak baju anda manik tercabut cabut.. penat tau sangat sangat!!!! sakit belakang belum kira lagi tuh.
ni belum lagi kira kalau ambil tempahan orang atas orang. alamat lagi murah lah bayarannya tu... cubalah fikir sikit.... dahh dahh... CUKUP. tahun depan atau lain kali!! tak da belas kasihan kepada peminat manik kecuali diri sendiri. tak nak dah bagi "harga bundle".. baik lgi aku buat herbalife. "simple, fun, magical"
wahahaha... tapi takpa, ni baru permulaan... pengajaran buat diri sendiri.. huhu. yang penting, NO MORE NEXT TIME!! tekad dan noktah! nak sangat, sila bayar ikut harga asal dan tempah dalam masa yang ditetapkan. terima kasih. hhehehe
tahun depan, aku tak payah nak cari duit lebih siap buat part time. aku dah ada herbalife. dah cukup untuk aku jana pendapatan. ramai dah aku tengok ternyata nyata dibuktikan oleh mereka yang telah berjaya. aku juga akan membuktikan macam diorang jugak! no matter, the moment will come.. sooner or later :) yang penting usaha dan sabar.. aku kena tunggu dan kena usaha!!!
I'll make sure, Eid this year.. akan jadi tahun terakhir aku dan family aku pakai baju yang kami telah pakai banyak kali.. next year, aku nak pakai baju baru. yang aku punya sendiri. adik aku dan mak and abah jugak. bukan baju sedekah, bukan baju lama. bukan dan bukan.
aku faham kenapa parents aku tak beli baju raya.. serius. aku tak kisah. cuma, aku nak aku ada pengalaman pakai baju baru yang sedondong dengan family aku sekarang sebelum aku kahwin. tu jak. aku tak kisah pun baju sedekah daru aunty atau jiran. cuma, aku memang teringin sangat nak rasa baju raya sendiri.. bukan secondhand. saiz ukuran badan sendiri, dan duit sendiri. sama-sama cantik dan berseri dengan keluarga aku...
yang buat aku sedar selama ni aku pakai baju yang sama dan disedekah masa raya sebelum-sebelum, sebab... memandangkan besok raya, aku dengan adik aku punggah almari nak cari baju untuk dipakai besok.. aku cari punya cari, adik aku pun cari jugak. . . . setelah beberapa ketika, sampai kami penat. kami tak jumpa apa yang sesuai.. adik aku kesian, dia kurus sangat. baju kurung tak sampai 5 pasang. baru semua hijau pulak tu #$%^&^%??? jadi dia tak boleh kongsi baju dengan aku. aku pun tak muat baju dia... jadi terpaksalah dia pakai baju raya yang aku bagi kat dia dulu. baju yang dia pernah pakai masa darjah 6, tingkatan 1, tingkatan 2, ...dia hanya pakai masa raya sebab takut baju tu jadi buruk dah nanti raya dah tak nampak baru.. last year jak dia first time beli baju sebab dia teringin sangat. tp dia dah banyak kali pakai masa pi sekolah baju raya last year...
aku pulak, selama ni, aku rasa baju raya aku baru jak. masa darjah 6, tingkatan 1, tingkatan 3. aku pakai baju yang sama. baju tingkatan 2 &4 baju yang sama.. dan masa tingkatan 5, uma tingkatan3, aku buat baju sendiri... masa tu jak baru dapat baju baru.. tp baju tu dah tak muat, aku makin gemuk. uma pulak makin tinggi. HAHA. dah tak boleh pakai.. baju kurung aku banyak pun, semua aku dah pakai jadi baju kuliah..huhu. baju sedekah lagi tu... baru aku sedar, aku tak ada baju saiz sendiri. =_=..
sedekah dan baju lama bukan masalahnya.. tapi, tahun ini, baru aku sedar.. sampai bila macam ni. baru aku terfikir teringin nak pakai baju baru. apapun, terima kasih yang menyedekah. kalau tak, mesti aku takda baju raya selama ni kn. Alhamdulillah. rezeki :D... lepas ni, aku nak usaha betul betul. guna peluang aku dalam herbalife, aku tahun depan, aku nak pakai baju baru!!! biarlah kami jadi kumpulan boria. haha, InsyaAllah :D
No comments:
Post a Comment