Wednesday, June 12

cinta pandang pertama

Bismillahirrahmanirrahim :)

"cinta pandang pertama" dengar macam best...


cinta pandang pertama aku adalah keluarga aku. sebab sejak aku sedar aku adalah seorang manusia yang hidup di muka bumi, aku cuma menyedari kehadiran kedua orang tua aku..dan perasaan "sayang@cinta" aku hanya kepada mak dan abah...

saya sayang mak & abah


dan aku "dikurniakan"...haha

3 orang cahaya hati... hahaha


PERINGATAN :sesiapa yang membuli golongan ini, bersedialah anda berhadapan dengan saya!!!


aku pun tak tahu kenapa aku jadi kakak dan yang sulung. dan disebabkan itu, aku jadi sangat protective. dan boleh jadi overprotective. sesetengah situasi, contoh bila adik aku yang berusia 15 tahun, pergi sekolah sorang-sorang jalan kaki, aku akan jadi sangat risau dorang tak makan, tak cukup duit dan takut dorang dikejar anjing atau kena kacau oleh budak jalanan. @_@ oh apakah -_-'...sedangkan masa aku 14 tahun dulu pun aku jalan kaki jer ....aku tak boleh bayang kalau aku ada anak. T__T...


dan dah banyak cabaran jugak lah berada dalam family yang 'lasak' macam kitorang ni, sebab tu, setiap sorang dari adik beradik aku, boleh dikatakan berdikari..Alhamdulillah :) yang baik kitorang dapat belajar banyak sangat..


bila dah aku jadi 20 tahun yang mengaku 19 tahun ni, macam tak boleh percaya yang semua kitorang dah hampir satu saiz.. semua dah besar!!

Comey kan kitorang...hahahahaha


serius kitorang sangatlah RAPAT....suka hati lah apa orang nak cakap, tapi kami sangat suka siok sendiri kalau luang masa sama-sama, sampai lupa orang keliling. Bila aku dengan adik aku, dari kecik sampai lah semua dah besar, macam tak da perasaan yang kitorang membesar... sampai sekarang kalau dok main sama-sama, kami  boleh peluk-peluk, main sorok-sorok, pastu ada yang merajuk. best!!

tapi kan...sedih jugak lah.... sebab makin besar, makin banyak commitment. 
  • Aku selalu busy kelas,...kalau Herbalife kitorang boleh sama-sama selalu.Alhamdulillah
  • kaci, sekarang dah masuk UiTM
  • maya, biasalah gymnast..sekolah pagi
  • amar, pun gymnast..sekolah petang
susah nak cari masa sama-sama. kalau ada dalam sebulan tu, sehari jer... HAHA..tu pun, tak sempat nak makan semeja pun. tapi kalau dah ada masa tu, memang kitorang spent time betul-betul.. :)

disebabkan hubungan adik beradik yang rapat ni lah. aku masih rasa aku ni budak-budak yang tak payah cari calon...haha..sampailah..adik aku dapat calon dulu dari aku.hihi ^^...takpe, adik boleh kawin dulu...

oh ya, hari tu, aku, abah and kaci, pergi makan kat kedai... pastu, aku kan baru balik dari roadshow and selalunya aku akan pakai cincin RM3 aku yang macam emas tulik. Abah ingat cincin tu, ada orang yang tengah 'taaruf' dengan aku.. terus keluar bab kawin...aku pun cakaplah aku ni single jer.. adakah abah terkejut. dalam hati aku " takpa lah Abah, sekarang takda lagi, nanti Allah bagilah bila masa dah sedia..kawin bukan boleh buat main.."...okeh pastu aku balik crita kat mak. aku suruh mak tolong cari, mak tak nak. abah pun tak nak tolong!! -_-'

kalau bab kapel ni, aku memang anti sikit. kalau adik aku kapel sebelum masanya yang sesuai, selalunya, aku akan jadi sedih sebab, kapel kan tak elok dan tak da faedah..lagipun, mungkin sebab aku masih nak spend time banyak ngan adik kot, nanti kawin, tak boleh dah nak selalu borak sampai pagi ngan adik. HAHAHA...aku kan ada niat nak kawin awal. InsyaAllah selagi umur panjang :)

mak and abah <3 

*nak letak gambar..tapi gambar takda. see! dah lama sangat dah kitorang tak jalan-jalan, raya, gambar pun tak sempat. :( family busy..selalu kumpul, ada jer lobang. >sebab tu nak buat Herbalife, upline aku best, buat Herbalife, banyak spend time dengan keluarga :) Family kitorang bisnes sendiri, busy~~



aku nak letak pesanan untuk future husband yang aku tak jumpa lagi, kalau ada jodoh aku kat dunia ni :)
-saya Ummul Aufa, yang nak mengubah nasib keluarga, nak menjadi lebih baik dalam semua aspect secara ringkasnya dinyatakan di sini. InsyaAllah.. nak diberitahu, saya nak buat bisnes Herbalife SEUMUR HIDUP saya..oleh itu, untuk menjadi suami saya, saya cuma nak kerjasama awak untuk mejadi seorang ayah kepada  anak saya, mejadi pemimpin untuk saya dan zuriat di dunia dan diakhirat, membimbing saya ke jalan syurga akhirat, menerima saya, keluarga saya dan Herbalife seadanya, sanggup buat bisnes Herbalife dengan saya SEUMUR HIDUP dan bersama-sama memperjuangkan impian saya untuk jadi "SURVIVOR"


Bab cinta ni, aku serahkan 100% kat Allah..kalau aku nak sayang orang yang belum jadi husband, tak ada gunanya.. sebab jodoh itu, Allah yang tahu..biarlah aku terima jodoh tu, bila Allah tahu aku dah bersedia. sebab, segala yang terbaik untuk aku, aku sendiri pun tak tahu melainkan Allah. sapa tahu kalau jodoh kita bukan kat dunia kan??

serius, sebab tu adik aku yang nak minta nasihat cintan cintan ni, aku cakap, "breaklah kamu". HAHAHA. macam tak da perasaan. yes aku takda perasaan kalau setakat nak kapel. buang karan aku :D


jahat-pun-jahatlah... bukan aku takda hati, tapi buat apa nak layan kan??


bila kata pasal jodoh, kehadiran setiap ahli keluarga aku ni pun sebab jodoh yang Allah dah tentukan untuk kami semua. seperti mana juga jodoh orang-orang yang berkawan dengan aku.. seperti jugak jodoh aku berjumpa dengan downline aku dalam facebook, dan semua pertemuan dengan setiap insan dalam hari-hari aku, aku percaya semuanya berhikmah cuma masa yang menentukan :) 


ayat ni aku suka..terasa berbunga. HAHAHA..padahal tak ada sesapa lagi pun. huahua

sayang mak. sayang abah. sayang kaci, sayang maya, sayang amar <3 <3 <3 dan paling penting...


saya sayang Allah

kerana Allah, saya dapat keluarga saya