Bismillah..
kita semua tak sempurna.
Pernah terfikir kenapa anda masih hidup?? Dan kenapa anda hidup ditakdirkan seperti sekarang atau kenapa anda berada di kalangan orang-orang sekeliling anda?? Kalau anda adalah seorang lelaki, kenapa anda ditakdirkan untuk memimpin keluarga, menjaga ibu bapa, tugas kerja?? dan kalau anda wanita, kenapa mesti anda menjadi ibu, mengurus hal rumah tangga, belajar dan sebagainya..
dalam dunia ni, semua benda ada dua sifat, samada positif atau negatif.. termasuklah fikiran anda. Adakah anda sangat positif atau negatif dengan posisi hidup anda??? cuba jawab sendiri dalam hati...
apapun yang anda fikir, samada negatif atau positif, itu hak anda. Tetapi orang sekeliling anda berhak untuk tidak terjebak dengan pemikiran negatif anda sekiranya anda negatif..
"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu" (2:216)
sekian!