Monday, December 23

enjin kereta mati tengah jalan

Bismillah


okay...sekarang aku baru sampai rumah lepas driving kereta yang baru tersadai tengah jalan petang tadi. aku tak rasa sory walaupun telah menyebabkan kesesakan lalu lintas. otak aku penuh dengan persoalan-persoalan yang mungkin menyakitkan hati aku..hmmm tak jugak..aku tak kecewa, tak jugak sedih, tak jugak nak nangis, cuma aku sangat-sangat terkilan.


aku keluar nak pergi UMS ada hal nak jumpa dengan customer lama. tengah-tengah dalam perjalanan tu lah, tiba-tiba Allah turunkan ujian. enjin mati tengah jalan dengan TIBA-TIBA. dan aku ingat biasalah kan boleh start balik. sekalinya!! hampeh takdok batery pulak. aku try start banyak kali entah aku tak ingat. last-last kereta tu tak menunjukkan harapan yang dia nak hidup. 

aku sorang-sorang perempuan. kat dalam kereta antik dah 20 tahun seumur aku. hanfon aku tak boleh keluar sebab simkad Digi aku tak leh keluar entah sebab apa walaupun belum habis kredit (ni yang aku sakit hati).... wooo aku baru lulus ujian JPJ 2 November hari tu, tiba-tiba jadi macam ni. gelabah sikit sebab BANYAK ORANG HON tapi alhamdulillah aku tak nangis. tapi aku heran sangat-sangat. masa kat bengkel nak ambik lesen, kalau kereta mati tengah jalan, 1st thing to do is, pasang lampu isyarat kecemasan yang berkelip-kelip tu. AKU DAH PASANG. but still!! aku kena hon BANYAKKKK kali. ingat hon nak tolong atau apa. ni hon pastu berleter aku aku. aku ni "P" kot. yang pemandu competent dah habis p tak kan TAK PAHAM lampu SOS aku tuh!! SAH.. TAK AMBIK LESEN!!!!

aku tak jugak geram tapi sangat terkilan. jalan tu dua line. kau jalanlah yang sebelah. aku terdampar kat lorong kiri kot. kau ikutlah kanan. tak kan aku nak tolak pergi tepi. Polis lalu pun buat bodoh jer.CIS. hah padan muka sebab kena CIS dengan aku. hilang satu kepercayaan aku terhadap kredibiliti polis ni. cubalah at least tanya apa jadi. tau tak masa aku cuba nak keluar kereta, lorong sebelah tak perlahankan kenderaan pun! aku kan dah lost banyak weight. aku rasa macam nak terbang jak bila lori besar lalu sebelah kereta, pastu aku kat antara kereta dan lori. TAKUT tau. 

dan disebabkan masalah hanfon aku tu,aku tak tahu nak buat apa. jadi aku DECIDE call  customer service. pastu, dorang aktifkan balik kredit aku yang telah diblock entah sebab apa. and masa ni aku dah terdampar dekat sejam. ni semua sebab aku mengelamun dekat 30 minit sambil try nak start kereta balik. yang masa selebihnya, tu aku tengah on call dengan helpline. then baru dapat contact adik aku T___T..lama kot~~

abah aku ada project kat tenghilan 1 jam perjalanan dari tempat aku tersadai, tu pun kalau tak jem.petang-petang selalunya jem. mak aku kat kampung aku kat kedah. nak sampai kena lalu laut cina selatan. huhu..adik aku contactlah aunty aku. dan aunty aku contactlah uncle Anthony mr.mechanic. barulah sampai bantuan kat aku setelah 1 jam lebih aku tunggu. dan abah aku rupanya kebetulan ada kat inanam angkut alat projek dia. jadi abah pun ada sekali.

TERKILAN

dah jadi macam tu, aku sedar sangat, siapalah aku dalam timbunan manusia yang masih hidup. adakah aku sekadar manusia yang ditakdirkan hidup. tak siapa pun tolong. even aku dah minta tolong kat tepi, semua belah macam tu jak. polis yang memang berkhidmat untuk keselamatan pun, khidmatnya entah ke mana. khidmat nak saman orang sana sini banyaklah. kenapa dia tak saman jak aku sebab berhentikan kereta kat laluan kan? paling -paling, ada kereta yang macam disko gelakkan aku, kereta besar syarikat hon pastu angkat tangan sambil belah. pak cik dan mak cik yang lain lalu buat bodoh. sejam aku sesorang, ada SATU jak pakcik kreta lagi antik dari aku tanya. tu pun dia minta maaf sebab tak leh nak tolong. pak cik ni memang aku respect. semoga kalau dia susah, ada jak orang nak tolong dia.

aku rasa macam setiap manusia ni, kalau bukan kerana pertalian darah..ada dinding besar sangat sampai tak nampak apa yang jadi sekeliling. apalah sangat kalau perlu pindah laluan. aku tak minta pun tolong panggilkan kereta tunda. apa semua manusia yang hidup ni, buat benda untuk hidup sendiri??? 

mana nilai yang tertulis kat buku teks, iklan kat TV.... selama aku sekolah sampailah sekarang, aku percaya sikap melambangkan nilai hidup. tapi hari ni...semua jadi terbalik...teringat ayat kat drama tragis "dunia penuh dengan kekejaman", "dunia kau, dunia kau lah, apa kena dengan aku?".....betulkan macam tu?? 

mungkin betul lah tu. aku baru aku nak mengorak langkah untuk cipta realiti dalam hidup aku.... tapi kan hidup jer lain-lain, dunia sama. kita sama-sama kat bumi. *terkilan...* 

tapi disebabkan kejadian hari ni..aku belajar sesuatu. 

alhamdulillah tak maki orang, tak trauma. HAHA.. 

Sunday, December 8

Health Conscious

Bismillah..




Are you the health conscious person?? kalau aku, aku boleh mengaku jugak aku ni health conscious. orang yang health conscious ni adalah "Individuals who lead a "wellness-oriented" lifestyle are concerned with nutrition, fitness, stress, and their environment. They accept responsibility for their health". *ni aku copy*

so apa beza orang yang health conscious dengan orang health unconscious???

Orang health conscious

  • setiap kali nak makan, dia akan fikir makanan tu boleh bagi benefit atau tidak kepada badan dia. kalau feveret food tak sihat, still dia boleh control.
  • akan membaca label pada pek makanan. selalunya label yang paling dihighlight adalah =fat content
  • akan selalu menambah pengetahuan walaupun bukan student food/nutrition untuk tahu benda-benda pasal makanan berkhasiat
  • akan ber-exercise dan mengeluarkan peluh untuk mengekalkan kesihatan
  • sangat excited dengan benda-benda pasal kesihatan badan
Orang health unconscious
  • makan makanan kegemaran/sedap walaupun nutrient and cooking practise menjejaskan kualiti makanan. 
  • contra dengan health conscious person.
**okay, yang kat atas tu, explaination dari aku yang undergraduate food study student mengikut ayat yang senang aku paham. 알아서?? 


Pilihan nak jadi yang mana antara health conscious and unconscious ni, semua bergantung dengan diri sendiri.
Untuk aku, awareness aku increase bila aku kenal nutrisi Herbalife dan bila aku start study food. 

seriously, aku boleh terbayang aku jadi tong drum kalau aku makan ice-cream bebanyak. lepas tu aku takut aku end-up stress diet tak jadi-jadi jugak. aku boleh nangis kalau ada orang tegur aku "nampak berisi"..hahh, baru berisi tu. ni semua jadi bila aku gained almost 15 kg after SPM in only 3 months. pastu setahun kat matrik, aku turun berat 4 kg pun diet separuh mati sampai sakit. aku ingat aku akan terus mengembang -_- trauma sendiri sebab orang rumah semua kurus. still after total loss weight aku 7kg after Herbalife, aku paling berat dalam rumah. hewheww ~ and aku still berat kalau dibandingkan masa sekolah. errggggghhh!! haha. tapi Alhamdulillah, kesihatan improve sangat banyak!!!! weeee~~

So, silalah jadi health conscious. walaupun hanya tertumpu pada pengambilan makanan.

Sebab :



woahh, chaiyokk, No 1 in Asean, lepas ni, kalau tak dibendung silap2 No1 in World!!!


Cuba fikir, niat aku bukan nak menakutkan korang..tapi renung-renungkan

Allah dah ciptakan badan manusia tu sihat dan sempurna sewaktu bayi.
bila dah besar, apa jadi????

kau dan dia lahir sama-sama, sama comel, sama kecik, sama sihat
selepas 20 tahun, sorang jalan tegak, sorang jalan senget.
Apa yang beza??? apa kau makan apa dia makan

kalau anda tak sakit, sayang tak dengan mak, abah, siblings, tok dan tokwan, suami, isteri


okay, mungkin aku nampak harsh sikit. Kalau yang Allah dah takdirkan sakit tu satu ujian, tu tak pelah. tapi kalau sakit disebabkan pemakanan yang tidak sihat tu,hmmm . . . aku rasa makanan sihat tu yang jadi ujian, bukan sakitnya. and ni reality yang membuatkan aku sedih sebab, niat aku nak menyebarkan misi nutrisi, nutrisi yang setiap benda hidup PERLU. walau binatang dan kucing.

Ulat sayur pun health conscious. Ulat tak belajar kat U,tak baca buku. dia tak da akal nak beza baik buruk. tapi sayur tak beracun dia nak makan, sayur cantik beracun, dia tak hinggap pun. HAHA. ULAT weyh. kita??

walau apapun, kita masih manusia. even aku pun makan ice cream dan coklat pagi-pagi. tapi tu amalan yang rare untuk aku. 3 bulan sekali. yang lucunya. ada mitos mengatakan "orang herbalife tak makan nasi" 

Orang Herbalife pun orang jugak, kalau kat malaysia, orang Herbalife makan nasi sebagai sumber carbohydrate. kami datang kenduri kahwin, makan lemang dan rendang banyak2 masa raya, makan makanan faveret. Tapi kami pastikan kami dapat nutrisi yang cukup untuk kesihatan setiap cell dalam badan kami. dan kami guna produk Herbalife untuk pastikan nutrient kami cukup, dan buang toksin dan substance yang tak patut ada dalam badan kami. kami jugak happy nak mengajak orang untuk lead Healthy lifestyle supaya sama-sama sihat :D 

Health Conscious people ni tak semestinya orang Herbalife. see, depends on diri sendiri jugak nak jadi health conscious atau tidak. ada jugak kengkawan aku yang tak consume Herbalife tapi Health Consciousnya mengalahkan aku yang lagi-lagi study food padahal dia budak akaun jer..

Taking or not taking Herbalife itu keputusan setiap orang tapi sebab aku ambik herbalife, of course lah aku akan promote Healthy Lifestyle dengan Herbalife. Sebab SIMPLE. tak payah fikir mana nak dapat source dan belajar cara healthy COOKING PRACTISE. by the way, Herbalife tak perlu jadi Health Conscious Chef untuk menghasilkan meal yang sihat dan lazat. Shake Herbalife full of cellular nutrition dan rasa sedap macam smoothies...*boleh terliur aku membayangkan.




ni sangat sedap. mengalahkan milky tea yang jadi kegilaan aku dulu :p




So, decide what kind of eater you want to be today!! Need coach to health conscious/gain or lose or maintain weight/improve health. Kindly SMS me, 
ummul : 016 834 6410, pm FB : Ummul As Syifa