Friday, August 31

31 OGOS

bismillah :D


selamat hari kemerdekaan!!!!! alhamdulillah negara kita ni boleh dikira aman kalau dibandingkan negara lain..    sedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang pejuang negara dalam menuntut kemerdekaan. tanpa mereka, tiadalah malaysia. wee~~~ I LOVE MALAYSIA!!!!!!!!


ooppps, besok dah pendaftaran ><. *aku tak packing lagi!! (mentang-mentang 20minit jer perjalanan)

bye!!

aku diet dulu dan sekarang

bismillah.



nak dijadikan topik, semua perempuan nak cantik. tak da pompuan tak nak cantik... sama macam aku.. ramai orang nak cantik dengan kurus.. zaman sekarang ni, belambak muda mudi hawa yang terlebih toksin dalam badan dan telah menyumbang kepada masalah utama wanita iaitu, "berlemak".. cantik sikit ayat "berlemak" dari overweight :D hhmmm,..setengah orang pulak, tak fokus kat saiz badan kalau nak cantik, fokus muka.. tapi macam aku, aku lagi fokus kat saiz badan dari muka... haha. tapi tu cerita dulu..sekarang, aku ambik kisah pasal muka aku  memandangkan, kawan aku kulit lawa!!


okay, pastinya nak cantik kena kurus dan kena diet kan.? tapi, apakah istilah diet nak kurus ni..?

ada orang salah faham diet = tak makan/kurangkan makanan. err...seksalah!!! yes betul, diet macam tu memang seksa tapi "berlemak" lagiiii SEKSA. aku dulu masa sekolah kurus jak. berat setakat 46 jak.. tak kurus sangat tapi tak juga nampak berisi. solid solid jak.

aku yang pakai tudung. masa form 5



masa kat sekolah, aku makan sedang sedang jak.. takut gemuk. sebab masa aku tahun 6, aku gedembon jugak lah... jadi aku makan sedang-sedang. tengok mood jugak. kadang makan banyak, kadang tak, kadang sikit. ikut lah. kalau aku rasa badan aku kembang semacam, aku "diet" lah. HAHA.. tapi, lepas aku SPM, aku mengalami transformasi mendadak. aku naik lebih 10kg. terutama masa aku kerja kat guardian.. keliling kedai makan. dah tu, makan kat kedai, kita sebenarnya tak dapat nak control minyak, gula dan paling penting KUANTITI!!!! *macam aku T___T... dah tu, semua orang pun cakap aku tak gemuk, aku pun apa lagi, melantak lah~ hihi



last last, aku pun jadi "lemak" berjalan.


jadi makanya, aku pun ambil inisiatif "diet"...  dah tu, diet aku dulu teruk...aku asyik kena gastrik..separuh mati aku diet, last-last turun 2kg jak sekali aku dapat segala ketidak sihat kat badan T___T.. 2kg tu bertahan selama seminggu jak, pastu naik balik =_=

sebenarnya istilah diet ialah, rutin. maksudnya yang aku dapat dari Kamus Dewan, diet adalah :


1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang;
2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk se­seorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll): ~ seimbang; pakar ~ pakar dlm kajian saintifik tentang pengambilan, penyediaan, dan pe­ngawalan makanan; berdiet makan dan minum mengikut per­aturan yg ditetapkan: dia terpaksa ~ utk me­ngurangkan berat badannya.


memang kalau nak kurus kena diet. TAPI, diet secara BETUL.. kalau kita terus diet secara tak betul yakni, tak makan atau skip meal, otot kita akan kecut.. dimana, memang kita lost kg, tapi kita lost muscle sekali.. cop cop! dah kantoi masa diet. cik kak, kalau kita nak kurus, kita nak lose fats or muscle? jeng jeng jeng~~



OTOT ATAU LEMAK??



susah kan nak kurus.. takpe, semua permasalahan ada penyelesaian termasuklah sindrom "berlemak" ni... kalau nak setakat kurus di mana, kebanyakan orang akan fokus > "turun berat".. tapi orang silap bahawa, berat yang anda turun adalah lemak atau muscle.


muscle adalah daging kita, dan apabila kita punya muscle, itulah yang akan membakar kalori kita setiap hari.. secara ringkasnya, muscles tend to burn calories. while fats tend store calories...



jadi kesimpulannya kalau nak diet, silalah halau lemak anda. bukan muscle anda!! kalau nak lose weight tu, pada masa yg sama kita turunkan peratus lemak, kita kena gain muscle.. kalau tak, nanti banyaklah kulit menggeleber.. kulit kita ibarat macam plastik... bila sampai elasticity point, kulit susah nak kecut..kalau plastik, memanglah tak boleh kecut..kulit kan bukan sel hidup.. jadi kita kena pulihkan sel kulit untuk, reshape balik badan.. sebab itu, diet seimbang sangat penting.



DIET BERSAMA HERBALIFE


Lepas aku balik dari matrik, aku taklah berat macam aku kerja kat guardian.. tp kira berat jugaklah. tak obese tak gemuk tp, boleh tahan jugak lah ketembaman aku. hihi.. pastu aku jumpa herbalife. we~~

lepas seminggu aku consume product.. aku start on dengan Formula 1, TeaMix and Aloe + kawad *kira exercise lah tu.. aku turun 2kg.. happy.. aku tak lapar, dan sangat bertenaga!!! alhamdulillah aku jumpa Herbalife :D *wink-wink

lepas sebulan lebih, aku turun 5kg total..tp aku naik balik sekilo lebih. TAPI~ aku reshape, muscle jer naik..hahaha. fats aku turun weyh!!





weee~~~ best turun berat badan tak payah nak lapar lapar.. sakit badan untuk nak kurus.. deritanya hidup.!! well sapa nak kurus, sihat lagi bertenaga, contact okay!!


ummul : 016-8346410
( for business purpose only )

Friday, August 24

gastric pain.?? NO MORE!

salam..


sapa pernah kena gastrik? *sila angkat tangan. (aku angkat tangan sekali).


sakit perut sebab gastrik sakittt okayy!!! sakit sangat!!! aku sanggup lagi senggugut setiap bulan dari kena gastrik...hhmm, sakit gastrik ni berbeza-beza mengikut tahap keterukan gastrik bagi setiap individu. jadi sapa yang rasa rasa baru kena gastrik, confirmlah, tak berapa sakit kan.. *cehh, padahal, first time kena gastrik..sakit hapa!..

dulu, aku pernah sesak nafas sebab kena gastrik... sakitnya berlanjutan pulak tu!

sebenarnya, sebab utama sakit gastrik ni adalah berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak teratur.. ni info yang aku dapat dari internet sources :D


"Gastritis refers to a condition whereby the stomach lining becomes inflamed"

"The inflammation may be cause by AN INJURY, CERTAIN FOOD, ALCOHOL and MEDICATION"


aku nak explain sikit pasal sebab-sebab kecederaan dekat dinding perut yang menyebabkan gastrik.. sapa-sapa doktor, aku minta maaf yer kalau salah...aku setakat budak matrik kot..aku banyak search pasal gastrik ni sebab aku dulu sangat selalu kena gastrik masa sekolah... jadi adalah serba sedikit yang aku tahu pasal sakit sakit ni..hihi


basically, aku dapat gastrik sebab aku salah makan..err...dulu aku boleh habiskan 4 tin cola sehari.. lebih tepat.. setengah hari. yup.. tak percaya. tanya kawan kawan aku dulu dulu. antah macam mana aku boleh addict dengan cola ni. kalau aku nampak tin cola tu. memang aku tak boleh tolak!! sebab sedap. >< *entah apa yang sedap.

dalam tin cola aku tu, banyak gas kan.. gas apa aku tak tahu. Hydrogen kot.. yang penting, kehadiran gas gas tu membuktikan bahawa cola tu "ACID"... what happen if you drink acid to your stomach?? well, dalam perut kita ada satu juice yang dinamakan gastric juice.. aku lebih senang cakap " asid perut ".. asid ni yang menolong dalam menghancurkan makanan yang kita makan. jomm kita belajar sikit pasal science.


alkaline + acid = neutral

acid + acid =  ACID2


mengikut equation science aku sendiri tu, cola ( acid )... perut kita ( acid ).. jadi bil kita campurkan cola ke dalam perut kita, semakin tinggi acid kan.. bila acid tinggi dalam perut, terhakislah dinding perut!! cuba bayangkan acid disimbah ke muka, apa jadi?? kulit menghakis dan jadi rosak kan? macam tu jugak perut kita.. jadi kesimpulannya, makanan yang berasid tidak bagus untuk perut!


sebab lain aku kena gastrik adalah, aku makan dalam masa yang sangat tidak teratur.. masa aku sekolah dulu, aku kadang kadang breakfast, kadang tak. pastu jam 10 pagi rehat, pun sama. kadang makan, kadang tak... sampai tengahri, baru aku nak cari makan... tu pun aku melantak cola =_=... baru cari nasi. okay sangatlah tidak sihat. pastu, malam, kadang makan, kadang tak.. petang lepas kelas atau kokum petang, masa tu aku memang cari makan. again...cola tercinta diutamakan.

dah tu, apa jadi bila dua sebab utama yang aku highlightkan dekat penyataan tu bergabung.?

YEAHH!! Aku sangatlah kerap kena gastrik!!

aku yang pakai baju biru :) err..pakai tudung

tengok gambar tu, ni masa aku tingkatan 5..perasan tak muka aku pucat sangat...masa ni, aku tengah kena gastrik.. sakit dia dua bulan jugaklah baru nak baik... masa ni, asal aku makan, aku akan sakit sangat perut. siap cirit birit yang super+extra sakit dari sakit cirit birit biasa..lepas tu, aku akan sesak nafas bila aku berada di tempat sejuk..sakit bila sedut udara sejuk. boleh rasa aliran angin sejuk kat saluran penafasan. minum air pun, sangat sakit tau!.sebab tulah, aku tak boleh makan banyak sangat. nanti aku sakit. fuhh, seksa kan. tak makan sakit. makan pun sakit.. setiap minggu aku follow up kat doctor sebab gastrik masa tu.


lepas tu, bila aku tak makan atau lewat sikit jak, mesti gastrik.... ( muntah or cirit birit )... hahh... sampailah aku berjumpa dengan......


TADAAA~~

Herbalife : Herbal Aloe-Concentrated


hhhmm, aku tak sure macam mana Aloe ni boleh hilangkan gastrik, tapi apa yang tahu.. memang Aloe ni sangat sangat sangat bagus untuk pesakit gastrik. Aloe ni berfungsi untuk menghilangkan kesenakan dan membantu penghadaman di samping meningkatkan penyerapan nutrient dalam usus dan perut. Aloe ni juga bertindak sebagai "sabun" usus. keutamaan fungsi Aloe adalah untuk membantu dalam pencernaan yang selalunya menyumbang masalah obesiti, tenaga, imuniti dan juga kesihatan kulit. best sangat minum Aloe ni..!! tak caya, jom try! ada hari tu, aku melantak makan banyak entah apa2 aku telan, malam aku minum Aloe banyak2.. besok pagi, fuhh "CLEAN"... bersih usus aku.hohoho




Herbalife TeaMix

ni adalah "teh gembira" aku...aku suka sangat teh ni..kenapa? okay, let me tell you about ABCDE.

  • Anti-oksida
  • Bakar Lemak
  • Cuci tubuh
  • Detoksifikasi
  • Energy
senang kan?? haha...budak tadika pun boleh hafal! badan aku lambat penat.. masa puasa, aku bagi fyers jalan jalan pun steady jak... penat tu penat biasa jak. tak lah sampai letih nak mampos gitu.. ni lah feveret aku. nak study malam. minumlah teh gembira ni.




Herbalife Formula 1... 



ni adalah produk paling luarbiasa dalam herbalife. siap dapat anugerah peingiktirafan lagi tau! ni lah nasi,sayur, buah, ayam, daging, telur. dalam formula 1 ni, siap semua dalam satu shake. senang kan.. cedok. tuang air, goncang, minum!! dah kenyang *burping.. nak tahu, produk ni sangat tinggi alkali tau. jadi berbalik kepada equation science aku tu.. bila kita minum shake, tak akan bad effect kat perut pun. lagipun, kita dah tak payah nak fikir nak makan apa untuk sihat. semua dalam satu shake. kan lebih mudah?


alhamdulillah :)



sejak aku kenal dan guna produk Herbalife.. memang gastrik improve dengan sangat luarbiasa!!! MasyaAllah!! setakat ni dah dua bulan consume produk.. aku tak pernah diserang gastrik tu tau..yeahhh!!

kalau nak tahu lebih pasal profil produk, contact saya, ummul : 0168346410..jangan malu malu okay!!

Wednesday, August 22

teruja!!

salam :)



hari ini, dah hari raya yang keempat.. hari raya pertama hari tu, aku jumpa Uncle Allen, President Team whoa!!!! aku siap jumpa Amalina lagi!!! WWOOOOAHHHHHH!!!!!!!!!!!!! hahahaa..aku tak sempat nak karang blog hari raya pertama hari tu.. sebab, aku sibuk hal lain.hihihi jadi hari ni, baru ada kesempatan~~



tengok gambar ye~~





tadaaa!!!!! aku pakai baju oren~


punya aku excited!! memng lama dah aku nak jumpa Amalina ni..kalau nak tahu pasal Amalina ni, baca blog dia kat SINI! dia yang tengah pegang anak dia tu... sebab aku baca blog dia lah, aku sangat teruja dan dari blog dia jugak, banyak inspirasi aku dapat. Alhamdulillah :D seakan-akan aku menelan vitamin. serius.



sebenarnya, dah lama dah aku baca blog Amalina ni.. sejak Aunty Liza bagi link blog dia...selalu lah menjengah blog dia :D aku nak jadi macam dia. tak lah sebiji sebiji.. manalah aku dapat tiru dia 100% kan. aku kan Ummul Aufa. tetap akan jadi Ummul Aufa... macam tak percaya baru 23 tahun, tapi dah berjaya lebih dari gurubesar* (ooopppsss...err)  ... yeahh... tak caya, jom jumpa, meh aku cerita gempakk.. orang muda dalam herbalife, semua hebat hebat.. aku pun, AKAN.. InsyaAllah.. 


tak apa, aku akan teruskan berusaha!! bukan nak cakap, tapi memang aku bodohlah kalau aku quit herbalife.. mannn, bukti terang lagi nyata depan mata UMMUL!!!!!! buka lah mata terang benderang!! *sambil buka mata luas-luas


nak tahu, Amalina siap buat fokus group lagik weeyyhh. banyak lah nasihat... soalan aku kat dia dah terjawap..tak tahu nak tanya apa.. bila dia mention " kalau tak tanya, maksudnya tak buat kerja" *lebih kurang macam tu lah ayat dia. rasa macam aku tengah disoal siasat cikgu!!... okay,dia cakap untuk, kalau nanti aku jumpa dia, kalau aku tak tanya soalan.hihi.. pastu dia bagi aku pilihan : KENA pergi Zero To Hero (Nov2012) kat Kuantan, atau tak payah buat Herbalife. Of course, aku nak PERGI!!... ok, tegasnya Amalina. aku memang dah tak ada choice.


pastu, Uncle Allen, aku ni second line dia... teruja aku tengok upline aku jadi President Team! siap bagi upacara penutup untuk focus group :)

President Team bagi nasihat


nasihat yang berguna... apapun, aku memang SEMANGAT!!!!! go UMMUL go!!!! satu hari nanti, aku membayangkan, aku pun jadi macam diorang.. InsyaAllah... bak kata Amalina " you have to believe"...hihihi


well, sapa sapa yang nak tahu kenapa aku semangat sangat pasal herbalife. jumpa diorang lagi excited dari jumpa artis, ASK ME WHY!!

Tuesday, August 21

kita yang memilih

salam :)


bercakap pasal pilihan, kita punya banyak sangat pilihan dalam hidup... cuma kita jak yang tidak mahu berfikir atau dengan kata lain, kita yang tidak mahu mencari pilihan..

maksud aku, kalaulah, kita punya masalah, kita boleh jak marah atau diam diri  kan tak kisah apa jugak impak hari belakang. kita boleh pilih untuk buat apa yang kita nak buat... kalau kita cakap, kita tak da pilihan, tu maksudnya, kita memilih untuk tidak membuat pilihan....*mcm belit lah ayat :(


ada orang cakap dia tak ada choice, nanti yang sekian jadi sekian lah contohnya.

okay, bagi aku, setiap yang kita pilih, untuk buat apa, ambil apa atau apa-apa saja yang kita pilih untuk buat atau hadapi, semua ada sebab dan risiko.. memang kita akan ambil jalan yang terbaik.. jadi maksudnya, setiap yang kita pilih, pasti ada sebab dan risiko. boleh jak kita pilih untuk hadapi masalah kan?? persoalannya, sama ada kita mahu atau tidak, bergantung dengan kehendak masing masing..


apa saja yang kita buat kat dunia ni, semua bergantung dengan pilihan kita.. sama ada, kita pilih untuk, berdikari? ikut cakap orang? mengelak masalah, atau hadapi masalah? semua adalah pilihan... kita mahu atau tidak. kita sanggup atau tidak? kita peduli atau tidak. kita benar atau tidak... semua adalah pilihan.. tak siapa suruh kita nak buat pilihan.. even kalau contoh, kita cakap, kita buat sesuatu kerana ada orang suruh pun, tu sebab kita yang memilih untuk dengar cakap orang. kan?? betul kan??


kalau sekalipun, kita punya impian, tapi kita tidak berusaha.. sebenarnya, pilihan kita kan?? sebab kita yang memilih untuk tidak berusaha. kalau kita sebagai seorang pelajar..kita pergi sekolah dan belajar, tanpa cita-cita sekalipun, kita belajar dan dapat good result, it is our decision. kalau kita pergi sekolah sebab mak ayah suruh tak da sebab lain, it is our decision.. fikir fikir balik, boleh jak kita pilih untuk ponteng atau tak nak jadi pelajar samseng kh apa kah kn?? the thing is, our decision..


apa yang penting, bila kita buat keputusan, there is no regret. dan jangan sampai menyusahkan orang... memang susah nak predict, tapi at least, we try the best.apapun hal, make the best decision.. no such things yang, aku terpaksa sebab orang lain dah tak ada pilihan.. well, kalaufikir balik, itu sebab kita pilih untuk jadi "terpaksa" kn??


hhmmm, apa pun.. all the best!

Sunday, August 19

sebulan berlalu

Salam...



dah lama tak berblogging..hhmmm, busy jugak semenjak dua menjak ni... aku buka booth dekat giant kolombong.. jadi agak sibuk sedikit... timing macam shopping mall... 10 to 10. tak sempat sangat nak karang cerita. Alhamdulillah, hari ni sempat jugak :D

booth di giant kolombong





besok raya!!!! SELAMAT HARI RAYA >_<

sedar tak sedar, dah habis puasa. pejam celik, pejam celik. dah habis puasa.. esok dah raya macam tak percaya!



raya tahun ni, kami sefamily sangatlah bersederhana...baik start puasa sampailah raya.. sangat sangat berjimat.. sebab tahun ni, semua pn ada hal masing-masing.. abah dengan project yang tak habis habis..
mak dengan kuih raya dan driver adik aku pi sekolah.. aku denagn kerja herbalife + manik aku.. uma pulak, dengan stress  SPM terutama kerja kursus dia. maya dan amar busy ke sekolah. HAHA.. pi sekolah pun busy apa. jalan jam 9, balik jam 5.. kalah office hour. hee~~

bercakap pasal kerja.. fokuskan aku. dengan manik dan herbalife..

T____T  * sengsara


herbalife aku tak da hal.. biasalah. 90 days plan.. tapi manik . . .  sakit kepala.. last last aku yang demam dekat dekat raya. huhu


aku nak buat notis dekat sapa sapa yang nak minta tempahan jahit manik.

"sila faham susah senang orang yang jahit manik"

yes memang agak mahal. sebab apalah sangat harga manik kan. modal tak sampai RM20.. upah boleh sampai RM90.. kenapa?? mak cik, kakak, datin, puan.. tahu kah anda, sepasang baju yang.....


macam dalam gambar tu, ambil  masa 6 jam nak siap.. tu pun upah RM50. termasuk manik dah tu. paling murah tu tau... kalau nak murah, buat sendiri. 6 jam tu dah dikira cepat... tak kan anda nak baju anda manik tercabut cabut.. penat tau sangat sangat!!!! sakit belakang belum kira lagi tuh.

ni belum lagi kira kalau ambil tempahan orang atas orang. alamat lagi murah lah bayarannya tu... cubalah fikir sikit.... dahh dahh... CUKUP. tahun depan atau lain kali!! tak da belas kasihan kepada peminat manik kecuali diri sendiri. tak nak dah bagi "harga bundle".. baik lgi aku buat herbalife. "simple, fun, magical"


wahahaha... tapi takpa, ni baru permulaan... pengajaran buat diri sendiri.. huhu. yang penting, NO MORE NEXT TIME!! tekad dan noktah! nak sangat, sila bayar ikut harga asal dan tempah dalam masa yang ditetapkan. terima kasih. hhehehe


tahun depan, aku tak payah nak cari duit lebih siap buat part time. aku dah ada herbalife. dah cukup untuk aku jana pendapatan. ramai dah aku tengok ternyata nyata dibuktikan oleh mereka yang telah berjaya. aku juga akan membuktikan macam diorang jugak! no matter, the moment will come.. sooner or later :) yang penting usaha dan sabar.. aku kena tunggu dan kena usaha!!!


I'll make sure, Eid this year.. akan jadi tahun terakhir aku dan family aku pakai baju yang kami telah pakai banyak kali.. next year, aku nak pakai baju baru. yang aku punya sendiri. adik aku dan mak and abah jugak. bukan baju sedekah, bukan baju lama. bukan dan bukan.

aku faham kenapa parents aku tak beli baju raya.. serius. aku tak kisah. cuma, aku nak aku ada pengalaman pakai baju baru yang sedondong dengan family aku sekarang sebelum aku kahwin. tu jak. aku tak kisah pun baju sedekah daru aunty atau jiran. cuma, aku memang teringin sangat nak rasa baju raya sendiri.. bukan secondhand. saiz ukuran badan sendiri, dan duit sendiri. sama-sama cantik dan berseri dengan keluarga aku...

yang buat aku sedar selama ni aku pakai baju yang sama dan disedekah masa raya sebelum-sebelum, sebab... memandangkan besok raya, aku dengan adik aku punggah almari nak cari baju untuk dipakai besok.. aku cari punya cari, adik aku pun cari jugak. . . .  setelah beberapa ketika, sampai kami penat. kami tak jumpa apa yang sesuai.. adik aku kesian, dia kurus sangat. baju kurung tak sampai 5 pasang. baru semua hijau pulak tu #$%^&^%??? jadi dia tak boleh kongsi baju dengan aku. aku pun tak muat baju dia... jadi terpaksalah dia pakai baju raya yang aku bagi kat dia dulu. baju yang dia pernah pakai masa darjah 6, tingkatan 1, tingkatan 2, ...dia hanya pakai masa raya sebab takut baju tu jadi buruk dah nanti raya dah tak nampak baru.. last year jak dia first time beli baju sebab dia teringin sangat. tp dia dah banyak kali pakai masa pi sekolah baju raya last year...

aku pulak, selama ni, aku rasa baju raya aku baru jak. masa darjah 6, tingkatan 1, tingkatan 3. aku pakai baju yang sama. baju tingkatan 2 &4 baju yang sama.. dan masa tingkatan 5, uma tingkatan3, aku buat baju sendiri... masa tu jak baru dapat baju baru.. tp baju tu dah tak muat, aku makin gemuk. uma pulak makin tinggi. HAHA. dah tak boleh pakai.. baju kurung aku banyak pun, semua aku dah pakai jadi baju kuliah..huhu. baju sedekah lagi tu... baru aku sedar, aku tak ada baju saiz sendiri. =_=..

sedekah dan baju lama bukan masalahnya.. tapi, tahun ini, baru aku sedar.. sampai bila macam ni. baru aku terfikir teringin nak pakai baju baru. apapun, terima kasih yang menyedekah. kalau tak, mesti aku takda baju raya selama ni kn. Alhamdulillah. rezeki :D... lepas ni, aku nak usaha betul betul. guna peluang aku dalam herbalife, aku tahun depan, aku nak pakai baju baru!!! biarlah kami jadi kumpulan boria. haha, InsyaAllah :D