before apa2, yezza. berblogging ni best jugak kan??? dulu dah pernah try, tp tak tahu apa nak tulis. * blurr* okay!
hari ni hari isnin. 25 hb jun 2012, lebih kurang 30 minit lagi, kita akan masuk hari baru. yup! another new experience :D (can't wait)
hari ni aku sangat-sangat penat. tak lah penat sangat badan sampai memerlukan perkhidmatan spa pula. tapi ni hah, otak ni dah traffic jem. last night i slept at 4 am. this morning. ( okay, that's not last night ). I really want to commit in Herbalife sooooo, untuk dua bulan akan datang ni, kenalah bertungkus lumus kerja betul-betul dalam bisnes Herbalife :p
sebenarnya, aku ni tak ada duit.dah namanya penganggur bertauliah kat rumah, manalah nak ada duit. nak reload pun, kering air liur nak telan. oleh sebab tak ada duit, dan nak cari modal bisnes Herbalife, saya kenalah buat bisnes yang sedia ada iaitu manik.. jahit manik ni memang lah untung, tp tak padan dengan penat + tekun + masa yang diperuntukkan untuk jahit manik. ingat tak penat kah??? tapi masih ada orang yag cakap manik penuh macam baju mak datin setakat RM 60 tu mahal gila. okay, jujur sejujurnya lah, orang yang menjahit manik lagi penat dari orang yang jahit baju. banyak kudrat tau!!
![]() |
pattern manik yang sehari nak siap!!! tu pun, tekun sehari dr pagi ke petang |
insyaAllah, duit rezeki manik tu, kena + mesti simpan kat ASB. dan selebihnya, nak bagi kat mak sikit and then buat beli produk nutrisi terbaik kat dunia tak lain tak bukan, iaitu...... HERBALIFE!!! aku masuk member pakai duit mak.. huhu. Mak, nanti kakak buat yang terbaik okay!! =berkat doa ibu=
selain dari manik, Alhamdulillah, Aunty Nonon aku baik nak hire aku jadi penggubal soalan sains tingkatan satu untuk simpanan dia. dapatlah jugak duit :) sapa nak bagi duit.walaupun tak lah banyak, sekarang ni dunia dah maju. tengok jak muka manusia, terkeluar lambang duit kat mata dia kan??? masuk tandas pun 30sen walhal nak tengok cermin jak. cis!
banyaknya kerja~~~~ |
jadi kiranya aku ni kerja kumpul modal buat bisnes. minta-minta doa kat Allah, majulah Herbalife aku ni. setakat ni abah aku yang jadi first customer. yeah!!!! oklah tu.. Herbalife kan makanan sihat. jadi kena sihatkan family dulu kn??
aku terfikir jugak, untuk kalau aku dah kerja macam Abang Adam dan Kakak Amor. senang nak dapat modal. jadi member terus guna product.kan senang! aku ni kena berusaha lebih sikit. walaupun aku ada masa lebih, sama juga cerita, bz cari modal. aku tak nak lah minta duit abah pula seangkan abah memang macam tak setuju jak aku buat perniagaan ni, macam lain lah kan.. huhu.
tapi tak apa. itu semua ujian dan halangan awal sahaja!! InsyaAllah kalau aku usaha, nanti aku dapat hasilnya juga. kalau lebih usaha, lebih lah jugak hasilnya :D
suatu hari nanti, dengan modal yang aku usaha untuk Herbalife, aku nak buat butik dan perniagaan aku sendiri sebab tu salah satu impian aku. :) masa tu aku nak buat Herbalife berterusan dan kalau boleh dengan suami dan keluarga aku pada masa akan datang InsyaAllah.
wah rajinny jahit manik...k smoga berjaya in ur future.amiinn. :-)
ReplyDelete